CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, November 6, 2009

Kenapa saya SUKA susukan anak saya dengan susu ibu

1. Yaya dilahirkan secara c-sect. Melalui apa yang saya baca, baby yang dilahirkan melalui c-sect ni mendapat antibodi 6 bulan lewat berbanding baby yang lahir secara normal. Baby yang lahir secara normal ni dh kena bakteria2 yang ada kat vagina ibu die,so secara automatik dh dapat antibodi sewaktu dilahirkan.Tetapi tidak pada baby yg lahir secara pembedahan.Saya memang dh expect baby saya akan dilahirkan secara c-sect sbb baby songsang, sebab tu lah saya berazam nk susu kan die dengan susu badan sbb susu badan byk antibodi.


2. Susu ibu banyak khasiatnya. susu ibu ada lebih dari 400 nutrien di dalam nya. ada kolostrum yang juga dikenali sebagai cecair bernilai emas sebab terlalu banyak khasiat kolostrum ni.kalo nk cerita kat cni panjang sangat.Kolostrum (cecair warna kuning) banyak waktu mula2 baby dilahirkan and makin berkurang bila baby dh makin membesar,tapi tetap ada dalam susu ibu.

3. Mudah, cepat dan ringkas. Tak perlu nk berlari-lari kelam kabut ke dapur buat susu formula bila baby nangis nk susu. Just selak baju n suakan kat mulut baby. Baby dapat susu fresh lagi.

4.Hygiene. dh tentu lah susuibu ni terjamin kebersihannya. tak de nk tranfer2 masuk bekas yang entah bersih ke tak..terus je masuk dalam mulut baby...


5. Tak perlu nk basuh botol banyak kali.Bagi ibu yang bekerja mungkin pakai botol waktu siang/bekerja untuk susukan baby dengan susuibu yang diperah. Tapi waktu malam or hari cuti,tak pakai botol langsung...

6. Tak perlu bwk barang byk bila keluar jalan2. tak payah nk bawak raga isi air panas, susu formula, air masak dan botol susu.bawak beg isi pampers n baju tukar baby je...susu memamng dh tersedia.. tunggu time baby nk minum je.

7. JIMAT DUIT. yang ni point yang memmang sumer orang suka.tak perlu nk abiskan ratus2 ringgit sebulan beli susu formula.beli pampers die je... bolehla baby pakai pampers mahal sikit sbb duit dh save tak payah beli susu.


8. Rasa seronok tengok baby membesar dengan susu yang dihasilkan dari badan sendiri..baby Yaya memang badan die 'sihat' tapi saya tk risau sebab die minum susu badan..sekarang ni umor baru 5 bulan tapi kene pakai baju umur 1 tahun dan ke atas.semua orang yg tengok die mesti geram dengan pipinya yang tembam n peha dan tangan yang berlipat-lipat. Isi Yaya pejal, kulit licin compare dgn baby yang minum susu formula.

9. Baby jarang sakit...setakat ni Yaya baru demam sekali tu pon sbb cucuk. selsema kene 2 kali.

10. Anak orang minum susu orang. Anak lembu minum susu lembu. Tuhan dah jadikan seorang ibu boleh menyusukan anaknya. Jadi perkara menyusukan anak ni adalah suatu fitrah dan susu yang dikeluarkan dari badan ibu adalah rezeki untuk anak itu..kenapa nk sekat rezeki anak sendiri kan...

11. Baby yang menyusu susu ibu lebih cerdik.

"Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous."


12. Ibu yang menyusukan baby boleh maintain bentuk/berat badan..hehehe...makan banyak pon tak gemok2...


5 comments:

@kutopsecret said...

Tertarik dgn fakta ke-12..hehehehhe... Really??

ummi-yaya said...

hehehe...byk orang cakap mcm tu la...sy asyik lapar je...tp berat maintain mcm sebelum pregnant...

Izzah Marzuki said...

ooo..kak izz minum susu ibu sampai umur 2 thn.. x penah minum susu botol.. patut la badan k.izz bulat ye.. hihi

ummi-yaya said...

alamak...macam tu ke...?
nak kene berbaik dgn Dr Rozmey lah mcm ni...hikhikhik.

Raudhah anje said...

alamak...macam tu ke...?
nak kene berbaik dgn Dr Rozmey lah mcm ni...hikhikhik.