CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 21, 2010

Lactation conference

(1)Salam Sejahtera,

Buat julung kalinya, SusuIbu.com akan menganjurkan sebuah persidangan laktasi bertaraf antarabangsa di Malaysia yang dinamai SusuIbu.com International Lactation Conference 2010 pada 5 hingga 7 Oktober, 2010.

Di dalam persidangan ini, kami telah membawakan khas 3 orang penceramah utama iaitu Dr Jack Newman, Diana West dan Sue Cox yang masing-masing adalah pakar dan penulis buku terkenal dalam bidang penyusuan ibu.

Mengapa anda perlu hadir?
- Untuk memberi pendedahan tentang isu semasa dan perkembangan terkini dalam ilmu penyusuan dan laktasi
- Untuk menyertai perbincangan bersama pakar laktasi dalam dan luar negara, mengikut kepakaran masing-masing
- Untuk berkumpul dan berinteraksi dengan rakan-rakan laktasi dan berkongsi pandangan, idea serta teknik mengikut trend terkini dalam masyarakat masing-masing.

Antara topik-topik menarik yang akan dibincangkan dalam persidangan 3 hari ini adalah:
- Targetting treatment for Low Milk Production to infant and maternal management cause
- Milk production for preterm baby
- Norms for the breastfeeding baby
- What they didn't teach you about breastfeeding in your training
- Making more milk
- Baby magic and altering hospital breastfeeding culture
- National Health Morbidity Survey on infant feeding
- Building Peer Counselor Network in Malaysia
- Early stimulation for babies
- Strengthening the on going support
- Controversies in breastfeeding

Semua ahli SusuIbu.com akan diberi diskaun sebanyak 10%. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berdaftarlah hari ini!
Layari: http://www.susuibu.com/siconf2010/

Sekian, harap maklum.

(2)

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)i akan menemui penduduk setempat di FIESTA KAJANG 2010;

Tarikh : 30 Julai - 1 Ogos 2010
Lokasi :
Dataran Prima Saujana
...Jalan Prima Saujana 2/A
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Masa : 10am – 10pm

Semua dijemput hadir ke karnival tersebut untuk memeriahkan lagi booth MBfPC. Kami menawarkan perkhidmatan kaunseling secara percuma kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anak dan ibu-ibu hamil.Kami juga turut memberikan kaunseling kepada kaum-kaum bapa yang ingin anak-anak mereka disusukan dengan susu yang terbaik.

SAMBUTAN HARI SUSU IBU - 1 OGOS 2010

Pada setiap tahun, Susuibu.com akan menganjurkan sambutan Hari Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung pada 1 - 7 Ogos.

Pada tahun ini, Hari Susu Ibu akan diadakan di FIESTA KAJANG 2010 dengan kerjasama MPKJ dan MBfPC.

Tema Hari Susu Ibu pada tahun ini ialah :

Breastfeeding Just 10 Steps! The Baby-Friendly Way

Penyusuan Ibu Hanya 10 Langkah! Menurut Cara Mesra Bayi

Untuk maklumat lanjut tentang tema Hari Susu Ibu tahun ini, boleh layari laman web World Breasfeeding Week [http://www.worldbreastfeedingweek.org/]

Antara aktiviti menarik pada Hari Susu Ibu tersebut ialah :

- Ceramah mengenai tema Minggu Penyusuan Ibu Sedunia pada Hari Susu Ibu.
- Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya
- Pertunjukan Fesyen Ibu Menyusu – Ibu Bekerjaya, Pakaian Santai, Pakaian Untuk Majlis
- Mengadakan Demonstrasi Mengendong Bayi secara selamat – dengan kerjasama Malaysian Baby Wearers

Untuk program-program lain, boleh rujuk di http://www.fiestakajang.com/



Sangat menarik...mesti byk boleh belajar...sesiapa yang berminat boleh join...
br sy tahu 1 ogos adalah sambutan hari susu ibu.

No comments: