CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 28, 2009

suhsi n ebi-don

last thursday( 24 dec.2009) kami sefamily ber'outing' di the garden dan mid valley.
tujuan sebenarnye adalah nak pegi boutique Coach..ramai betul orang hari tu wpon hari kerja n nampak ramai mat2 saleh shopping utk krismas.

dah alang2 sampai the gardens tu, kami bersantap lah di restoran Sushi Zen. Restoran ni adalah lokasi wajib kami setiap kali dtg MV/ the gardens sebab kami berdua mmg gilerkan sushi di kedai ni...rasanya sama macam sushi yang dekat jepun nun..harga yang ditawarkan jugak berpatutan...lagi, sebelah kedai ni ada kedai yang jual makanan2 dari jepun...ehehe...lepas makan, beli barang kat kedai Syoujikiya pulak.(perabih duit lagi)kepada yang berminat nak cuba rasa sushi sebenar boleh la singgah kat kedai ni..lokasi nye di LG the gardens.dekat dengan cold storage .

owh...sebelum balik tu saya sempat singgah di krispy kreme sambar 3 ketul donut.(beli sket je sbb hubby tak suka mkn donut). Tp saya rasa saya lebih prefer Big apple lah.krispy kreme nye donut ada sikit manis dan agak keras sedikit.choice pon tak banyak


the sushis


halfly eaten ebi-don


ish bosannye menunggu, kenapa la saya tak leh join skali


ummi, saya dah lapar ok..(bersiap sedia untuk menangis)

edited: teringat ada sorang salesgirl kedai tegur Yaya kulit cantik.hehehe.berkat susu ibu

Wednesday, December 16, 2009

HOW I MANAGE MY EBM AT OFFICE

Pumping frequency: 2 times/day
Pumping schedule: 11am & 4 pm

For every pumping sesion, i got around 8 oz. and divided it to 2 bottles( 3.5-4 oz. each). so, i get 4 bottles of EBM every day(kalau ikut schedule sbb kadang2 bila kerja luar kene lah adjust schedule tu). Saya Simpan Susu2 itu di dalam refrigerator(sejukkan not bekukan). Kalau kene travel..sy bwk ice pack moms little one(3 packs), letak dlm cooler bag. Berat sikit lah...but for the sake of my baby...sy pikul jugak...

My baby Yaya drinks 3-4 bottles of EBM during my working hour.

Jadi, yang 4 botol saya bawa balik rumah tiap hari biasanya:
1 botol masuk freezer(bekukan)- stok EBM
3 botol lagi letak kat refrigerator(sejukkan)
Keluarkan 1 botol dari freezer untuk dicairkan(pilih tarikh yang paling lama)

kenapa bekukan satu je,tak bekukan semua?
sebab, Frozen EBM dah kurang sikit khasiatnya berbanding fresh EBM(tak pernah dibekukan). Tapi Frozen EBM tetap lebih baik dari Formula milk.Jadi lebih baik lah baby diberikan susu yang fresh lebih banyak dari susu frozen.

How to Transfer EBM from office to home?
Saya masukkan dalam Cooler bag(Moms little one) with ice packs.

sekian

Tuesday, December 8, 2009

6 MONTH

hari ni genap umur Yaya 6 bulan...jadi dh cukup 6 bulan ummi menyusukan YAya dengan susu badan Ummi. dengan itu, tercapai lah target no 1 ummi iaitu menyusukan Yaya sehingga umur 6 bulan. My next target is to breast feed Yaya until she is 1 year old.Mampukah saya berbuat demikian?

Semalam try bagi Yaya mkn bubur yang diblender...mula2 muncung2 mulut die, rasa pelik agaknye, mende ape la ummi suap ni...lepas 4-5 suap baru la nampak OK.
Lepas ni Ummi buat bubur lagi ye..tp hari minggu je lah..hari biasa Yaya makan nestum ye.Tok Ma suapkan Yaya.

--->Yaya sekarang dh pandai golek-golek.Letak kat hujung tilam belah sini kejap je dh sampai ujung tilam belah sana.
---> Tangan tu sibuk je.sumer bende nk pegang..nak capai
---> suka tarik rambut n rantai ummi
---> dah mula angkat-angkat bontot dah..
---> asyik nak maaaaain je kejenye...orang suruh tido sbb dh lewat malam pon,tersengih2 nak main...nasib baik lah comel...kalo tak...
---> suka tengok cartoon

Monday, November 30, 2009

TAIPING LAKE GARDEN

ummi, saya nak yang warna biru ni satu...eh 2 lah...pastu yang page belakang ni......

tak nak buku ni...nak katalog tadi...

Bawak Yaya pegi jenjalan kat taman tasik taiping yang indah...ingat nk masuk zoo taiping tp stroller pulak lupa bawak balik...next time Yaya dh besar sikit kite masuk zoo eh


Monday, November 23, 2009

another good info

Semalam tengok Formula anggun kat astro prima (kalo tak silap), ada doc tu ckp mengenai penyusuan susu badan.Point2 yang dicakap oleh doctor tu yang saya ingat je lah:

1) Sebanyak 500 kilo kalori akan digunakan/dibakar setiap kali si ibu menyusukan anaknya. Lemak-lemak yang terkumpul semasa mengandung pon akan hilang melalui proses menyusukan anak. jadi boleh lah kekal langsing tanpa perlu bersusah payah pegi program pelangsingan. Suke tak?

2) Ibu2 yang menyusukan perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menghasilkan susu yang berkhasiat. Kene makan banyak jenis makanan lah macam ni...

3) Ibu2 perlu bersenam selalu semasa mengandung dan selepas bersalin. Buat kerja rumah pon dh kira bersenam kan? hikhikhik


aik 3 je...rasa mcm banyak je yang doc tu cakap semalam...hmm nanti kalau ingat saya tambah lagi

Pastu jumpa pulak doa ni kat blog pn. nnorita78. boleh la cuba amalkan ye kawan2 =)

"Cuba amalkan membaca YA MATIN( bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA) sebanyak 70x setiap hari (amalkan sekurang2 sekali dan paling bagus waktu malam atau subuh) dan menghembus ke dalam air untuk diminum insyaALLAH susu akan menjadi banyak."

Wednesday, November 18, 2009

BABY KIDS LOVE CONTEST entri

Powered by BannerFans.com



Kepada semua sahabat yang dihormati sekalian, setelah hampir 5 bulan Babykidslove Online Boutique beroperasi, kini kami berhasrat ingin memberi penghargaan kepada anda semua yang tak jemu-jemu menyokong kami. Dengan ini Babykidslove Online Boutique ingin menganjurkan satu contest yang bertajuk
" BABY IN BABYKIDSLOVE APPAREL ".

Oleh itu terdapat beberapa syarat mudah yang perlu anda penuhi. Apakah Syarat-Syaratnya?

Pertama : Uols perlulah menjadi follower Babykidslove Online Boutique dan mesti add http://babykidslove.blogspot.com/ kat blog link uols.
Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan paste kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog ini.
Ketiga : Buat entri dan Uols uploadlah gambar baby uols dengan menggayakan LEGGINGS@TIGHTS. Tak kisahlah uols beli leggings & tights tu kat mane janji mengikut syarat saja. Jangan lupa letakkan nama baby, tarikh lahir dan nama ibu ye....
Lastly : Sila hantar link entry anda ke babykidslove@yahoo.com......sekian....Gud Luck


Ni kali pertama ummi join contest setelah teruja tgk blog mummy dida yang asyik join contest...harap2 la boleh menang...

Nama baby: Alya Maisarah binti Mohd Fairuz
Tarikh lahir: 8 jun 2009
Nama ummi: Siti Raudhah

Yaya in gymboree baby tight

Friday, November 6, 2009

Kenapa saya SUKA susukan anak saya dengan susu ibu

1. Yaya dilahirkan secara c-sect. Melalui apa yang saya baca, baby yang dilahirkan melalui c-sect ni mendapat antibodi 6 bulan lewat berbanding baby yang lahir secara normal. Baby yang lahir secara normal ni dh kena bakteria2 yang ada kat vagina ibu die,so secara automatik dh dapat antibodi sewaktu dilahirkan.Tetapi tidak pada baby yg lahir secara pembedahan.Saya memang dh expect baby saya akan dilahirkan secara c-sect sbb baby songsang, sebab tu lah saya berazam nk susu kan die dengan susu badan sbb susu badan byk antibodi.


2. Susu ibu banyak khasiatnya. susu ibu ada lebih dari 400 nutrien di dalam nya. ada kolostrum yang juga dikenali sebagai cecair bernilai emas sebab terlalu banyak khasiat kolostrum ni.kalo nk cerita kat cni panjang sangat.Kolostrum (cecair warna kuning) banyak waktu mula2 baby dilahirkan and makin berkurang bila baby dh makin membesar,tapi tetap ada dalam susu ibu.

3. Mudah, cepat dan ringkas. Tak perlu nk berlari-lari kelam kabut ke dapur buat susu formula bila baby nangis nk susu. Just selak baju n suakan kat mulut baby. Baby dapat susu fresh lagi.

4.Hygiene. dh tentu lah susuibu ni terjamin kebersihannya. tak de nk tranfer2 masuk bekas yang entah bersih ke tak..terus je masuk dalam mulut baby...


5. Tak perlu nk basuh botol banyak kali.Bagi ibu yang bekerja mungkin pakai botol waktu siang/bekerja untuk susukan baby dengan susuibu yang diperah. Tapi waktu malam or hari cuti,tak pakai botol langsung...

6. Tak perlu bwk barang byk bila keluar jalan2. tak payah nk bawak raga isi air panas, susu formula, air masak dan botol susu.bawak beg isi pampers n baju tukar baby je...susu memamng dh tersedia.. tunggu time baby nk minum je.

7. JIMAT DUIT. yang ni point yang memmang sumer orang suka.tak perlu nk abiskan ratus2 ringgit sebulan beli susu formula.beli pampers die je... bolehla baby pakai pampers mahal sikit sbb duit dh save tak payah beli susu.


8. Rasa seronok tengok baby membesar dengan susu yang dihasilkan dari badan sendiri..baby Yaya memang badan die 'sihat' tapi saya tk risau sebab die minum susu badan..sekarang ni umor baru 5 bulan tapi kene pakai baju umur 1 tahun dan ke atas.semua orang yg tengok die mesti geram dengan pipinya yang tembam n peha dan tangan yang berlipat-lipat. Isi Yaya pejal, kulit licin compare dgn baby yang minum susu formula.

9. Baby jarang sakit...setakat ni Yaya baru demam sekali tu pon sbb cucuk. selsema kene 2 kali.

10. Anak orang minum susu orang. Anak lembu minum susu lembu. Tuhan dah jadikan seorang ibu boleh menyusukan anaknya. Jadi perkara menyusukan anak ni adalah suatu fitrah dan susu yang dikeluarkan dari badan ibu adalah rezeki untuk anak itu..kenapa nk sekat rezeki anak sendiri kan...

11. Baby yang menyusu susu ibu lebih cerdik.

"Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous."


12. Ibu yang menyusukan baby boleh maintain bentuk/berat badan..hehehe...makan banyak pon tak gemok2...


Tuesday, November 3, 2009

yaya + abg aiman = kawaii



ABANG AIMAN: Yaya, duduk elok-elok .Biar abang man pegang.Nanti Yaya jatuh.
YAYA : Saya nak yang tu....nak yang tu jugak....(meleleh air liur)
p/s: sila klik pada gambar



YAYA : Abang man..tepi sikit la...Yaya nak posing ni...nanti tak masuk pulak dalam gambar

ABANG AIMAN : Isk isk isk...sepupu aku sorang ni...sabo je le...

Saturday, October 24, 2009

finally

after having a tough and rough training session,finally, yaya dh boleh meniarap purrrfectly




bought a cooler bag(momslittleone), 3 packs of ice pack(momslittleone jugak)dah taruk dlm freezer and a dozen of bpa free breastmilk storage bottles(bumble bee). sumer nibeli dr website enjoybreastfeed.com

Wednesday, October 14, 2009

Growth spurt


Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
(terjawablah persoalan kenapa saya makan banyak selalunya pada masa masa tertentu..;P )
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.

Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.

Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)

Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil :D Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”

Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..



LAst week Yaya kene growth spurt rasanya...dia minum sampai 6 botol susu yg setiap satunya 3.5-4ounce dari pagi smpai petang sy balik kerja. Biasanya Yaya minum 4 botol sehari.Nasib baik sehari je die mcm tu.kalo takk, jenuhla nk top-up balik stok susu yg sememangnya tak berapa byk ni...(sy ni pemalas sikit nk wat stok susu,lagipon kang penuh pulak fridge mama tu ngn susu saya)
and baru sy teringat...dulu masa dlm pantang ada jugak sekali dua tu...2-3 hari Yaya asyik nk susu je...kejap2 nk nak susu...sampai naik lenguh+tension kite dibuatnye asyik nk susukan die je...hmmm now i know why....

favourite lullaby

Yaya has one favourite lullaby
Ayat Kursi
Tiap kali nk bagi die tido, pasangkan bacaan ayat kursi berulang kali smpai Yaya tido..
kalo ummi dodoi tk nak lak tido...nangis lagi ada la...huuuu

Monday, October 12, 2009

weekend updates

1. Yaya n abah new gadget
yaya and abah ada new gadget (ummi tak masuk campur)iaitu baby carrier...sumer orang gelakkan yaya semalam sbb yaya buat muka toye je masa try letak die dlm baby carrier tu sbb baru bgn tido.lepas ni boleh la abah dukung yaya time kuar jalan2...ummi mmg tak larat nk dukung lama2...pakai stroller jek la..


1.

2. New sleep wears
Semalam ummi ngn abah pi alamanda beli baju tido (3 helai) yaya...byk dah baju2 tak muat..baju2 yang beli time die lahir tinggal berapa helai je lg yg muat...tu pon baju2 yg orang bagi..lain2 dh masuk muzium.Pastu beli topi Yaya yg comel tu...(sila rujuk gambar di atas)

3. Aleeya Mysara
Semalam br ummi n abah dpt dengar lagu Aleeya mYsara nyanyian mamat...sblm ni dgr org duk ckp ada nama lagu sama mcm nama yaya..

4. Belajar meniarap
Yaya tgh berusaha gigih nk belajar meniarap...semalam baru boleh mengiring dgn bontot sekali,sebelum ni mengiring badan je..bontotnye tertinggal...chaiyok Yaya..Ganbatte...

tu je kot setakat ini...

Ummi & Abah Love you so Much!

Wednesday, October 7, 2009

cara nak banyakkan susu

Cara banyakkan susu...

Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?


Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini... pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.


yesh, pengalaman kak nnorita78 mmg betul. sbb saya pon sama pengalaman seperti kak nnorita78. bila saya makan durian (saya hantu durian ok), breast akan rasa berat. sbb saya mmg sgt happy bila dpt mkn durian.

so for mommies yang menghadapi masalah susu, mknlah dengan hati yang gembira. bila kita happy, production susu akan bertambah. kerapkan pumping and baby suction. doa banyak-banyak. insyaallah susu akan bertambah.

owh, alfalfa juga membantu banyakkan susu.

copy from susuibu.com


ooo...sekarang saya dh faham...mkn n nikmati betul2 makanan ape yg kite suka...tk perlu ambil makanan tertentu untuk tambah susu badan...just make sure makan yang diambil mempunyai khasiat yang secukupnya plus drink a lot of water(yang ni mmg beri byk kesan pada saya).
ha lagi satu(yang ni saya suka)....kalau makan dengan gembira n enjoy the taste...kite takkan obes Insya allah

Friday, October 2, 2009

CD

I'm thinking of cloth diapering Yaya...tgh survey2 mcm mana nk guna,nak cuci,brand ape yg best...




kiut kan



edited
nampaknye hajat ummi nk CD kan Yaya tak kesampaian...kerana.....Ummi bekerja, awal pagi dh keluar,balik lewat petang...jarang2 ada masa nk cuci CD Yaya.nak harapkan maid yg cucikan,tak bersih la jawabnye...nnt gatal2 lak bonbon anak ummi..tak pasal2 dpt penyakit lain.
It's all because I'm a working mum and i hate it so much.
Sekarang ni guna Huggies, Alhamdulillah yaya takde masalah ruam lampin.

Friday, September 25, 2009

yaya raya

tahun ni yaya raya kat kelantan. Yaya jumpa ramai sedara mara belah abah Yaya. Yaya jugak ada jumpa tok ngah belah ummi yang duk kat Besut. Kutipan duit raya pon agak menberansangkan..hehe...Ummi dh simpan dalam akaun tabung haji Yaya.

Sian Yaya tak dapat tidur lena masa hari raya sebab asal ada orang datang je, mesti nak tengok Yaya. Bila dah tengok Yaya, geram pulak tgk pipi Yaya yang kembung tu.Dah yaya kene angkat, di cium pipi. tu yang tak leh tido lena tu...Pastu Yaya kene selsema masa last two days kat sana. tapi tak demam...lagi la Yaya tak dapat tido lena sbb idung sumbat...Yaya asik meragam je...btw, here are some pics of Yaya's first raya.










yaya resting in her favourite place selepas digomol oleh orang ramai
(baju ni masa ummi beli time bulan pose,paras lutut...tgk sekarang ape dh jadi?)




yaya on the way balik kl






Wednesday, September 16, 2009

avent manual breastpump

bought a new/my own breast pump today.YEAH! Saya boleh mengepam tanpa rasa ragu2 lagi..memang hajat nak beli pump sendiri pon, sebab skrg guna pump avent kak long punye.segan la pulak nak pakai lelama. Duk mayou samada nak beli avent ke medela.Bekenan dengan medela harmony tu..tp tak penah guna so tak tau sesuwei or best ke tak.Harga lebih kurang je..Tibe2 semalam hubby bagi tau die dapat voucher parkson RM300. ape lagi...terus la dapat idea nak beli pump..and here it is...so boleh la Ummi bekalkan Yaya susu fresh setiap hari...(macam selama ni tak je.)


to mommies who wants to get more info on BreastFeeding(BF), please visit www.susuibu.com.

Saturday, September 12, 2009

last friday ummi ngn abah amik cuti.bawak yaya balik kampung umah tokwan kat taiping.yaya tido je atas carseat sepanjang perjalanan pulang ke kampung.


yaya onthe way nak balik umah tokwan

Tuesday, September 8, 2009

3months

hari ni genap 3 bulan yaya dilahirkan ke dunia.
yaya sekarang dh pandai bersembang. Die cakap bahasa die, kite cakap bahasa kite. Pastu Dah pandai ketawa.ha, lagi satu...yaya minat sangat tengok tv..macam paham je...
tak berkelip mata tengok tv...siap buat bunyi2 lagi macam nak comment cerita kat tv tu..


semalam bawak yaya pegi cucuk+ check up.
teka berapa berat yaya


























6.9 kg.
panjang die pulak 68 cm.betul ke 68 cm.macam naik mendadak je.(memang naik mendadak pon.dh terkeluar dari graf perkembangan baby )musykil jugak ni..
luckily Yaya-chan tak demam kali ni...last monthnye cucuk die demam 2 hari.

Tuesday, September 1, 2009

yaya, yaya, yaya

yaya,








yaya nak tau tak






ummi ngn abah ada satu problem besar.....






ummi ngn abah tak boleh la pegi kat bahagian barangan baby....




mesti tersambar at least sehelai baju untuk yaya...tu tak campur barang yaya lain yang nak dibeli






untuk raya ni je dh abis RM 300++ untuk yaya tau







sebab ummi ngn abah tengok sumer baju comel2...and kalau yaya pakai mesti lagi comel...
tu yang terpaksa beli tu...







rak baju yaya pon dah padat dh tu







lepas ni ummi nak puasa dari membeli baju yaya selama 3 bulan....







doakan ummi berjaya

Wednesday, August 26, 2009

Aksi tidur yg melampau dpd dik yaya. Orang letak kepala atas bantal elok2 kejap je dh beralih.

Saturday, August 22, 2009

parenthood expo- 21aug2009

pegi ke parenthood expo kat mid valley ngn pizah(mama ipan),hetty n bee. Tujuan asalnye nak beli milkmaid tea untuk tambah susu badan sempena bulan puasa ni.Tp booth susuibu.com tu tak bwk stok ke ekspo ni.Last2 Saya beli pil asi untuk tambah susu badan (RM20).


Thursday, August 20, 2009

Don't worry Yaya...Wpon kadang2 ummi tensen sebab Yaya suka berjaga malam, tak tido-tido smpai pagi ummi nk pegi keje...Ummi tetap sayang Yaya.





oooppsss seksi plak

Tuesday, August 18, 2009


yaya kat Hospital Putrajaya sewaktu baru dilahirkan...maintain tembam jugak sampai sekarang

prolonged jaundice

Yaya kene jaundice lebih kurang seminggu selepas Yaya dilahirkan. Nurse yang datang buat follow-up baby n mak baby dirumah mintak kami pegi buat check-up di klinik kesihatan.bila pegi check Yaya nye paras bilirubin tinggi (275), tp tak tak melebihi 300 so tak kritikal sgt la. but still kene tahan kat ward.
bermalam la kitorang satu malam kat ward. sian Yaya kene tido bwh lampu biru tak pakai baju. dh la Hospital tu sejuk pasang air-cond. terketar2 Yaya. Ummi tido pon pegang tangan n kaki Yaya nak kasi panas sikit . Nasib baik esoknya dh turun sikit. so boleh discharge.

Pastu masa Yaya 20 hari, Nurse datang umah lagi. tgk masih ada lagi kuning. tp tak teruk...so saya biar jela dgn harapan nnt akan hilang sikit2. Saya tak amik jamu ke herba ke ape. Halia pon saya tak mkn sbb baca kat internet kata makan halia boleh menyebabkan kuning. Sampai la umur Yaya sebulan n nak pegi cucuk hepatitis ka KK. tgk kuning die ada lagi. check bilirubin lagi and result 225. Doc tak bagi cucuk instead die bg appointment letter utk pegi check-up kat pediatrik Hosp Putrajaya .

Kami pon pegi la check-up kat Hosp. Putrajaya on 14th july. masuk jumpa doc, doc kata nak amik 4 sampel from Yaya. 1 sampel air kencing and 3 sampel darah utk test tiroid, hati and lagi satu tak ingat dah. result air kencing n tirod dh keluar . 2-2 OK. tgg lg dua result bln 11 ni br dpt tau..lama lagi....harap2 tak de ape2 lah ye Yaya. Ummi tgk yaya sihat je.minum susu pon lalu, tk meragam sgt, badan pon naik je...tak de ape2 lah kan Yaya.

Monday, August 17, 2009

Alya Maisarah (Yaya) dilahirkan pada 8 Jun2009 jam 09.09 am di Hospital Putrajaya at 37 weeks through Caeserian section due to breach position. Yaya memang dh breach since 28weeks and dh takmau pusing lagi lps tu maybe bacause of Oligohydramnios (air ketuban sikit). Made an appoinment dgn pakar obstetrik Hosp. Putrajaya at 36 weeks, tp doc pon tak berani nk pusing sbb air ketuban sikit and terus booking tarikh masuk hospital.Doc kata tak boleh tunggu lama takut air ketuban makin sikit. Berat Yaya sewaktu dilahirkan 3.1 kg

Duduk kat hospital tu 3 hari...hari ahad masuk ward,Isnin operation hari Rabu balik. Bayar RM 24.00 sahaja sbb pakai Guarantee Letter(GL). duduk ward yang sebilik 2 katil...selesa jugak sbb hospital baru...nurse and doc pon nice + peramah. cuma takde la dpt layanan first class mcm kat swasta tu.Baby kita jaga sendiri kat bilik,Tp malam boleh org teman(perempuan sahaja). Ye lah, kite dh la caeser..tak boleh bangun.Mesti kene ada bantuan jugak nk tukar lampin baby, nk susukan baby , nak bangun pegi toilet, nak makan, nak amik barang...bla bla bla...

so, walaupon saya dh ada anak tapi saya tak pernah lagi merasa sakit bersalin :(
maybe next baby boleh merasa which is around 2-3 years ahead...hahaha


tilam dan bantal




Yaya ada tilam baru...sepupu belah abah yaya, kak mi yang bagi. Yaya jugak pakai baju baru...mak long yang bagi.thank you to both of you.




hehehehe




bluek

Thursday, August 13, 2009

yaya n aiman




yaya tgk ape tu?





ooo...yaya tgk kat sepupunya abang aiman





ummi...yaya nk main ngn abang aiman boleh?

cepat la besar...boleh main ngn abang aiman




No yaya. You can't grow up too fast...Ummi will be missing your cute chuuby cheek baby face.

Tuesday, August 11, 2009

12/8/2009 -yaya's recent photos



gerammmnye tgk pipi yaya yang tembam tu...rasa nk gigit je
nyamuk pon geram tgk pipi yaya... ada bintat besar kat pipi tu...bekas kene gigit nyamuk



hari ni umur yaya 66 hari.Yaya dah boleh senyum bila kene agah and dah mula nk tgk keliling.kejap toleh kanan,kejap toleh kiri...pastu tak nak orang pegang sambil baringkan die,die nangis..kene dudukkan die sbb die nak tgk keliling.macam la awak tu dah besar sgt yaya oi...

susuibu.com

I kindda fall in love with this website because i got lots of USEFUL info on BreastFeeding(BF) such as expressed breastmilk (EBM) storage and etc. from this website.

Yaya consume about 98 % of breast milk(BM) -another 2% tu formula milk la kan. So saya perlu mengepam susu ketika berada di pejabat untuk dibekalkan kpd Yaya ketika saya bekerja. Saya guna pam brand Anakku and simpan susu dalam botol (saya guna brand Momslittleone) atau beg plastik.

Formula milk pulak pakai Enfalac A+.beli 1 tin kecik masa die lahir dulu sbg back-up time2 takde BM.sekarang umur die dah 2 bulan susu tinggal setengah tin lagi.






bekas simpan EBM for Yaya
(abah yg beli sbb time ni ummi tgh pantang lg..tkleh keluar rumah)

new entry















me ( at mid Valley) about two weeks before giving birth to yaya