CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 27, 2010

beli mainan lagi.

Semalam kami sekeluarga selamat pegi Karnival Metrojaya di PICC, Putrajaya. Ni kali ke-2 metrojaya buat sale di PICC. Memang sale giler2 lah..Tapi tak semua barang yang di discount hebat. ada jugak yang harganya sama je macam kat tempat lain.
Yaya pulak duk membuat hal di sana.Asyik nak berdukung je. Pulak tu tak nak orang lain dukung, nak ummi je dukung. Tak dapat la ummi nak membelek-belek baju-baju disana. Ingat pegi situ boleh le angkat baju somerset bay, tapi tak sempat nak tunjuk kat abah yaya. ( saya selalunya kalau nak beli barang kena mendapat persetujuan dr cik abang dulu br beli...hish apela, dah besar panjang pun tak boleh nak buat keputusan sendiri kan..)

Round-round kat Hall pameran sambil usha-usha barang ape yang boleh dibeli , tetibe sampai pulak kat bahagian permainan kanak-kanak. huh, ape lagi, menjerit kegembiraan la minah tu nampak mainan. dari mood meragam, terus bertukar gembira. Terpaksa ambil set mainan rumah2 untuk yaya. makin bertambah lah koleksi barang mainan menyepah rumah. Ummi pun curik2 la pusing2 tengok barang2, sambil yaya dijaga oleh bapa saudaranya. nak beli kasut, saiz pulak takdak. Yang ada saiz, pattern kureng berkenan.


Round punya round, jumpa pulak baju budak2. Apa lagi, terus lupa diri jap. pilih pilih baju untuk yaya. Abah yaya pun join sekali memilih baju. Selepas saringan halus , beli 2 helai je baju. Tu pun tak tau bila nak pakai. Abah beli necktie and wallet. Yang tak beli apa2 adalah Ummi. YEAY.

Actually,Kami sekeluarga sedang dalam mode berjimat cermat. Nak setlekan hutang yang mana ada. Insya Allah Kalau loan diluluskan, hmm tinggal berapa sen je lagi duit gaji kami lepas tolak bayar rumah... huhuhu,sedih..tak boleh nk shopping2 lagi macam dulu. So, kawan-kawan jangan marah ye kalau ajak saya pegi mana-mana kalau saya tak nak ikut atau pegi mana-mana saya tak beli apa-apa.

Thursday, December 23, 2010

Jom Join Contest Si Manjaku Comel

Telah ditag oleh kawan saya CIK Agustina to join this contest.




Rasanya ni la gambar comel yang paling latest dalam simpanan.
Masa ni budak kecik ni baru dapat kaki,excited sangat boleh jenjalan kat taman tasik taiping.
Sebenarnye Susah sangat nak capture gambar budak ni sebab tak reti duduk diam. Tak sempat nak snap gambar lagi die dah lari datang kat kamera nak tengok gambar die yang baru ditangkap.








syarat-syarat sangat mudah...
1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie..
-dah


2- anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw)
-

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib)
-checked

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak)
-dah setel


5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun....
-yaya baru umur 18 bulan, so layak

7. tag rakan2 anda 5 org...

fith , dida, kak tini, fizah, pn capa

Wednesday, December 15, 2010

buat-buat busy

tersanagat busy sampai baca blog kawan-kawan pun sekali lalu je...tak sempat nak belek2...hmmm entah apa yang di'busy'kan pun tak tahu. Mungkin sebab boss saya masuk hospital akibat koma dah nak dekat 3 minggu, jadi kami pegawai2 la terpaksa gilir2 masuk meeting sana sini.

Mungkin jugak busy mencari rumah untuk dibeli...Jumpa yang berkenan, harga pulak tinggi sangat. Jumpa yang harga mampu milik, area pulak rasa macam tak best....Mengapa la harga rumah sangat tinggi, tapi gaji kami tak berapa nak tinggi. Bonus??? seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Friday, December 3, 2010

1 tahun 6 bulan

Pada Saat entry ini di publish,genap lah usia penyususan susu ibu saya kepada anak saya Alya selama 1 tahun 6 bulan. Kira kalau study tu dah peringkat master la kan. Lagi 6 bulan nak dapat PhD.kuikuikui perasan.

Kawan-kawan satu pejabat ni memang dah tau dah, muka saya yang selalu duk usung cooler bag mom's little one ke mana-mana. Setiap hari pegi-balik kerja duk usung beg tu, Pegi meeting luar pejabat pon usung beg tu, pegi kursus confirm la usung beg tu jugak kan.Raudhah dan Cooler bag tidak dapat dipisahkan ( tak lama lagi berpisah lah tu bila Yaya dah masuk 2 tahun)

I started from ZERO. Masa tu kawan2 sekeliling ramai yang belum kahwin. Berapa kerat je yang dah ada anak, tapi mereka tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kiranya,Tak de geng la masa tu. Sekarang dah ramai dah geng saya di pejabat. Hehehe...Seronok! Jadi Saya banyak belajar dari internet dan majalah tentang penyususan susu ibu.Banyak lagi sebenarnya perkara tentang penyususan susu ibu yang saya tak tahu. Tak tahu sebab tak pernah mengalami perkara itu dan tak tahu sebab malas menggodek info.

mula menceburkan diri dalam bidang ni pun sebab MIL selalu suruh susukan anak dengan susu ibu. Then dapat tau pulak baby yg lahir through c-sect kurang antibodi berbanding baby yang lahir normal. Lagilah kuat semangat saya nak bagi extra protection pada Yaya.

Sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan tu tak dinafikan memang banyak cabaran, pengalaman, cobaan, pengajaran ,pengetahuan telah dikumpulkan. Antaranya:


Forceful Down Reflex

Baru je tau tentang istilah ni. Keadaan di mana susu dipaksa keluar bagi memberi ruang mengisi susu yang baru dihasilkan. Patut lah Yaya asyik tersedak je masa dari die lahir sampai umur 3 bulan . Tak tau pulak rupanya saya ni FDR dan ada cara untuk mengawal pengaliran susu supaya baby tak tersedak waktu menyusu.

Stok EBM memasuki 'Red Zone'

Selalunya berlaku waktu Yaya mengalami growth spurt. Baby minum lebih banyak dari biasa. 2-3 kali jugak Yaya Growth Spurt.Memang kritikal la stok EBM waktu tu... Siap berdoa jangan la kena out-station time tu. Kalau tak memang tak cukup stok. Alhamdulillah dapat cover balik stok dengan buat extra pumping on weekend. Bangun subuh, pump susu sebelum baby bangun.Mujur jugak baby jenis bangun lambat.Pukul 9-10 baru bangun..

Baby Refuse Direct Feeding

Entah mengapa tiba-tiba je Yaya tak nak menyusu direct... nak kata tukar sabun baju or softener, tak jugak. Sabun mandi pun tak tukar. 2 hari jugak la susukan die dengan botol. Dah nak buat appointment dengan Lactation Counselor Susu ibu dah time tu. Last-last die okey sendiri lepas duk kelek die ke sana ke mari kat Alamanda (tak bawak stroller punya pasal). Baru teringat balik bau ummi die la tu.

Nipple Crack

Perkara biasa lah bagi ibu yg menyusukan baby yang gatal gusi or dah tumbuh gigi. Sobar je la......

Transport EBM waktu out-station

Kalau kena out-station perkara yang terpikir dulu adalah berapa hari out-station sebab kalau lebih dari 3hari@ 72 jam dah kena bekukan EBM. Setakat transport EBM cair tak pe lagi. Tapi kalau transport EBM beku pening jugak nak maintainkan supaya tak cair.


Reverse Cycling

Bayi menyusu sikit waktu siang ketika ditinggalkan dengan pengasuh, dan kerap menyusu waktu ibu ada di rumah...kadang2 tu 3-4 kali bangun waktu malam nak menyusu. Ponat toksah kata. Mengantuk je akibat tak cukup tidur

p/s: terasa nak upgrade breast pump for next baby

Tuesday, November 23, 2010

she's getting taller


Terpaksa curik-curik amik gambar masa yaya tengah tido.
kalau matanya celik,jangan harap la cekak rambut tu nak stay atas kepala lebih dari 2 saat. letak je atas kepala, die tarik.



Ummi, cepat la...ngantuk ni nak sambung tido dalam kereta.



Gambar ni diambil right before bertolak balik Kelantan.
Pagi-pagi buta dah kejut yaya bangun,mandi koboi sikit.
Yang paling penting,bantal busyuk jangan lupa bawak.

Monday, November 22, 2010

isshouni inaka ni kaerimashou

Tiba-tiba teringat pada satu kisah yang berlaku pada saya dan suami di ketika tahun 1 mengikuti persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit. Masa tu kami sekelas dalam kelas bahasa jepun duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa(tak kawan lagi la ni). Pelajaran kaiwa(perbualan) dalam bahasa jepun. Kami sekelas kena pair dengan kawan sebelah dan baca dialog macam kat bawah ni:

(telah di translate ke bahasa melayu)
A: hujung minggu ni awak buat apa?
B: Takde buat apa-apa
A: kalau macam tu, ___________(isi tempat kosong ikut kreativiti sendiri ie; jom tengok wayang,pegi midvalley,jalan-jalan di taman)

Tiba giliran kami yang satu-satunya pair L-P dalam kelas tu, dialog kami berbunyi:

Bakal Suami: hujung minggu ni awak buat apa?
Saya: Takde buat apa-apa
Bakal Suami: kalau macam tu, jom kita sama-sama pulang ke kampung

Tak pasal-pasal jadi bahan budak lelaki dalam kelas. Ada yang kata bawak balik kampung jumpa mertua la. Last-last, betul-betul saya ikut awak balik ke kampung. Itu pun setelah 6 tahun perkara itu berlaku.

Thursday, November 11, 2010

yummylicious

Semalam bagi budak berselemoih ni makan coklat yang gambar2 muka die tu.
(sila rujuk entry di bawah bertajuk ALAHAI..)
Sebenarnya ummi yaya yang nak makan coklat tu,
tapi yaya dah mengamuk2 nak jugak,terpaksa la kasi.
bukan main suka lagi sampai ummi mintak sikit pun takmo bagi.
selalu kalau mintak sikit mesti die hulur suapkan makanan.
kali ni die buat dekkk je.
Abis la comot,dah la baru lepas mandi.



Emmm...cedapnyeee...







Sekejap ada, sekejap takde


Dah 2 minggu mencuba Cloth diapers brand Lunatots.
Memang berpuas hati lah sebab rasanya Lunatots lebih tahan lama berbanding brand yg murah2 tu.Walaupun letak 1 insert je, tapi tak bocor. Selalunya yg coolababy or babyland,pakai 2 insert pun bocor. Jangkamasa pemakaian CD sama je,4 jam.
Ke saya je yang berperasaan begitu. Padahal Orang lain pakai takde beza pun antara kedua2 jenis CD.
Ada sesiapa yg pernah cuba CD2 yang saya sebut di atas?
ada rasa perbezaan tak antara mereka?

Wednesday, November 3, 2010

ALAHAI...


alahai...sayangnye nak makan coklat ni.
tapi kalau tak makan membazir pulakkan.
Agak2 kalau simpan lama2 akan berkulat tak?
Coklat ni opismate saya Anora yang buat.
kalau nak tempah boleh klik kat nama die tu.
ada macam2 pattern.
boleh buat doorgift,hadiah atau suka2 untuk makan sendiri.
ni kalau yaya tengok mesti die suka :)
(alamak,habisla rosak coklat ni kalau dapat kat yaya)

Tuesday, November 2, 2010

nipple crack/cedera/luka?

Bagi ibu2 yang mmenyusukan anak dengan susu ibu pasti pernah mengalami
masalah nipple crack, putting cedera/luka dek kerana si comel yang baru
dapat gigi, yang sibuk nak tengok sekeliling sampai lupa nak lepaskan
hisapan sebelum berpaling muka ke arah lain.

Memang menyakitkan dan memedihkan terutamanya waktu nak susukan baby, nak
menangis rasanya.
Kadang2 sampai dah tak tahan terpaksa tukar ke payudara yang tak sakit.
Saya sendiri pun dah 2-3 kali kena. Kebanyakannya disebabkan oleh
latching tak betul(nak hisap susu tapi mata tengok ke lain), gatal gusi
hingga nipple saya yang jadi mangsa. Namun ada juga yang mengalami masalah
ini disebabkan oleh kulit kering@ sensitip.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu2 boleh cuba:

1)pastikan kedudukan sewaktu menyusukan bayi adalah betul. Sekiranya
lekapan mulut dengan payudara tak betul, geseran gusi bayi dengan puting
payudara akan menyebabkan kecederaan.

2)Menukar kedudukan/posisi setiap kali waktu penyususan. Posisi yang
berubah-ubah boleh memfokuskan tekanan gusi bayi (yang dah mula keras
sebab gigi nak keluar ) pada tempat yang berbeza-beza.

3)Susukan bayi lebih kerap tetapi sekejap. Ini untuk mengelakkan bayi
terlalu lapar.Jika bayi dah lapar, bayi akan hisap dengan lebih kuat(laju
sikit susu keluar)

4)Sapukan beberapa titis air susu ibu pada kawasan yang cedera. Ni yang
paling saya suka dan selalu amalkan. MUDAH, MURAH(tak keluar sesen pun)
dan SELAMAT( tak perlu cuci dulu sebelum beri pada bayi). Cepat baik pulak
tu.

5)Cuci kawasan kecederaan dengan air bersih sahaja . Tak perlu sabun,
lotion, alkohol

6)ambil Ubat painkiller. Ni kalau dah kes teruk sangat.

7)Sekiranya luka terlalu dalam, boleh gunakan cream khas untuk ibu yang
menyusukan. Biasanya krim ni tak beracun, boleh terus susukan bayi tanpa
cuci kawasan yang dah disapu krim. Boleh beli kat kedai yang jual
peralatan untuk breastfeeding. Kat farmasi biasa susah sikit nak jumpa.
Harga pun boleh tahan mahalnya.

Diingatkan bahawa ibu2 boleh meneruskan penyususan dan tak perlu behenti
seketika untuk tunggu sehingga luka/kecederaan baik then sambung menyusu
balik.

p/s: koleksi CD saya dah bertambah

Friday, October 29, 2010

buah tangan mamak


Ni la buah tangan yang selalu Yaya bawak balik tiap kali pegi makan kat kedai mamak presint 9. Kadang2 choki2, kadang2 lolipop. Cik Yaya kalau dah dapat mende ni diam terus, khusyuk layan keenakan makanan favourite die. Siap joget2 lagi.Mamak tu pun dh kenal dah dengan Cik Yaya. Tiap kali datang kedai mamak mesti round satu kedai. Tapi tak pernahnye pulak mamak nak kasi diskaun kat ummi ngan abah waktu bayar harga makanan.
Hairankan, macam mana budak-budak boleh tau yang bungkusan yang dihulurkan kepada mereka adalah coklat? mesti tak sabar2 suruh orang bukakkan bungkusan untuk di'ngap'.


Rehat la kejap,penat ke sana ke mari


Sekarang ni antara makanan paling digemari cik yaya adalah kerepek-kerepek. kerepek ubi,pisang,kacang dal, maruku, keropok ikan cap pinggan dan keropok,mister potato, pringles( 2 yang terakhir tu bkn ummi yang kasi ek.orang lain yang kasi). Bangun Pagi2 terus tunjuk kat tupperware kerepek cakap "nak,nak".
Sampai kena sorok bekas simpan kerepek sebab dah tak larat tengok yaya asyik makan kerepek dari pagi sampai malam.

Tuesday, October 26, 2010

sape kate minum kopi tak bagus??

"KOPI

Dalam sains kite diajar bahawa minum kopi adalah tidak bagus, namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi selain susu dan madu. Cube tgk Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor Yahudi kat UK semua mesti ade segelas kopi di tgn mereka."

Just read about this on my friend's blog farhana. Die petik dari blog pakarHowTo. Fakta baru yang sangat menarik+best sebab saya ni memang peminat kopi. satu hari tak minum kopi memang tak sah. Dulu saya minum nescafe. Tapi since ada yang kata Nescafe tu tak elok (tak ingat sebab apa), then,Kalau minum nescafe,bila buang air ada bau kopi. Dan saya terjumpa kopi Radix. Saya pun bertukar minum Radix sampai sekarang. Lagipun ada yang kata kopi Radix boleh menambah susu badan. Ape2 pun saya suka Minum Radix sebab die sedap. tu je.

Dulu masa awal2 Yaya baru lahir , bila saya minum kopi memang ada kesan pada Yaya. Agaknya kesan kafein tu menyebabkan Yaya tak nak tido. Tapi mungkin kebetulan jugak. Hari saya minum kopi, hari tu jugak Yaya tak nak tido. Sampai kena marah dengan hubby cakap gatal sangat pi minum kopi, kan Yaya dah tak nak tido. Sekarang dah tak macam tu lagi. agaknye Yaya pun dh kebal macam Ummi die. Minum kopi sebelum tido pun mata tetap mengantuk jugak bila dah sampai waktu tidur.

Ada orang masa pregnant 'pantang', langsung tak minum kopi walaupun masa sebelum pregnant giler kopi.Tapi, Masa pregnant saya selamba je telan kopi. Alah, bukan minum kopi sampai sekolah(read:satu kolah,bukan school). Setakat 1 cawan sehari takkan lah effect nya teruk sangat. Lagipun bukan hari2 minum, selang-selang hari jugak. Tak minum kopi pun tak semestinya menjamin anak tu tak akan terbantut tumbesaran. Semua tu kuasa Allah. Abis tu ada yang makan Kiwi kasut, batu bata tu takpe pulak. lagi la beracun+ bende -bende tu bukan makanan. Kajian saintifik pun dah kata setakat 1-2 cawan kopi tak akan menganggu tumbesaran baby. Tak perlu risau sangat kay.

What ever it is, terpulang pada pilihan masing-masing.





Thursday, October 21, 2010

Baru lepas tengok koleksi baju menyusu di website DnA. Baju2 kat website DnA ni adalah rekaan dari Dynas mokhtar pelakon tu...cantik2 baju die, yang paling saya suka ialah baju2nye langsung tak nampak macam baju breastfeeding macam sesetengan rekaan baju menyusu yang tak menarik langsung. Macam pakai apron kat dada pun ada..




Image copied from www.dna.com.my

Cantikkan kan...nak2 Dynas pulak yg pakai,memang nampak cantik lah. Kalau saya yang pakai belum tentu nampak cantik cenggitu.
Tapi kalau dah nama baju cantik, harga pun 'cantik' lah jugak.

"Abang, saya berkenan yang kaler purple tu lah abang, tapi kalau nak belikan dress biru tu sekali apa salahnya."
V(^o^)

Monday, October 18, 2010

ai jyou tappuri purin a.k.a japanese pudding with full of love


weekend hari tu first time cube buat purin ( japanese pudding ) dengan menggunakan Steam-It Tupperware. Menjadi jugak walaupun main taram je letak bahan2. Yang penting, Yaya suka makan. Abah die confirm la tak minat benda2 cenggini.


Aktiviti weekend macam biasa, tak kemana-mana. Abah Yaya tak berapa sihat. Jadi , main masak-masak je kat rumah. tengahhari masak sardin, malam ikan tenggiri stim. dua-dua 'faveret' Yaya. Memang banyak la die makan. Selagi tak angkat pinggan dari meja makan , tak sudah la die asyik mintak suap ikan.


Nak kemas rumah memang tak dapat lah. Tak sampai 5 minit saya kemas, tukang kemas no. 2 'kemas rumah' lagi sekali. Rajin sungguh anak ummi ni ye.

Friday, October 15, 2010

tenggelam @ timbul

Semalam telah mendapat satu info yang baru dan menarik. Menurut kenyataan orang tu, kalau najis kita timbul tandanya sihat dan kalau tenggelam maknanya tak sihat.

betuk ke ek?

Terjumpa info ni kat internet

"A renowned Japanese expert, specializing in human feces, said that we can diagnose our health condition by inspecting our own defecation color, smell and shape.

The healthy feces are usually 3 centimeter in diameter, golden yellow or brown in color, soft but not too soft like a mud. They have no strong smell or taste, with 2 to 3 pieces of feces for each bowel action. The absence of pressure is less or loose during defecation. You poop easily and comfortably without pressing or pushing too hard on the feces.

The feces should contain 70 to 80% of water content, and they should be floating on top of the water in your toilet ball. In term of hardness, the normal healthy feces should be soft and in a complete form. Normal stool should be cylindrical, modest in size and a feel of shiny texture. If the stool stays too long in our large intestine, it may appear in a granular form or too coarse."



Tapi ada jugak yang cakap timbul tak bagus, tenggelam yang bagus, mana satu yang betul ni??


p/s: kalau ikut islam, tak elok tengok najis, tapi kalau tengok najis tu untuk pastikan tahap kesihatan kite apa boleh jugak kan.ke tak boleh???

Even baby yg breastfeed pun untuk tahu die dapat cukup nutrient ke tak adalah melalui najis die yang sepatutnya berwarna kuning keemasan dan tidak terlalu cair or keras.

Wednesday, October 13, 2010

boonga-boonga cinta

wahh, hari ni ternampak gambar seorang member ni dapat bunga dari hubby die sempena birthday die hari ni...mesti bestkan dapat bunga...

Saya ni tak pernah dapat bunga dari en. hubby...membazir katanya...buat apa bunga, baik beli makanan boleh makan...ada ke macam tu.
Bagi Bunga tu simbolik lah abang...kalau makan kejap je dah lapar balik, kalau kasi bunga boleh jugak tahan 2-3 hari sebelum bunga tu layu. Dan perasaan best dapat bunga tu akan kekal sampai bila-bila.

makan hari -hari boleh makan..tapi bunga takkan hari-hari dapat kot...lain lah kekasih hati kite ada kedai bunga. Lagipun hari-hari dapat bunga tentulah dah takde perasan best tu kan..

p/s: my favourite flower is rose and tulip.

Monday, October 11, 2010

owhhhh macam tu ke...?

Rasanya mek yaya saya sedang mengalami reverse cycling. 2-3 hari ni dh semakin menjadi-jadi. bangun malam sampai berapa kali saya pun dh tak larat nak kira. mujur tak mengantuk waktu siang...tapi kalau seminggu asyik bangun-tido-bangun-tido rasanya boleh jadi zombi jugak saya ni.

Dah perasan tentang reverse cycling (br belajar terms ni hari ni dari kawan saya Tina) sebulan yang lalu...Yaya kurang minum EBM pada waktu saya tinggalkan die untuk ke pejabat...rasa hairan sebab bila waktu malam or weekend kejap-kejap nak susu, kejap-kejap nak susu..sejam sekali or less die dh nangis nak susu. lepas bagi minum air masak pun still nak isap susu. B saya tak sempat nak bengkak or rasa penuh langsung kalau waktu malam or weekend tu...

Mula-mula tak risau sangat bila tengok Yaya cuma minum 2@3 botol x 4 oz sehari waktu tinggalkan die kat pengasuh sebab memang tau baby yang breastfeeding lebih prefer direct feeding dari minum dengan botol. Nak-nak bila dah umur setahun lebih, dah boleh bezakan rasa dan tekstur. Tapi bila dah 2-3 hari ni waktu malam pun bangun banyak kali ni dh lain macam ni...selalu bangun sekali jeee....owhhhh rupa-rupanya Yaya mungkin kena reverse cycling.

Antara faktor-faktor yang mungkin jadi penyebab Yaya mengreverse cyclingkan dirinya, adalah sibuk nak tengok sana-sini waktu menyusu. tak nak ketinggalan.semua benda die nak belajar, nak tengok, nak join orang bersembang.

faktor kedua, ummi yaya bekerja (i hate to admit this) , tinggalkan die dengan orang lain sampai die rasa seronok duduk dengan orang lain daripada duduk dengan ummi die sendiri. Kalau kat rumah orang tu ingat kat ummi die bila nak susu je. Sangat sedih okay....Sebab tu kalau waktu saya ada di rumah saya kurang gemar biar Yaya duduk di rumah saudara-mara yang memang berdekatan dengan rumah kami. Cukup la main time ummi pegi kerja.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang reverse cycling:

1) http://hanisamin.com/blog/moms-talk/reverse-cycling/
2) http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.html

Friday, October 8, 2010

bila radio buruk berbunyi~~~


Semenjak dua menjak ni, Cik Yaya sering memainkan radio buruknya especially bila time kat rumah...Ummi baru angkat punggung nak bangun ambik baju nak lipat, start dahhhh ON radio buruk . Ummi bangun pi dapur, die pun bangun pi dapur ikut ummi sambil mainkan radio buruk die... duduk elok-elok tengok kartun, toleh kiri toleh kanan tengok ummi takde, mula la ON radio buruk lagi sekali. isk3x letih la ummi asyik nak dukung awak je. yang hairannye, bila kat rumah pengasuh takde pulak die mainkan radio buruk tu. Baik je duduk dengan orang. Bila dengan ummi, mula la, ummi nak pi toilet pun nak ikut sambil mainkan radio buruk.

Anyway, saya dah bereksperimen dengan cloth diapers saya.
Saya letak 2 insert pada setiap pocket diaper Colababy .
1 insert pada pocket diaper Babyland.
Kedua-duanya jenis CD Pakai pada hari yang sama.
Hasilnya, CD Coolababy tahan 4-5 jam je. Babyland tahan 2 jam...
Adusss, nampaknye memang Yaya tak boleh pakai untuk tidur malam la CD china brand ni.
Sekali minum air habis sebotol. mana la tak banjir CD tu.
hmmm, kena pakai DD jugak lah nampaknya untuk tidur malam and outing.


last 2 weeks ada beli huggies ultra. ingatkan kualitinya masih seperi dahulu , nak sama macam mamy poko. Harga pun dh sama je ngn mamy poko. Sekali bila dah bukak , alamak nipisnya macam huggies dry comfort jeee...tebal lebih 1 mm je kot. patern pun dh nak sama mcm huggies merah(dry comfort) tu...dulu rasanya kemas die punya fitting macam mamy poko.uhhh kuciwa la ngn huggies ni....Lepas ni ingat nak beli pet pet je. pet pet pun dh upgrade pakai magic tape tu( tape yang tak lekat merata-rata) and die punya lapisan luar dh lembut tak macam dulu. lebih kurang macam huggies je....lebih puas hati sbb harga die murah tapi kualiti sama macam yang mahal tapi kualiti tak setanding dnegan harga.

Wednesday, September 29, 2010

16 months

Try To Beat The Milestones For 12 - 18 Month Olds

Current age: 16 months


Standing

  • Baby holds onto furniture

  • But can get into standing position from sitting

  • Walking when baby's hand is held is easy

  • and eventually develops into walking aloneone of the great achievements! And great day to remember!

  • At this stage Baby starts pushing and pulling toys

  • and even starts climbing onto and over objects.

Dah boleh jalan,panjat sofa turun sofa, sibuk nak naik tangga tapi tak dapat

kebenaran.



Hands

  • Baby starts scribblingbut grips with thumb and forefingers.

Checked.semua die nak cubit dengan tangan including nasik.

Toys

  • Baby definitely plays much more constructively

Checked

  • and can puts toys in and take them out of containers

Bukan setakat toys, baju dalam bakul dan ape2 saje lah


  • Starts turning pages of book

    Buku tu dh koyak dah pun

  • Alsobuilds 2 - 4 block towers

Yang ni belum test...kene cari blocks dulu la.

Speech
  • An important stage is where Baby consistently uses 5 - 7 words

  • while still imitating single words

  • and 2 word sentences

        Ciper=selipar

      nak

nanak = tak nak

nek= naik(tangga lah tu)


Other


  • Baby starts following simple commands


boleh faham bila suruh duduk,meh sini, jom mandi, jom jalan-jalan
kat luar.

  • And recognizes pictures and some body parts

dah kenal gambar die sendiri, angkat baju tunjuk perut bila tanya mana
perut


  • As well as drinks from cup


boleh minum dengan cawan tapi tak boleh pegang sendiri.belum boleh
kontrol dengan baik,abis tumpah air secawan


  • and can sit on a toilet

boleh ke? Tak ke terjerlus dalam lubang toilet tu nanti.

Monday, September 27, 2010


Found this breastfeeding poster kat satu website kawan kepada kawan saya.Saya suka sebab sangat cantik dan sweet, terus kidnap.

Anyway,
Dah berjaya men'stripwash' kan 'CD-CD saya.
Baru lah nampak bersih, putih balik dan dah tak berbau 'harum'

dan, pada pandangan kaca mata saya, pakai Cloth Diaper memang menjimatkan. Walaupun saya cuma ada 4 keping je tapi jumbo pack yang ada 60 keping (stok untuk pakai siang je, malam pakai diaper lain) tu tahan sampai sebulan . Kalau tak dulu, 2 minggu sekali kelam kabut pegi carrefour bila stok DD dah nak habis. Sekarang boleh rileks-rileks lagi siap tertunggu-tunggu bila la DD ni nak habis...risau pulak tak sempat habis dah nak kena tukar saiz XL pulak.

Untuk pengetahuan, Yaya dipakaikan CD hanya pada waktu malam selepas saya balik kerja, sebelum tido.Waktu tido memang kena pakai Mamy poko/huggies ultra / drypers drypantz dan yang sewaktu dengannya je. DD lain sumer surrender tak dpt tahan load yg banyak. Yaya ni tergolong dalam golongan heavy wetter jugak.kuat minum air.sebab tu tak berani nak pakaikan CD waktu tido. Kang jenuh pulak ummi awak nak menjemur tilam. Kalau letak 2 keping insert dalam poket diaper tu macam tebal sangat tak muat pulak yaya nak pakai seluar.

Weekend memang fulltime pakai CD except waktu tido dan waktu CD masuk dobi.
Kat rumah pengasuh kadang-kadang je pakai.
Entahlah, macam mana nak educate pengasuh ni supaya pakaikan CD. Bagi 3 keping, sekeping je dipakainye.lepas tu pakai DD. Mungkin bagi die pakai CD ni leceh dan remeh sebab kene tukar sebelum 4 jam. lambat tukar bocor. Tu yang buatkan die tak berminat nak pakaikan CD. Macam saya kat rumah kadang2 pakai 2 jam pun dah tukar bila yaya nangis dan rasa CD die dah penuh.

Inilah yang membuatkan saya fikir banyak kali untuk menambah stok CD dan wetbag(belum ada lagi.)
Kalau tambah pun mungkin tak banyak...kite tengok keadaan dulu macam mana...hehehe

Kesimpulannye, saya memang suka pakaikan CD pada Yaya dan tak rasa susah/leceh nak membasuh CD. Bilas, simpan dalam baldi sampai hari dobi,iaitu 2 hari sekali, campak je dalam wasing machine, dah bunyi beep-beep, keluarkan, sidai dekat tingkap ngadap cahaya matahari. Yaya pun suka dipakaikan CD padanya .
And at the same time, dapat menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan jumlah sisa yang dijana kerana DD merupakan sisa yang paling banyak kat landfill dan paling lambat nak lupus.

Friday, September 24, 2010

Avent breastpump valve

Tadaaa! Dapat jugak beli spare valve breastpump avent.dah alang2 pegi,beli 3 bijik terus.
beli di distributor avent,kinderdijk . Kedai die di blok D ,plaza damas, jalan sri hartamas 1, sri hartamas KL. Phone nO: 03-62032336.
RM 9.90 satu.kalau nak post tam bah RM 20 untuk postage.


Valve ni memang cepat rosak. Masa beli breastpump tu pun die dh bagi 3 biji spare, 3-3 dah digunakan.last piecce yang bentuk bintang tu lah. Tu yang kelam kabut cari spare valve tu. Buat nye yang dok ada ni hilang ke rosak cepat. Dah takdak stok. Kali ni nak try yang mulut itik ni pulak. Dah penah try dulu dan saya rasa lagi best dari valve bentuk bintang ttu.Lagi pun saiz die besar sikit compare dgn yang bentuk bintang. Kalau yang bintang tu asik tercurah dalam sinki je masa basuh breastpump. Tak perasan sebab kecik bebenor.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 21, 2010

mercun pop-pop

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..

kalau dah nama nya hari raya memang tak sah kalau takde mercun n bunga api kan.
damdamdum bunyi mercun sana-sini. terkejut cik Ya kite sampai tersentak badan die tiap kali dengar bunyi letupan mercun yang kuat.
alkisahnye, cik ya kite ni minat main mercun pop-pop(mercun bawang).
yang kelakarnye, sambil baling mercun sambil jerit. jeritan cik Ya tu lebih kuat dari bunyi mercun pop-pop.

Citer mengenai Perkembangan cik Ya yang berumur 1 tahun 3 bulan pulak, Gigi dh ada lapan batang. berat 12 kg, tinggi tak tau . kasut yang muat dipakai ada 3 pasang. tapi yang die paling suka selipar crocs tu. Malangnye dh hilang sebelah...hehehe. nanti ummi beli baru ye...

berita baiknya, Cik Ya dah lama tak kena serangan lelah..dh lama kami tak pi kelinik sedut gas.harap2 nye dh sembuh la. Follow-up Hospital Putrajaya pun dh tak payah pegi.


rasanya Hujung minggu ni nak kena buat Strip wash pada CDs sebab nampak dh tak berapa telap air dan ada bau 'harum' bila dihidu dari jarak dekat. Ye la, ada 4 keping je duk ulang pakai hat tu.
basuh-jemur-pakai-basuh-jemur-pakai.
search2 kat internet cara2 strip wash yang paling mudah dan cepat. last-last jumpa kat website http://www.mummysreviews.com/2010/09/07/how-to-strip-wash-cloth-diapers/

ni copy-paste dari website tu:

Strip Wash : Use Dishwashing Liquid Detergent

  1. Start with clean diapers (i.e. already washed and dried diapers)
  2. Fill a pail halfway with warm/hot water (turn the shower tap to the hottest mode). Or add warm/hot water from a flask into the pail. (Recommended water temperature: at least 40 degree Celsius)
  3. Add a few squirts of dishwashing detergent (I use Pigeon Bottle Nipple & Vegetable Liquid Cleanser, shown in the picture above). Agitate.
  4. Place cloth diaper with build-up issue into the pail
  5. Wash the layer which is supposed to touch baby’s bums by rubbing fabric against fabric. Rub REALLY hard. (But DO NOT use a scrub.)
  6. For pocket diaper: turn it inside out and rub the inner layer too.
  7. Rinse at least 3 times until no more soap bubbles are present
  8. Throw the handwashed diapers into the washing machine for 1 more rinse. Spin dry. Hang dry.

Rasanya ni strip wash menggunakan detergent yang paling ringkas (tak guna cuka selepas cuci dengan detergent). Weekend boleh la try :)))

Tuesday, September 14, 2010

31 tahun




Ada lagi 31 tahun sebelum saya mencapai umur untuk berpencen
maknanya
ada lagi 31 tahun saya kena bangun awal setiap pagi siap2 pegi kerja
31 tahun lagi saya hanya pulang ke rumah bila dh lewat petang.... kalau bernasib baik
31 tahun lagi saya tak boleh masak makan tengahhari kecuali hari cuti
31 tahun lagi saya tak boleh jaga anak/ cucu(insyaAllah) dengan tangan sendiri sepenuh masa.
31 tahun lagi saya hanya dapat tengok muka/main dengan anak2 saya beberapa jam je sehari
31 tahun lagi hari-hari saya moody
31 tahun lagi hari-hari saya akan berkata pada diri sendiri "saya tak suka pergi kerja!"
31 tahun lagi saya akan cakap kat suami saya " susah-susah sangat , kasi je saya berenti kerja" bila die bising saya malas masak


mungkin 31 tahun...mungkin tak sampai 31 tahun


p/s: tak puas hati dengan sistem ticketing LRT putra

Monday, September 6, 2010

Yaya on Cloth Diaper

I've now started using CD on my baby yaya. Rasanya masih belum terlambat ( umur 1 tahun 3 bulan br nk berCD) untuk memberikan yang terbaik buat permata hati saya . Sebenarnya memang dh lama tau mengenai CD ni, tapi malas punya pasal, tu yang tak mula tu.
Lagi pon Yaya takde masalah rashes dengan Disposable Diapers.
tu yang duk buat rileks2 je tuh.
tang bab jimat duit tu tak terasa sangat sbb mula pon dh lambat ( dh banyak abih duit beli DD sebelum ni),maybe time adik die nnt baru terasa kot. Lagi pon Yaya Fully BF , so tak terasa sgt perbelanjaan bulanan untuk die .

Tapi semangat nak berCD tu jadi kuat bila memikirkan chemicals yang ada dlm DD tu...Rasa kesian kat anak bila kecil2 lagi dh didedahkan dgn bahan2 kimia berbahaya.

setakat ini koleksi CD yaya baru ada 4 keping,hehehe...sikit je..

2 Coolababy( 1 bamboo, 1 mikrofleece)
1 babyland
1 autumz minky

tengah duk usha Bamboolite n lunatots..hmm tunggu lepas raya la kalau ada rezeki lebih boleh rembat.

ditambah lagi dengan berat jisim yaya yang dh mencecah 12 kg, terpaksa la cari CD yang boleh adjust sampai size XL (boleh pakai lama sikit)

ke4-4 CD yang ada sekarang ni muat-muat aje.

Monday, August 23, 2010

Teruja

Sangat teruja sebab baju kurung raya yaya-chan dah siap :D sangat chumel bila disarungkan ke tubuh yaya yang montel tu. Sambil terkedek- kedek jalan buat gaya gedik santai, ummi geramm tau . Dan yang paling penting
Sy sedang dalam proses orang kelantan panggil mem'beghih'kan @melonggarkan getah pinggang kain baju kurung yaya

Tu la... Peyut tu bulat ngat sampai ketat pinggang. Nak 'oter' dah tak boleh. Sudahnye sangkut tegang2 kat hanger dengan harapan getah tu akan longgar tak lama lagi.

Berita Yang tak bestnye. Baju kurung kami tak sepasang. Ye la. Masa ummi beli kain baju kurung ummi tu yaya belum boleh jalan. Bila yaya dah boleh jalan ummi pi lagi sekali kat kedai tu nak beli kain tambah buat baju kurung yaya,kain tu dh tak ada :(

To date, berat yaya nak mencecah 12 kg. Kena Timbang kat rumah baru dapat figure yang tepat. Kalau timbang kat hospital@ klinik jangan harap la jarum penimbang tu nak duduk diam. si Yaya Melalak dan meronta2 suruh dukung tak berenti. Last2 main teka2 je berat yaya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 2, 2010

sukenye diee...

Alahamdulillah pada tanggal 30 Julai 2010, Yaya dh boleh jalan. sukenye die boleh berjalan. asyik tersengih je. Ummi ngn abah pun suke. sehari je berlatih dh boleh...kan ummi dh cakap, boleh sangat sebenarnya.tp awak takut nak lepas tangan.

Bawak pegi tempat yang ada carpet terbentang luas(lokasi dirahsiakan), lagi la 'galak' die.Pegi sana sini sambil sengih2, dah semua orang pandang kami, Ummi yang malu tersipu-sipu.

Raya ni boleh la yaya bergaya dengan baju kurung ye...

ummi dan Abah sayang awak sangat.

ps: Semalam panggil nenek tukang urut datang rumah,baru le hilang lenguh2 pinggang akibat mendukung yaya.dahle nenek tu tekan kat tempat bekas kena caeser,sakitnya...harap tak de ape2 la sbb dh lebih setahun. nenek cakap urat kat ctu tegang..ye lah nek, sy tak pernah urut area ctu sejak lepas bersalin.lepas ni kene panggil part time maid pulak...hikhikhik

Thursday, July 29, 2010

13 bulan

Dh masuk 13 bulan Yaya bersama-sama kami memeriahkan keluarga

Hari-hari ada je keletah, karenah yg mencuit hati dan yang menduga kesabaran pun ada.

1) semalam belajar berdiri seimbangkan badan , beria2 suruh orang lepas tangan jgn pegang die, die nak berdiri...hihihi, bagus anak ummi ni.walaupun belum boleh jalan sendiri tp kesungguhan nak belajar berjalan tu ada.

2) dh reti cakap dah , nak, atit (sakit ), salam cium tgn, melambai bye-bye, tunjuk barang yang die nak, hulur kaki time nak pakai seluar/ stokin, cium orang/baby sambil buat bunyi mmmmuah.

3) bila dah boring duk dlm rumah,buat perangai.nak suruh orang bwk jalan2 kat luar la tu.

4) gigi dh ada 5 batang. ummi belum ajar yaya berus gigi lagi...nnt kite beli berus gigi ye

5) takut benor kalo masuk bilik doktor . masuk2 je terus nangis. doktor usik sikit, lagi die ngamuk.nak timbang berat pun tak boleh langsung, tak nak duduk diam.

6) sgt alert dgn org2 yang tak dikenali...hanya bergalak dgn org yang die kenal je. ummi nak masukkan nama yaya dlm contest baby pun tak boleh tau...nnt yaya tanak beraksi.

7) dh kenal bunyi alarm kete ummi. terus jenguk cari ummi bila dgn bunyi ummi picit kunci kete .

8) dh boleh main sorang2 sambil ummi baca novel atas sofa.

9) bkn main suka lagi kalau org bukak baju die nk pi bilik air untuk mandi or basuh berak. nnt kite beli bikini , berenang kat kolam ye.

p/s: tanpa disedari rupa-rupanya kuota baju raya ummi dan yaya untuk thn ni dh cukup. harap2 tukang jahit tu sempat la siapkan before raya. tinggal nak beli baju abahnye je.baju melayu beli yg dh siap sudah.

Wednesday, July 21, 2010

Lactation conference

(1)Salam Sejahtera,

Buat julung kalinya, SusuIbu.com akan menganjurkan sebuah persidangan laktasi bertaraf antarabangsa di Malaysia yang dinamai SusuIbu.com International Lactation Conference 2010 pada 5 hingga 7 Oktober, 2010.

Di dalam persidangan ini, kami telah membawakan khas 3 orang penceramah utama iaitu Dr Jack Newman, Diana West dan Sue Cox yang masing-masing adalah pakar dan penulis buku terkenal dalam bidang penyusuan ibu.

Mengapa anda perlu hadir?
- Untuk memberi pendedahan tentang isu semasa dan perkembangan terkini dalam ilmu penyusuan dan laktasi
- Untuk menyertai perbincangan bersama pakar laktasi dalam dan luar negara, mengikut kepakaran masing-masing
- Untuk berkumpul dan berinteraksi dengan rakan-rakan laktasi dan berkongsi pandangan, idea serta teknik mengikut trend terkini dalam masyarakat masing-masing.

Antara topik-topik menarik yang akan dibincangkan dalam persidangan 3 hari ini adalah:
- Targetting treatment for Low Milk Production to infant and maternal management cause
- Milk production for preterm baby
- Norms for the breastfeeding baby
- What they didn't teach you about breastfeeding in your training
- Making more milk
- Baby magic and altering hospital breastfeeding culture
- National Health Morbidity Survey on infant feeding
- Building Peer Counselor Network in Malaysia
- Early stimulation for babies
- Strengthening the on going support
- Controversies in breastfeeding

Semua ahli SusuIbu.com akan diberi diskaun sebanyak 10%. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berdaftarlah hari ini!
Layari: http://www.susuibu.com/siconf2010/

Sekian, harap maklum.

(2)

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)i akan menemui penduduk setempat di FIESTA KAJANG 2010;

Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2010
Lokasi :
Dataran Prima Saujana
...Jalan Prima Saujana 2/A
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Masa : 10am – 10pm

Semua dijemput hadir ke karnival tersebut untuk memeriahkan lagi booth MBfPC. Kami menawarkan perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dan ibu-ibu hamil.Kami juga turut memberikan kaunseling kepada kaum-kaum bapa yang ingin anak-anak mereka disusukan dengan susu yang terbaik.

SAMBUTAN HARI SUSU IBU - 1 OGOS 2010

Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ dan MBfPC.

Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :

Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way

Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Untuk maklumat lanjut tentang tema Hari Susu Ibu tahun ini, boleh layari laman web World Breasfeeding Week [http://www.worldbreastfeedingweek.org/]

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Untuk program-program lain, boleh rujuk di http://www.fiestakajang.com/



Sangat menarik...mesti byk boleh belajar...sesiapa yang berminat boleh join...
br sy tahu 1 ogos adalah sambutan hari susu ibu.

Monday, July 19, 2010

LG 3 MINGGU

ada lagi 3 minggu sebelum semua umat Islam mula berpuasa....bermakna sumer orang tidak terkecuali diriku ini dh sibuk2 cari baju raya...yg dh berpasangan sibuk plan nak pakai baju kaler apa? yg dh berfamili lagi sibuk nak beli baju berpasang2...kalau boleh beli pakai daun senang cerita,,,ni semuanya pakai duit...adussss....baju budak2 dh ler mahal kalah baju orang tua....

tukang-tukang jahit pon kebanyakan dah tutup tempahan utk raya...mujur la last week sempat hantar baju sepasang lagi untuk dijahit...

Ada sesetengah orang suka beli baju dh siap...memang mudah dan jimat.... kadang2 tu upah jahit baju mahal pada harga kain...isk3x
Tapi masalahnye sy yang berbadan kecil molek susah pulak. Bila dh berkenan corak dan warna,saiz pulak takde, bila ada saiz, warna dan material pulak tak berkenan...quality pon agak kureng susah betui jadi orang cerewet...en hubby pon dh memahami sikap bini die yg payah nak berkenan dekat barang2...tp bila dh bekenan, mahal pon bini die sanggup beli....
senang cerita...sy prefer beli kain then pi upah jahit....jadi untuk mengelakkan upah jahit mahal dri harga kain, sy beli la kain yg mahal2...baru puas hati, boleh pakai lama.



Ok, main point saya sebenarnye....sy tengah cari baju kurung untuk permata hati sy...
surf2 kat tenet byk ada...tp tak dpt nak pegang rasa kain die macam mana...best ke, kasar ke, lembut ke... pernah jumpa orang jual kat booth,tp harga RM 50 sepasang, yg RM 80 pon ada,humangai...takkan baju mak umor 26 tahun sama harga dgn baju anak umor 1 tahun?
hai,,pening2...kalau sy pandai menjahit,dh lama dh jahit sendiri.

Wednesday, July 7, 2010

dah penuh sgt dah ni

Begini lah keadaan di dalam peti sejuk beku di rumah saya sehingga semalam..
ruang letak barangan lain selain susu kat sudut tepi belah kanan atas tu
mujurlah saya jenis yang tak minat memasak( alamak...sudah kantoi...)
tak perlu beli lauk-pauk@barangan pelbagai jenis
lama-lama esok..lauk2 pon dh tak de tempat lagi dh nak letak...pakai lauk lauk segera je la ek
yes, i know.tak boleh letak susu kat sebelah lauk-pauk.
dan saya juga tahu tak boleh letak susu kat pintu freezer sbb mudah mengalami perubahan suhu.
TAPI...dah tak de tempat lain lagi dah nak taruk stok
Strategi saya, buat perancangan barang ape yang nak dimasukkan/ keluarkan dari freezer supaya tak perlu bukak freezer byk kali.

Ape?
Deep Freezer?
hmm kalau ada sesiapa tahu kat mana ada jual deep freezer yang masih boleh digunakan dengan harga bawah RM 100 ,sila beritahu saya.
or nak dermakan deep freezer lagi bagus..

Dan setiap hari saya berkata dalam hati..."yaya,tolonglah minum susu banyak sikit supaya boleh reduce stock dalam peti sejuk tu.."

Wednesday, June 23, 2010

Tuesday, June 22, 2010

telah di tag oleh kawan sy yg berada beribu-ribu batu jauhnye...fith



Adakah anda HAPPY sekarang?
- Secara overall nye tak....tapi ada beberapa perkara yg membuatkan saya rasa happy sekarang ini

Kenapa anda happy?
- Bos saya tak masuk opis

Apa benda yg boleh membuatkan anda happy?
- Family
- DUIT yg byk tak habis2
- bila perkara yg mmg saya nak ia berlaku, berlaku

Pernah menerima TAG?
- yg ni bkn tag ke??

Nyatakan warna yg anda sukai
- pink, putih,

Beritahu 9orang yang akan anda tag. Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag, nak tulis berjela pon takpa
- Tina- bakal ibu tak lama lagi...
- Fizah- orang selalu kata kami ni muka nak sama
- Bee- sedang dalam menjayakan misi beliau...semoga berjaya!

anak dara saya dh setahun jagung

Hi all....sgt lah tak berapa ada mood nak update blog sebab

1) sangat busy di tempat kerja...meeeting memanjang...mujur hr ni bos mc 2 hari
2) Yaya tak berapa sihat a few weeks ago..
a week before she turns 1 year old, she had 'lelah' for almost one week...berapa kali jugak la ulang alik pegi sedut gas di klinik....dah la masa tu office pulak sebok dgn annual dinner dan marathon yg tak boleh ponteng nnt kene demerit.Kalau ikut hati memang tak hingin aku nak pegi.(Oooopppssss)
And on her 1st birthday, kene HFMD pulak...habis naik bintik2 merah kat peha, punggung, ulser dlm mulut.
Yaya yang sentiasa berselera tengok makanan tetiba jadi taknak makan, taknak isap susu.
Tapi badan tak susut jugak la...Mujur la 2-3 hari dh OK. So, the following weekend we had organize.....








A simple BIRTHDAY PARTY for her





the goodie bags

the foods


the moody birthday girl


and she received 3 beautiful+ cute dresses from her lovely aunties and baby sitter(including the dress in the above pic), it's 4 actually, but 1 of the dress is axactly the same with the dress she wore on that day
Jadinye...Baju raya yaya untuk tahun ni dah ada

Cepat-cepat la boleh jalan,,,mesti lagi comel dgn dress-dress itu...

Wednesday, June 2, 2010

VBAC

Tertarik dengan isu ini lepas baca dalam majalah Pa&ma Jun2010. Ape VBAC ni? sebenarnye ia adalah singkatan bagi Vaginal Birth After Caeserian. Dalam bahasa melayunya kelahiran normal selepas mengalami kelahiran caeser.
Artikel tu ceritakan perbezaan normal dgn caeser. antaranya

1. boleh terus menyusukan baby lepas bersalin - kedua-duanya boleh dilakukan.normal ke caeser boleh terus susukan baby right after giving birth
2. luka cepat sembuh. - luka caser lambat sikit baik compare dgn normal dan perlu penjagaan lebih rapi.

then die cerita pasal risks jika VBAC like bekas pembedahan lama terbuka balik semua or sedikit semasa proses bersalin normal , emergency caeser sbb tak dpt jugak nk bersalin normal and rahim pecah. Kategori orang yg memang tak boleh bersalin normal seperti dh 2 kali menjalani caeser, jadi kelahiran yg ketiga mesti kena caeser jugak, org rangka/ tulang pinggul kecik- baby tak muat nak lalu,pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti buang cyst ke fibroid, oarng yg telah menjalani classical caeserian, lain-lain tu bergantung pada sejarah pregnancy terdahulu dan sekarang.

dan try jugak surf dekat tenet pasal bab ni. rata-rata kata selamat dan byk kebaikan VBAC jika nk compare dengan risk yg jarang-jarang berlaku(but still can happen). byk yang cakap selamat cuma si ibu perlu bersedia dari segi mental(susah ni.) fizikal dan emotional(ni pon susah jugak).

Saya sebenarnya takut dan ngeri dengan kedua-duanya (sbb tu la tak amik medic dulu...ceh, alasan.cakap je la awak malas belajar) ...2-2 sakit, satu sakit sebelum, satu sakit selepas.
macam macam sy pikir bila dh dekat2 nk bersalin. kalau bersalin normal macma mana kalau tetiba baby tak boleh jugak keluar, kene emergency c-sect, dh 2 kali sakit. Macam mana kalau tempoh sakit bersalin yg terlalu lama sampai dh tak larat lagi dah. sebenarnye saya memang takut sakit bersalin. dari sebelum yaya lahir lagi. tengok2 kene c-sect sbb baby songsang, lega sikit, sakit lepas bersalin itu pon masa dekat hospital je, bila dh bukak bandage tu tak sakit dh kecuali bila gerak kuat2.

Selalu orang cakap sayang kalu anak first c-sect,seboleh-bolehnya bersalin normal lah. Tapi macam saya ni, dh takde makna lagi dh nak bersalin normal , sbb memang dh kena belah dh pon.
cuma tak boleh beranak ramai lah kalu semuanya c-sect.


kan best kalau baby tu tetiba je keluar dari perut tak payah sakit2.

Tuesday, June 1, 2010

My Friend Fith telah beri saya award nih..a million thanks fith


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


Friends, when you write about this award, you may follow these rules:
i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.


I would like to give this award to all my dear blogger friends:


Die suh nominate 12 orang.tp sy tak tau link bloggers sampai sebanyak itew..i'll try my best

Wednesday, May 19, 2010

BREASTFEEDING LIST TO SUCCEED

Disenaraikan antara list keperluan asas yang mesti dan perlu ada di dalam menjayakan program exclusive breastfeeding for your baby:

1.Niat kerana Allah ta'ala
2. Keazaman yang kuat- i must give the best to my baby
3. Susu -
4. Breast pump
5.Cooler bag
6. Ice packs
7. Container/Storage bag yang banyak untuk menyimpan susu bagi dijadikan stok
8. Ruang freezer yang luas dan jauh dari lauk pauk untuk menyimpan stok susu yang banyak.
(peringatan: 1. Jika menggunakan peti sejuk satu pintu, tempoh simpanan hanyalah 2 minggu
2. bagi peti sejuk 2 pintu, tempoh simpanan adalah selama 3 bulan
3. Deep freezer boleh tahan sampai 6 bulan
9. Makanan berkhasiat bagi menjamin productivity susu
10. Air masak/kosong(dahaga beb lepas sesi pengepaman)
11. Milk booster(jika perlu)
12. Label untuk menyatakan tarikh susu diperah. sy guna sticker dan lekat kat container simpanan susu.

Monday, May 17, 2010

2n.d. Anni versary

Alhamdullilah,semamlam genap 2 tahun saya dan suami memasuki alam rumahtangga.
Alhamdulillah jugak kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan dah masuk setahun pon umur die.
Walaupon baru 2 tahun, dah banyak peristiwa dan kenangan dikumpul. macam mana la orang yang dh kawen puluh-puluh tahun tu kan?mesti terlalu banyak sampai ada yang terlupa.
tu belum masuk kenangan masa bercinta dulu...huhu...mesti tersenyum@ tersengih sorang2 bila teringat balik. NAk2 bercinta kat luar negara kan...suasana dan situasi yang berbeza dari negara sendiri. of course la susah nak lupa.

Anyway tak de ape2 yang special sgt la semalam..hadiah dh bagi time birthday.Jenuh la nak bagi hadiah 2 kali setahun.kalau murah tak pe jugak...usually kami pi makan2 kat tempat yang best....my hubby bkn jenis yang suka bagi bunga2 ni...bunga bukan boleh buat makan,baik bagi makanan katanye. ApeApejela cik abang oi.Den pon dah tak berharap nak dapat bunga dari awak.
As long as abang maintain being responsible, understanding and romantic , pon dh cukup.


Sekarang saya tengah belajar cara-cara nak panjat sofa.

Friday, May 14, 2010

HoBi saya....

Dulu masa zaman muda2 dulu, banyak la hobi sebab banyak masa lapang. Masa untuk menjalankan kegiatan hobi pon ada. Masa dulu kalau tanya pasal hobi mestilah sy jawab baca Novel dan majalah. Saya suka baca novel inggeris tapi tak pandai2 jugak bahasa inggeris. masa sekolah rendah sampai sekolah menegah dulu baca novel inggeris yang ala2 cite seram dan misteri tu...apentahnamedie tak ingat lah pulak...die ada banyak series.

bila dah masuk zaman U baca novel sidney sheldon, Meg Cabot, Sophie kinsella...dh tak baca sgt dah cerita2 misteri ni.CHEeeeWAHH

La ni, semenjak dh jadi carrier woman + mom ni....mana sempat nak buat semua tu...novel satu hape pon tak sempat nak baca...beli majalah pon sebulan baru habis baca. Kalau beli novel pon ,ada harapan jadi habuan cik Yaya koyak2 kan.

Jadi rasanya,bila dh tak ada masa nk buat hobi yang dulu kite suka buat, tapi sekarang tak sempat nak buat, kite cari lah hobi lain yang mudah, cepat dan senang nk dibuat.Kalau boleh dibuat bersama2 dengan keluarga lagi bagus.

Tapi saya suka buat ape selain dari membaca?
Memasak sy tak minat sbb memang tak pandai memasak,pastu lepas masak kene basuh pulak periuk belanga. badan pon belengas kene minyak la, berpeluh2 panas duk kat dapur. Nak maintain bau harum selepas mandi pon tak boleh kalau dah lekat bau belacan or tumisan sambal. Walaupon kekadang suami puji masakan sy sedap( eleh,taktik nak amik hati la tu.Nak suruh saya rajin2 memasak kan) sy peduli hape. Sy tetap tak suka memasak.sekian.

Mengemas rumah. Pon saya tak suka. habuk2 ni alergik la i. dh kiter penat2 kemas adaorangtutakretibahasa ,sedap je die letak barang merata,buang sampah merata. So hobi ni pon saya tak suka... kedua-dua hobi tadi memenatkan diri sendiri je.

Jadi saya memilih aktiviti makan sebagai hobi baru saya..senang,mudah dan cepat. Seisi keluarga

Friday, May 7, 2010

MiSS YaYa @ 11MOS.

Hari ni 7 mei, Esok 8 Mei maknanya esok Miss Yaya kiter cukup 11 bulan.
Lagi sebulan nak masuk umor 1 tahun.

Sekarang ni Miss Yaya sibuk duk berpaut dan meniti kat sofa,kat orang, kat ape2 je yang die boleh pegang untuk berdiri.

gigi baru 2 batang sedang tumbuh, macam lambat, tapi tak kisahla...janji ada.

dah umor 10 bulan baru nak merangkak. padahal boleh sgt nak buat sebelum2 ni, saje awak je taknak buat kan.Kaki dangan tangan tu dh kuat tapi tak nak buat pose merangkak tu.Jenuh dh ummi ngn abah duk merangkak depan die,die boleh sengih je. tup,tup Dalam diam2 die merangkak sendiri.

owh, bab makan pulak jangan disebut. SEMUA yang orang makan die nak. Tunggu je orang nak suap die. Tak suap kesian pulak tengok die duk tunggu kite suap. Tapi ummi still tapis jugak makanan yang masuk ke mulut Yaya. Kadang2 ganti dengan roti or biskut. Kitorang makan nasik lemak , die makan roti.

Bukan main suka lagi kalau dapat makan. Dari duk teriak terus diam bila dapat makanan.

Lagi satu, Pantang dengar suara budak2 mesti terus paling. Tak kira la suara kat TV ke, Suara live time jalan2 kat luar. Asal dengar je terus paling cari dari mana datang suara budak2 tu.
Iklan Holick yang ada bdk2 nyanyi tu, Iklan Scott emulsion yang nanyi tu, Iklan fernleaf, Mickey Mouse Clubhouse, My friends tigger and pooh dan kartun2 suara kiut2 mesti die suka.

Dan, dah pandai buat perangai sekarang.sikit2 merajuk, sikit2 marah .

Wednesday, April 28, 2010

BREASTPUMPs~

Since saya merupakan salah seorang pengguna TEGAR breastpump, so kali ni mari kite bercerita tentang breastpump pulak eh...
breast pump ada 2 jenis.Manual or electric/ battery operated.
manual kene guna tenaga sendiri untuk mengepam,manakala electric/battery ni guna kuasa elektrik /battery,kire boleh rileks la time ngepam.tak de lah tangan tu busy tekan handle pump.
Me, myself guna manual je(nak beli yang elektrik tak mampu...(-_-) )

Brand breastpump pulak ada pelbagai.Medela, Avent, Spectra, hatta anakku, pigeon pon ada breast pump. Dari yang berharga ribu riban sampai la ke harga puluhan ringgit, ikut lah kemampuan. Kalao ada budget lebih, boleh la beli antara tiga brand pertama yang disebutkan tadi. Kalau rasa pakai brand anakku pon dh memadai, saya rasa OK je.

ada juga breast pump yang didesign berkonsep double pumping untuk para ibu yang tak boleh spend masa lelama untuk memerah/ busy masa waktu kerja mcm Medela freestyle.

some kedai yang jual breastpump ada sediakan kemudahan untuk mencuba dahulu breastpump tu sebelum membeli.

Saya pulak dari first time menceburi bidang mengepam susu ibu ni, saya pakai Avent manual. memamng puas hati dan tak de rasa nyesal ke ape.
Brand anakku manual tu pon pernah cuba. Tapi sebulan pakai valvenye udah koyak.spare part pon tak de dijual. so simpan je la.....Lagipon die punya pemegang tu agak keras untuk dipicit.kirenye lenguh sikit la tangan kalau pakai pump ni compare to avent.
Avent manual ni pon pernah koyak jugak valve nye yang berbentuk bintang tu, tapi sebab dalam set tu dh dibagi spare 3 ketul, boleh ganti.

So, kesimpulannye, antara kriteria yang perlu diambil kira sebelum membeli breast pump adalah:
1) Budget
2) Keperluan
3) keselesaan
4) ikut minat memasing la.

Pada saya lebih baik beli yang mahal skit@branded, kerana lebih berkualiti, tahan lama, spare part pon ada dijual. sekali je beli,boleh pakai lama.

so far, saya pakai yang manual tak de la lenguh2 tangan memicit handle pump.and kalau nak tau review2 tentang breast pump ni boleh la godek2 kat susuibu.com.

Kat bahagian saya ni pon dah ada 2 orang ibu mengandung yang sudah membeli pump memasing. bagus la awal2 dah ada kesedaran nak susukan anak dengan susu ibu. saya dulu dh lepas bersalin br ada azam nak breastfeeding. Masa tu kawan-kawan ramai yang belum kawen lagi, yang dh ada anak pon berapa kerat je, and derang tak breastfeeding.tu yang lambat sikit nak dapat 'kesedaran' tu. tp lepas kene marah dengan mak mertua anak muntah tiap kali lepas minum susu formula and die asyik suruh bagi susu ibu je....br la sedikit demi sedikit kesedaran tu datang...

Monday, April 19, 2010

refuse direct

hurmm kali ni ape pulak karenah Cik Yaya chomel kite ni ye???

She refuse to direct feeding with me suddenly.i don'tknow what or where got wrong.secara tiba2 lepas die bangun tido petang kul 6.30 ,die direct BF , tiba2 die lepas then terus tak nak sampai ke tengah malam. sudahnye bagi frozen EBM dengan botol susu lah jawabnye. pastu punye lah susah nak tido kan die sbb selalu die tido sambil menyusu direct. Tapi, masa die tengah tido bangun malam, nak pulak menyusu direct,agaknye tak perasan la tu main nyonyot je. pagi tadi sebelum pegi kerja try juga bagi direct , and she still refuse.

Yaya, yaya.apo kono la pulak ekau ni...

Try search kat forum susu ibu tentang topik ni, tapi terlalu byk sugesstion sampai taktau nak buat yang mana satu. Try call kaunselor laktasi pn rita tu, kene buat appointment lah pulak. nmpak nye kalau weekend ni tak berjaya jugak kembalikan Yaya ku, kene la pi jumpak pn Rita.

p/s: teringin nak berurut lps baca entry kak jaja, tak penah berurut lagi since lepas bersalin.

Wednesday, April 14, 2010

meet my cousin

semalam baru balik dari JB melawat sepupu Yaya , Fatihah.ehehe...Actually , Abah ada keje kat sana,umminye yang gatai nak ikut(dah abah ajak..takkan nak kate tak nak). Ye la,bila lagi nak melawat sedara mara di sana , ye tak. Amik cuti 2 hari ,kitorang kat sana 4 hari(sabtu - selasa). Umah Fatihah tu kat area Kempas. 4 jam jugak la dari putrajaya.

Sempat la jalan-jalan di Plaza angsana borong barang2 di kedai romantika. malam pulak pi jenjalan kat Danga Bay.Nak beli fridge
magnet untuk tambah koleksi yang tak berapa nak banyak,tapi langsung tak jumpa yang berkenan di hati. yang ada tu langsung tak menarik.gambar biasa yang amik dari digikame nak buat ape. Saya nak fridge magnet yang typical yang comel.Last2 perut pon dah lapar, tanpa membeli apa2 kami pi makan kat kafe rumah Limas.Sedap jugak nasi goreng limas special die. hari isnin dan selase ummi duk umah je ngn Yaya melayan karenahnye yang super manja tu. huhu...balik dari JB singgah hospital putrajaya tgk anak staff baru bersalin baby boy.huhu..teringat kenangan bermalam di sana selama 3 malam.

para bapa menolak stroller ketika para ibu sibuk bershopping di Plaza Angsana.
Para anak pula berbual mesra menggunakan bahasa yang hanya mereka paham.





Sweater baru berwarna itam...wpon awak tak suka hitam ummi belikan jugak sebab sweater tu CHOMEL!ada corak rainbow n love2 kat seluruh sweater

P/S: thank to tuan rumah kerana menumpangkan kami sekeluarga.lain kali kami datang lagi =P

Thursday, April 8, 2010

SUKA VS TAK SUKA

Pagi tadi masa on the way nak ke tempat kerja, dengar kat radio(bkn hot fm), topik pagi ni pasal ciri-ciri yang kite suka/tak suka dengan lelaki/perempuan yang nak dijadikan pasangan.macam omoshiroi pulak topik ni kan. setiap orang mesti ada ciri-ciri pasangan yang kite suka/tak suka kan...kalau tak susah la nak buat pilihan yang mana satu(ceh,macam byk sgt je). macam saya kan, saya suka lelaki yang antaranya:

1. badannye susah nk naik - bukannye takut lepas kawen perut suami sama naik pulak dgn perut isteri yang sedang mengandung.lagi pon sy takut dgn lelaki yang badan besar2 ni

2. kulit tidak gelap - oppsss,jangan terasa

3. yang hensem - possibility untuk dapat anak comel,cantik,hensem tinggi.

4. yang pandai

5. yang KAYA - sehingga saya tak perlu pegi kerja .

6. suara tidak terlalu besar/garau - menakutkan

7. yang tak suka keluar malam - dah kawen tu buat la cara dah kawen

8. yang lemah lembut - bkn ya auw auw yeee...yang berlembut dgn isteri dan orang lain jugak.kalau setakat lembut dgn isteri tp ngn orang lain bukan main kasar, tu saya tak suka lah.

9. yang beriman - yang ni biasa lah,sume orang pon nak. sudah tentu lah kami perempuan ini ingin dibimbing oleh sang suami ke jalan yang lurus. tak de lah sampai nak yang alim ulama(derang pon tak nak kat saya), cukup lah sekadar tau ape yang wajib, sunat, makruh, haram, yang mana dosa pahala.


10. yang romantik - tapi jgn lah sampai romantika di tampoi jiwang karat sampai geli geleman aku. Biasa-biasa sudah.

11. yang tak merokok - yang saya paling pantang sekali. korang tau kan bahan ape yang ade kat dalam rokok tu???kalau dh tau nape isap jugak.


hehe..ada banyak lagi sebenarnya...tapi tak perlulah tulis kat sini,panjang berjela la pulak kan. yang 11 di atas tu wajib ada,yang lain-lain tu kira tak de pon tak pe, tapi kalau ada tu bonus la.

Since saya pon dah kawen, guys out there mmg dh tak de chance dh nak masuk dalam My eligible bachelor list.(perasan!!)
list tu just untuk suka-suki je lah.

En suami...what's your comment???


P/S: Dolu-dolu masa zaman muda anti dengan lelaki kelantan.Tengok sekarang ape sudah jadi???

Monday, April 5, 2010

breastmilk content

Selama hampir 10 bulan menyusu kan YAya dgn susuibu, tak terfikir pon nk tau details content dlm susu ibu tu.mmg lah tau ada byk zat dan vitamin.tp zat ape? vitamin ape?
so search2 kat tenet dpt lah info yang dh di summarize kan di bawah





Lemak/FAts: diperlukan untuk perkembangan sistem saraf. Yg paling best,baby yg disusui dgn susu ibu akan menjadi dewasa dgn kadar kolestrol yg rendah sbb badan dh di'train' sejak kecil untuk tolerate dgn kolestrol dari susuibu(sumber: http://www.breastfeeding-mom.com/nutritional-composition-of-breast-milk.html)

Protein: sebagai antibodi, membantu penyerapan zat besi, membantu pertumbuhan bakteria lactobacillus yang akan menghalang pertumbuhan bakteria jahat di dalam perut baby, melancarkan proses pencernaan dan menyihatkan usus baby.Kandungan protein akan semakin berkurangan dengan pembesaran baby.makin besar baby makin kurang protein dlm susu ibu.so kene top-up dgn makanan.

Karbohidrat/Carbohydrates: sebagai sumber tenaga untuk baby bernafas, makan, main,membebel, meragam , membesar dan lain-lain

Vitamin and Minerals: Vitamin A,B,C,D dan E, Asid folik,Asid Pantothenik, Niacin, biotin


dan juga beratus-ratus komponen yang berbeza yang masih belum dapat dipastikan apakah ia. kandungan susu ibu juga akan berubah-ubah mengikut pertumbuhan bayi.ajaib kan. kandungan juga akan berubah mengikut ape yang ibu makan.jadi makan lah makannan berkhasiat secukupnya and don't skip meals.
yang pastinya,susu formula tak dapat tandingi kehebatan susu ibu.

PHDC

PHDC (Play House Disney Channel) adalah channel kegemaran Cik Yaya kite. Ape2 jenis kartun yang ditayangkan di situ sumer die minat. Dan rancangan yang paling diminati adalah Mickey Mouse Club House.




Me watching Barney n Friends early in the morning while waiting for my Ummi to get ready to work .The messy surrounding is also caused by ME!! YIPPEEEEE

Monday, March 29, 2010

9MOS. old baby checklist

Opens and shuts her hands - CHECK
Raises her head and chest while lying on her stomach-CHECK
Stretches her legs out and kicks when lying on stomach or back.-CHECK
Supports her upper body with her arms when lying on stomach.-CHECK
Swats at dangling toys placed near her-CHECK
Mouths objects brought to her face.-CHECK
Reaches and grasps for things with both hands.-CHECK
Pushes down on legs when feet are placed on a firm surface.-CHECK
Can hold a rattle-CHECK
Watches faces intently.-CHECK
Turns head toward direction of sound.-ALSO CHECK.ESPECIALLY SUARA BUDAK OR ORANG NYANYI2
Follows moving objects with her eyes. - CHECK
Recognizes familiar objects and people at a distance.-CHECK. BARU BUKAK PINTU RUMAH DH SENYUM KAT UMMI
Begins to imitate some sounds- NOT SURE.
Begin to babble.-ALWAYS.SHE DEVELOPED THIS SKILL EARLIER
Reacts when you sing, call her name, or attempt to play. - CHECK.SHE KNOWS HER NAME.
Imitates you when you stick out your tongue.-CHECK.BUT I DIDN'T STICK OUT MY TOUNGE AT HER.NTAH SAPE YG AJAR NTAH.SUKE SGT JELIR LIDAH
Enjoys playing with other people; may cry when playing stops.- SHE DOES ENJOY PLAYING WITH PEOPLE SHE KNOWS,BUT DOESN'T CRY WHEN THE PLAYING STOPS.
Becomes more communicative with face and body. -CHECK
Imitates your movements. - MY MOVEMENT?LIKE WASHING THE DISHES,COOKING,SWEEPING FLOORS?
Smiles! Grins!-THIS IS A MUST.SHE SMILES AFTER WAKING UP FROM A GOOD NIGHT SCHLEEP
Stares at her hands and fingers. - YES.CHECK
Plays with her fingers.- YUP.
Brings her hands to her mouth.- SHES BEEN DOING THIS MONTHS BEFORE
Has accustomed to regular eating and sleeping patterns- CHECK.TP WAKTU TIDO AWAK LEWAT LAH.UMMI DH NGANTUK AWAK TAKNAK TIDO LAGI

Monday, March 22, 2010

new cup

mulai sekarang yaya perlu belajar cara2 untuk minum dari cawan pulak.mula2 ingatkan nak pegi soping di parenthood ekspo,tp tak berkesempatan nk pegi . Then ada member bgtau tak de ape yang best lpon kat ekspo tu. Mujurla tk pegi. . Last2 kami sopping di alamanda putrajya je. beli cawan baru kat mothercare.ada dicount 20%. pastu singgah kat parkson .hajat sebenar nak beli pajama yAYA,tapi terbeli sekali mainan.

esoknye(ahad),pegi alamanda lagi sbb teringin nk breakfast pancake.lps breakfast, pegi jenguk kedai kasut,dah terbeli kasut pulak ke Yaya. hadoi, weekend ni saje dh spend 100 lebih untuk yaya.Gaji belum masuk lagi weii...

Tuesday, March 16, 2010

kami tak suka HItam!!

baru-baru telah terperasankan sesuatu perkara.
Yaya tak suka bende2 yang berwarna hitam.bila hulur bende berwarna hitam akan ditepis or ditolak oleh mek ya(panggilan manja Yaya) .


Nampaknya...




KITA SERUPA....

Saya juga tak suka mende kaler hitam...espesyeli haiwan berwarna hitam...eiiii takutla.kot2 jelmaan.


Semalam terpaksa amik Emergency leave sbb my baby (baby yg kecik,my baby yg besar boleh jaga diri sendiri) batuk2 dan selsema hingga bila bernafas pon berbunyik macam da kahak . Pegi le sedut gas kat Pusat Rawatan Mesra,seri kembanagan.2 kali kami ulang alik pi klinik.pagi sekalik,malam tu pegi lagi sekalik. Doc bagi ubat Syrup ventamol warna merah baumcm air sirap.Kami mmg customer tetap kat ctu.dari check-up pregnant sampai la Sekarang sumer rujuk ctu.....NAK TAU KENAPA?...EHEHEHE.... ada la....

Alhamdulillah pagi ni nmpak Yaya dh sihat dan ceria. Malam tadi pon tido lena je.

And last friday (12.03.2010) pon kami singgah di klinik yang sama untuk sunatkan si Yaya .
Kejap je dalam 5 minit udah siap semuanya....Yaya pon nangis kejap je.Anak ummi ni mmg kuat.

p/s: bought breastmilk storage plastic brand autumz. harga and feature sama sebijik mcm Joy angel.

Monday, March 8, 2010

yaya dh menemui satu lagi teknik bermain yg baru...entah mana die blaja ntah...dah pandai bukak dompet ummi die,keluarkan barang2 dan duit2 di dalamnye. abes kad-kad ummi direnyukkan dek budak ni.well, Yaya mmg minat sgt dgn handbag.tak kisah la sape punye handbag,asal nmpak je mesti nk tarik main. adakah ini disebabkan oleh hobi umminye yg asyik tgk gmbar2 handbag sewaktu mengandungkan Yaya? renung-renungkanlah.





Saya sangat suka aktiviti baru ini

p/s: bukan badan saya yg besar,tapi baju tu yg kecik

Wednesday, March 3, 2010

PREGGY?

sekarang ini di sekeliling saya ramai pulak ibu-ibu mengandung...kat bhgn sy je dh ada 2 orang yg dua-duanya due bln july...aiyoh..manyak susahla ini macam.kawan-kawan yang lain pon ramai jugak yg tgh pregnant,yg baru bersalin, yang tgh tunggu hari.
terasa teringin pulak nk prengnant..opppsss.no no no ( gaya datin no-no-no dlm citer na-o-mei)sian Yaya belum puas bermanja lagi dgn ummi dan abahnye.

ingat lg masa pregnant dulu, sgt la mudah. no morning sickness,tak de bengkak kaki, takde kencing manis,takde ngidam yg pelik-pelik.paling-paling pon nk makan chicken chop,waffles,berger.citarasa western jek.tp dienye western time mkn mlm je.waktu mlm je tgk nasi rasa kembang tekak.dengar cik abang tanya 'nak makan nasi?' ,dah rasa nak muntah.waktu siang melantak nasi takde pulak loya2.
lagi satu,suka makan rice cracker bin-bin or wang-wang. balun sampai 2 packs yang besar tu dlm masa 2-3 hari..sat-sat kunyah rice cracker.
susu pon dh tak lalu nk minum.padahal selalu suka je minum susu.terpaksala beli anmum yg perisa coklat.
perut pon takda la besar sgt. larat lagi pegi jalan-jalan pegi shopping complex masa dh nk masuk 9 bulan..
berat pon naik 10 kg je...ye,sy sgt takut jadi gemok...huhuhu.


Tp tu masa kandungan pertama,yg next ni belum tentu akan mengalami perkara yg sama.tp nk jugak berlaku perkara yg sama.except for giving birth through c-sect.Berani sgt ke nk bersalin normal???

Thursday, February 25, 2010

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
when my period is late and +ve pregnancy test

HOW DO YOU FEEL?
Alhamdulillah ( had a miscarriage b4 that )

WHO DID YOU TELL FIRST?
of course the person yg paksa sy buat pregnancy test tu, en hubby.

WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
the first one? nope.

WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?
Alya Maisarah

WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
gegurl. and she's cute

WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
hmmm,tak jumpa lagi la.any suggestion?

DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
never.tak kisah mana2 pon sbb anak sulung.

tp best jugak yg sulung gurl,boleh tolong masak kat dapor nnt, tolong jaga adik, kemas rumah



WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?
8 june 2009

DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?
30th june 2009

HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?
mcm tak percaya , sy dh jadi mak orang

HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?
25 YO

DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?
yup.tak sabar2

DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
tak pernah. evening sickness ada la.

WHAT DID YOU CRAVE?
western food.waffles

WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
none

HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
10 KG je! and lose it all after giving birth

DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
air ketuban kurang (oligohidromnios)and breech baby

WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital putrajaya.dekat dgn rumah

WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
my lovely husband

WHO IS YOUR GYNEA?
masA CHECK-up Dr. Rahaya.tp bersalin di hosp putrajaya dgn doc lain.

HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
less than 1 hour

WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?
0909am

WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
doc dan pembantunya

WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C sect(terpaksa la...)

DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
no need

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?
yup, up until now.she's entering 9 months next week

ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?
NO. kene tgg 2 thn lah kan.


nota tambahan:
Yaya sekarang ini sgtlah manja okeh.tak boleh tinggal langsung. asyik nk kene riba/dukung dan berteman je. br ltak atas lantai dh nangis. bangun nk bukak suis kipas ,nangis. nak pegi dapur kejap,dh nangis. kalau ada 2 orang kat rumah OK lg.kalau duduk ber-2 je ngn YAya tak ke naya.nk pegi dapur,dukung die, nak siap air mandi, dukung die lagi.kalau ringan tk pe jugak.ini berat dh sama dgn beras seguni.nk patah tgn dukung Yaya lama2.dulu Yaya tk mcm ni.suka naik walker ikut ummi/abah pegi dapur,jalan balik ke ruang tamu.sekarang dh tak mo naik walker.
YAya,YAya,sian kat ummi awak yg kecil molek + comel ini. nnt besar kene dengar cakap ummi ye.betapa susahnye nk jaga awak sorang.belum ada 2-3 orang lagi.

Monday, February 8, 2010

EBM storage & weekEND

hmmm... late ly terlebih rajin update blog...nak tau sebab ape?
sebab bos tiada di ofis..huhuhu...
kali ni kiter citer mengenai bekas untuk menyimpan EBM (Express breastmilk) pulak.
Antara bekas2 yang boleh digunakan untuk menyimpan EBM adalah Botol khas(BPA free) macam MomS Little ones,safety plus, bumble bee, avent. Plastic bag khas (pre-sterilized) jenis ikat sendiri dgn getah or ada yang dh siap sealer. antara yang glamer you have a baby, lansinoh, medela(mahal giler), joy angel. Botol susu biasa pon boleh guna jugak utk simpan EBM.

bekas2 yang tak khas pulak adalah seperti bekas dadih(make sure basuh bersih2 dulu) , plastik aiskrim malaysia pon boleh guna. tp kalau pakai bekas2 ni for sure lah takde senggat sukatan tu kan.so susah nk determine kuantiti susu yang dimasukkan.

macam Saya sekarang menggunakan botol Moms Little Ones dan bumble bee. ada 2 dozen sumernye.botol susu biasa pon ada guna jugak dan lately dh kene guna plastik bag Joy angel(botol dh tak cukup) .pakai plastik ni pon hanya untuk stok susu yang disimpan lama. Sya suka plastik bag joy angel ni sebab self-seal pastu tebal n harga nye murah kalau nk compare dgn yg branded punya(medela,lansinoh). For me, kualitinye setanding lah dgn yg branded tu. dan Saya juga sgt sayangkan botol2 saya.

Actually sy lebih suka guna botol sebab boleh basuh n guna semula berkali-kali.botol lebih tahan lasak compare ngn plastik. Plastik hanya sekali guna je(pakai buang) dan secara tak langsung meningkatkan kuantiti sampah yang dijana.Hubby pon suka sy pakai botol dpd plastik.


Cepat lah ummi...Yaya dah siap ni...


Tengok tu...kan sy dah cakap...suka letak barang atas stroller saya....tensi2

p/s: semalam adalah hari Yaya badmood..asek merengek je.nak masuk bulan baru kot.hari ni genap 8 bulan and she kinda develop a new skill. that's why both pics muka nya monyok aje.