CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 7, 2009

cara nak banyakkan susu

Cara banyakkan susu...

Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?


Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini... pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.


yesh, pengalaman kak nnorita78 mmg betul. sbb saya pon sama pengalaman seperti kak nnorita78. bila saya makan durian (saya hantu durian ok), breast akan rasa berat. sbb saya mmg sgt happy bila dpt mkn durian.

so for mommies yang menghadapi masalah susu, mknlah dengan hati yang gembira. bila kita happy, production susu akan bertambah. kerapkan pumping and baby suction. doa banyak-banyak. insyaallah susu akan bertambah.

owh, alfalfa juga membantu banyakkan susu.

copy from susuibu.com


ooo...sekarang saya dh faham...mkn n nikmati betul2 makanan ape yg kite suka...tk perlu ambil makanan tertentu untuk tambah susu badan...just make sure makan yang diambil mempunyai khasiat yang secukupnya plus drink a lot of water(yang ni mmg beri byk kesan pada saya).
ha lagi satu(yang ni saya suka)....kalau makan dengan gembira n enjoy the taste...kite takkan obes Insya allah

1 comment:

ADILA said...

ya setujuuu..sbbnye betullah mungkin kite hepi..pastu next kite mkn xde ler plak susu byk sbbnye kite buat kerana terpakse...tetapi x dinafikanlah sesetengah mknan tu merangsang jugk utk bykkan susu..