suhsi n ebi-don


last thursday( 24 dec.2009) kami sefamily ber'outing' di the garden dan mid valley.
tujuan sebenarnye adalah nak pegi boutique Coach..ramai betul orang hari tu wpon hari kerja n nampak ramai mat2 saleh shopping utk krismas.

dah alang2 sampai the gardens tu, kami bersantap lah di restoran Sushi Zen. Restoran ni adalah lokasi wajib kami setiap kali dtg MV/ the gardens sebab kami berdua mmg gilerkan sushi di kedai ni...rasanya sama macam sushi yang dekat jepun nun..harga yang ditawarkan jugak berpatutan...lagi, sebelah kedai ni ada kedai yang jual makanan2 dari jepun...ehehe...lepas makan, beli barang kat kedai Syoujikiya pulak.(perabih duit lagi)kepada yang berminat nak cuba rasa sushi sebenar boleh la singgah kat kedai ni..lokasi nye di LG the gardens.dekat dengan cold storage .

owh...sebelum balik tu saya sempat singgah di krispy kreme sambar 3 ketul donut.(beli sket je sbb hubby tak suka mkn donut). Tp saya rasa saya lebih prefer Big apple lah.krispy kreme nye donut ada sikit manis dan agak keras sedikit.choice pon tak banyak


the sushis


halfly eaten ebi-don


ish bosannye menunggu, kenapa la saya tak leh join skali


ummi, saya dah lapar ok..(bersiap sedia untuk menangis)
Continue >>>

HOW I MANAGE MY EBM AT OFFICE


Pumping frequency: 2 times/day
Pumping schedule: 11am & 4 pm

For every pumping sesion, i got around 8 oz. and divided it to 2 bottles( 3.5-4 oz. each). so, i get 4 bottles of EBM every day(kalau ikut schedule sbb kadang2 bila kerja luar kene lah adjust schedule tu). Saya Simpan Susu2 itu di dalam refrigerator(sejukkan not bekukan). Kalau kene travel..sy bwk ice pack moms little one(3 packs), letak dlm cooler bag. Berat sikit lah...but for the sake of my baby...sy pikul jugak...

My baby Yaya consume 3-4 bottles of EBM during my working hour.

Jadi, yang 4 botol saya bawa balik rumah tiap hari biasanya:
1 botol masuk freezer(bekukan)- stok EBM
3 botol lagi letak kat refrigerator(sejukkan)
Keluarkan 1 botol dari freezer untuk dicairkan(pilih tarikh yang paling lama)

kenapa bekukan satu je,tak bekukan semua?
sebab, Frozen EBM dah kurang sikit khasiatnya berbanding fresh EBM(tak pernah dibekukan). Tapi Frozen EBM tetap lebih baik dari Formula milk.Jadi lebih baik lah baby diberikan susu yang fresh lebih banyak dari susu frozen.

How to Transfer EBM from office to home?
Saya masukkan dalam Cooler bag(Moms little one) with ice packs.

sekian
Continue >>>

6 MONTH


hari ni genap umur Yaya 6 bulan...jadi dh cukup 6 bulan ummi menyusukan YAya dengan susu badan Ummi. dengan itu, tercapai lah target no 1 ummi iaitu menyusukan Yaya sehingga umur 6 bulan. My next target is to breast feed Yaya until she is 1 year old.Mampukah saya berbuat demikian?

Semalam try bagi Yaya mkn bubur yang diblender...mula2 muncung2 mulut die, rasa pelik agaknye, mende ape la ummi suap ni...lepas 4-5 suap baru la nampak OK.
Lepas ni Ummi buat bubur lagi ye..tp hari minggu je lah..hari biasa Yaya makan nestum ye.Tok Ma suapkan Yaya.

--->Yaya sekarang dh pandai golek-golek.Letak kat hujung tilam belah sini kejap je dh sampai ujung tilam belah sana.
---> Tangan tu sibuk je.sumer bende nk pegang..nak capai
---> suka tarik rambut n rantai ummi
---> dah mula angkat-angkat bontot dah..
---> asyik nak maaaaain je kejenye...orang suruh tido sbb dh lewat malam pon,tersengih2 nak main...nasib baik lah comel...kalo tak...
---> suka tengok cartoon
Continue >>>

TAIPING LAKE GARDEN


ummi, saya nak yang warna biru ni satu...eh 2 lah...pastu yang page belakang ni......

tak nak buku ni...nak katalog tadi...

Bawak Yaya pegi jenjalan kat taman tasik taiping yang indah...ingat nk masuk zoo taiping tp stroller pulak lupa bawak balik...next time Yaya dh besar sikit kite masuk zoo eh


Continue >>>

another good info


Semalam tengok Formula anggun kat astro prima (kalo tak silap), ada doc tu ckp mengenai penyusuan susu badan.Point2 yang dicakap oleh doctor tu yang saya ingat je lah:

1) Sebanyak 500 kilo kalori akan digunakan/dibakar setiap kali si ibu menyusukan anaknya. Lemak-lemak yang terkumpul semasa mengandung pon akan hilang melalui proses menyusukan anak. jadi boleh lah kekal langsing tanpa perlu bersusah payah pegi program pelangsingan. Suke tak?

2) Ibu2 yang menyusukan perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang berkhasiat. Kene makan banyak jenis makanan lah macam ni...

3) Ibu2 perlu bersenam selalu semasa mengandung dan selepas bersalin. Buat kerja rumah pon dh kira bersenam kan? hikhikhik


aik 3 je...rasa mcm banyak je yang doc tu cakap semalam...hmm nanti kalau ingat saya tambah lagi

Pastu jumpa pulak doa ni kat blog pn. nnorita78. boleh la cuba amalkan ye kawan2 =)

"Cuba amalkan membaca YA MATIN( bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA) sebanyak 70x setiap hari (amalkan sekurang2 sekali dan paling bagus waktu malam atau subuh) dan menghembus ke dalam air untuk diminum insyaALLAH susu akan menjadi banyak."
Continue >>>

BABY KIDS LOVE CONTEST entri


Powered by BannerFans.com



Kepada semua sahabat yang dihormati sekalian, setelah hampir 5 bulan Babykidslove Online Boutique beroperasi, kini kami berhasrat ingin memberi penghargaan kepada anda semua yang tak jemu-jemu menyokong kami. Dengan ini Babykidslove Online Boutique ingin menganjurkan satu contest yang bertajuk
" BABY IN BABYKIDSLOVE APPAREL ".

Oleh itu terdapat beberapa syarat mudah yang perlu anda penuhi. Apakah Syarat-Syaratnya?

Pertama : Uols perlulah menjadi follower Babykidslove Online Boutique dan mesti add http://babykidslove.blogspot.com/ kat blog link uols.
Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan paste kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog ini.
Ketiga : Buat entri dan Uols uploadlah gambar baby uols dengan menggayakan LEGGINGS@TIGHTS. Tak kisahlah uols beli leggings & tights tu kat mane janji mengikut syarat saja. Jangan lupa letakkan nama baby, tarikh lahir dan nama ibu ye....
Lastly : Sila hantar link entry anda ke babykidslove@yahoo.com......sekian....Gud Luck


Ni kali pertama ummi join contest setelah teruja tgk blog mummy dida yang asyik join contest...harap2 la boleh menang...

Nama baby: Alya Maisarah binti Mohd Fairuz
Tarikh lahir: 8 jun 2009
Nama ummi: Siti Raudhah

Yaya in gymboree baby tight

Continue >>>

Kenapa saya SUKA susukan anak saya dengan susu ibu


1. Yaya dilahirkan secara c-sect. Melalui apa yang saya baca, baby yang dilahirkan melalui c-sect ni mendapat antibodi 6 bulan lewat berbanding baby yang lahir secara normal. Baby yang lahir secara normal ni dh kena bakteria2 yang ada kat vagina ibu die,so secara automatik dh dapat antibodi sewaktu dilahirkan.Tetapi tidak pada baby yg lahir secara pembedahan.Saya memang dh expect baby saya akan dilahirkan secara c-sect sbb baby songsang, sebab tu lah saya berazam nk susu kan die dengan susu badan sbb susu badan byk antibodi.


2. Susu ibu banyak khasiatnya. susu ibu ada lebih dari 400 nutrien di dalam nya. ada kolostrum yang juga dikenali sebagai cecair bernilai emas sebab terlalu banyak khasiat kolostrum ni.kalo nk cerita kat cni panjang sangat.Kolostrum (cecair warna kuning) banyak waktu mula2 baby dilahirkan and makin berkurang bila baby dh makin membesar,tapi tetap ada dalam susu ibu.

3. Mudah, cepat dan ringkas. Tak perlu nk berlari-lari kelam kabut ke dapur buat susu formula bila baby nangis nk susu. Just selak baju n suakan kat mulut baby. Baby dapat susu fresh lagi.

4.Hygiene. dh tentu lah susuibu ni terjamin kebersihannya. tak de nk tranfer2 masuk bekas yang entah bersih ke tak..terus je masuk dalam mulut baby...


5. Tak perlu nk basuh botol banyak kali.Bagi ibu yang bekerja mungkin pakai botol waktu siang/bekerja untuk susukan baby dengan susuibu yang diperah. Tapi waktu malam or hari cuti,tak pakai botol langsung...

6. Tak perlu bwk barang byk bila keluar jalan2. tak payah nk bawak raga isi air panas, susu formula, air masak dan botol susu.bawak beg isi pampers n baju tukar baby je...susu memamng dh tersedia.. tunggu time baby nk minum je.

7. JIMAT DUIT. yang ni point yang memmang sumer orang suka.tak perlu nk abiskan ratus2 ringgit sebulan beli susu formula.beli pampers die je... bolehla baby pakai pampers mahal sikit sbb duit dh save tak payah beli susu.


8. Rasa seronok tengok baby membesar dengan susu yang dihasilkan dari badan sendiri..baby Yaya memang badan die 'sihat' tapi saya tk risau sebab die minum susu badan..sekarang ni umor baru 5 bulan tapi kene pakai baju umur 1 tahun dan ke atas.semua orang yg tengok die mesti geram dengan pipinya yang tembam n peha dan tangan yang berlipat-lipat. Isi Yaya pejal, kulit licin compare dgn baby yang minum susu formula.

9. Baby jarang sakit...setakat ni Yaya baru demam sekali tu pon sbb cucuk. selsema kene 2 kali.

10. Anak orang minum susu orang. Anak lembu minum susu lembu. Tuhan dah jadikan seorang ibu boleh menyusukan anaknya. Jadi perkara menyusukan anak ni adalah suatu fitrah dan susu yang dikeluarkan dari badan ibu adalah rezeki untuk anak itu..kenapa nk sekat rezeki anak sendiri kan...

11. Baby yang menyusu susu ibu lebih cerdik.

"Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous."


12. Ibu yang menyusukan baby boleh maintain bentuk/berat badan..hehehe...makan banyak pon tak gemok2...


Continue >>>