CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 19, 2010

BREASTFEEDING LIST TO SUCCEED

Disenaraikan antara list keperluan asas yang mesti dan perlu ada di dalam menjayakan program exclusive breastfeeding for your baby:

1.Niat kerana Allah ta'ala
2. Keazaman yang kuat- i must give the best to my baby
3. Susu -
4. Breast pump
5.Cooler bag
6. Ice packs
7. Container/Storage bag yang banyak untuk menyimpan susu bagi dijadikan stok
8. Ruang freezer yang luas dan jauh dari lauk pauk untuk menyimpan stok susu yang banyak.
(peringatan: 1. Jika menggunakan peti sejuk satu pintu, tempoh simpanan hanyalah 2 minggu
2. bagi peti sejuk 2 pintu, tempoh simpanan adalah selama 3 bulan
3. Deep freezer boleh tahan sampai 6 bulan
9. Makanan berkhasiat bagi menjamin productivity susu
10. Air masak/kosong(dahaga beb lepas sesi pengepaman)
11. Milk booster(jika perlu)
12. Label untuk menyatakan tarikh susu diperah. sy guna sticker dan lekat kat container simpanan susu.

Monday, May 17, 2010

2n.d. Anni versary

Alhamdullilah,semamlam genap 2 tahun saya dan suami memasuki alam rumahtangga.
Alhamdulillah jugak kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan dah masuk setahun pon umur die.
Walaupon baru 2 tahun, dah banyak peristiwa dan kenangan dikumpul. macam mana la orang yang dh kawen puluh-puluh tahun tu kan?mesti terlalu banyak sampai ada yang terlupa.
tu belum masuk kenangan masa bercinta dulu...huhu...mesti tersenyum@ tersengih sorang2 bila teringat balik. NAk2 bercinta kat luar negara kan...suasana dan situasi yang berbeza dari negara sendiri. of course la susah nak lupa.

Anyway tak de ape2 yang special sgt la semalam..hadiah dh bagi time birthday.Jenuh la nak bagi hadiah 2 kali setahun.kalau murah tak pe jugak...usually kami pi makan2 kat tempat yang best....my hubby bkn jenis yang suka bagi bunga2 ni...bunga bukan boleh buat makan,baik bagi makanan katanye. ApeApejela cik abang oi.Den pon dah tak berharap nak dapat bunga dari awak.
As long as abang maintain being responsible, understanding and romantic , pon dh cukup.


Sekarang saya tengah belajar cara-cara nak panjat sofa.

Friday, May 14, 2010

HoBi saya....

Dulu masa zaman muda2 dulu, banyak la hobi sebab banyak masa lapang. Masa untuk menjalankan kegiatan hobi pon ada. Masa dulu kalau tanya pasal hobi mestilah sy jawab baca Novel dan majalah. Saya suka baca novel inggeris tapi tak pandai2 jugak bahasa inggeris. masa sekolah rendah sampai sekolah menegah dulu baca novel inggeris yang ala2 cite seram dan misteri tu...apentahnamedie tak ingat lah pulak...die ada banyak series.

bila dah masuk zaman U baca novel sidney sheldon, Meg Cabot, Sophie kinsella...dh tak baca sgt dah cerita2 misteri ni.CHEeeeWAHH

La ni, semenjak dh jadi carrier woman + mom ni....mana sempat nak buat semua tu...novel satu hape pon tak sempat nak baca...beli majalah pon sebulan baru habis baca. Kalau beli novel pon ,ada harapan jadi habuan cik Yaya koyak2 kan.

Jadi rasanya,bila dh tak ada masa nk buat hobi yang dulu kite suka buat, tapi sekarang tak sempat nak buat, kite cari lah hobi lain yang mudah, cepat dan senang nk dibuat.Kalau boleh dibuat bersama2 dengan keluarga lagi bagus.

Tapi saya suka buat ape selain dari membaca?
Memasak sy tak minat sbb memang tak pandai memasak,pastu lepas masak kene basuh pulak periuk belanga. badan pon belengas kene minyak la, berpeluh2 panas duk kat dapur. Nak maintain bau harum selepas mandi pon tak boleh kalau dah lekat bau belacan or tumisan sambal. Walaupon kekadang suami puji masakan sy sedap( eleh,taktik nak amik hati la tu.Nak suruh saya rajin2 memasak kan) sy peduli hape. Sy tetap tak suka memasak.sekian.

Mengemas rumah. Pon saya tak suka. habuk2 ni alergik la i. dh kiter penat2 kemas adaorangtutakretibahasa ,sedap je die letak barang merata,buang sampah merata. So hobi ni pon saya tak suka... kedua-dua hobi tadi memenatkan diri sendiri je.

Jadi saya memilih aktiviti makan sebagai hobi baru saya..senang,mudah dan cepat. Seisi keluarga

Friday, May 7, 2010

MiSS YaYa @ 11MOS.

Hari ni 7 mei, Esok 8 Mei maknanya esok Miss Yaya kiter cukup 11 bulan.
Lagi sebulan nak masuk umor 1 tahun.

Sekarang ni Miss Yaya sibuk duk berpaut dan meniti kat sofa,kat orang, kat ape2 je yang die boleh pegang untuk berdiri.

gigi baru 2 batang sedang tumbuh, macam lambat, tapi tak kisahla...janji ada.

dah umor 10 bulan baru nak merangkak. padahal boleh sgt nak buat sebelum2 ni, saje awak je taknak buat kan.Kaki dangan tangan tu dh kuat tapi tak nak buat pose merangkak tu.Jenuh dh ummi ngn abah duk merangkak depan die,die boleh sengih je. tup,tup Dalam diam2 die merangkak sendiri.

owh, bab makan pulak jangan disebut. SEMUA yang orang makan die nak. Tunggu je orang nak suap die. Tak suap kesian pulak tengok die duk tunggu kite suap. Tapi ummi still tapis jugak makanan yang masuk ke mulut Yaya. Kadang2 ganti dengan roti or biskut. Kitorang makan nasik lemak , die makan roti.

Bukan main suka lagi kalau dapat makan. Dari duk teriak terus diam bila dapat makanan.

Lagi satu, Pantang dengar suara budak2 mesti terus paling. Tak kira la suara kat TV ke, Suara live time jalan2 kat luar. Asal dengar je terus paling cari dari mana datang suara budak2 tu.
Iklan Holick yang ada bdk2 nyanyi tu, Iklan Scott emulsion yang nanyi tu, Iklan fernleaf, Mickey Mouse Clubhouse, My friends tigger and pooh dan kartun2 suara kiut2 mesti die suka.

Dan, dah pandai buat perangai sekarang.sikit2 merajuk, sikit2 marah .