CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 28, 2010

BREASTPUMPs~

Since saya merupakan salah seorang pengguna TEGAR breastpump, so kali ni mari kite bercerita tentang breastpump pulak eh...
breast pump ada 2 jenis.Manual or electric/ battery operated.
manual kene guna tenaga sendiri untuk mengepam,manakala electric/battery ni guna kuasa elektrik /battery,kire boleh rileks la time ngepam.tak de lah tangan tu busy tekan handle pump.
Me, myself guna manual je(nak beli yang elektrik tak mampu...(-_-) )

Brand breastpump pulak ada pelbagai.Medela, Avent, Spectra, hatta anakku, pigeon pon ada breast pump. Dari yang berharga ribu riban sampai la ke harga puluhan ringgit, ikut lah kemampuan. Kalao ada budget lebih, boleh la beli antara tiga brand pertama yang disebutkan tadi. Kalau rasa pakai brand anakku pon dh memadai, saya rasa OK je.

ada juga breast pump yang didesign berkonsep double pumping untuk para ibu yang tak boleh spend masa lelama untuk memerah/ busy masa waktu kerja mcm Medela freestyle.

some kedai yang jual breastpump ada sediakan kemudahan untuk mencuba dahulu breastpump tu sebelum membeli.

Saya pulak dari first time menceburi bidang mengepam susu ibu ni, saya pakai Avent manual. memamng puas hati dan tak de rasa nyesal ke ape.
Brand anakku manual tu pon pernah cuba. Tapi sebulan pakai valvenye udah koyak.spare part pon tak de dijual. so simpan je la.....Lagipon die punya pemegang tu agak keras untuk dipicit.kirenye lenguh sikit la tangan kalau pakai pump ni compare to avent.
Avent manual ni pon pernah koyak jugak valve nye yang berbentuk bintang tu, tapi sebab dalam set tu dh dibagi spare 3 ketul, boleh ganti.

So, kesimpulannye, antara kriteria yang perlu diambil kira sebelum membeli breast pump adalah:
1) Budget
2) Keperluan
3) keselesaan
4) ikut minat memasing la.

Pada saya lebih baik beli yang mahal skit@branded, kerana lebih berkualiti, tahan lama, spare part pon ada dijual. sekali je beli,boleh pakai lama.

so far, saya pakai yang manual tak de la lenguh2 tangan memicit handle pump.and kalau nak tau review2 tentang breast pump ni boleh la godek2 kat susuibu.com.

Kat bahagian saya ni pon dah ada 2 orang ibu mengandung yang sudah membeli pump memasing. bagus la awal2 dah ada kesedaran nak susukan anak dengan susu ibu. saya dulu dh lepas bersalin br ada azam nak breastfeeding. Masa tu kawan-kawan ramai yang belum kawen lagi, yang dh ada anak pon berapa kerat je, and derang tak breastfeeding.tu yang lambat sikit nak dapat 'kesedaran' tu. tp lepas kene marah dengan mak mertua anak muntah tiap kali lepas minum susu formula and die asyik suruh bagi susu ibu je....br la sedikit demi sedikit kesedaran tu datang...

No comments: