CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 23, 2010

Teruja

Sangat teruja sebab baju kurung raya yaya-chan dah siap :D sangat chumel bila disarungkan ke tubuh yaya yang montel tu. Sambil terkedek- kedek jalan buat gaya gedik santai, ummi geramm tau . Dan yang paling penting
Sy sedang dalam proses orang kelantan panggil mem'beghih'kan @melonggarkan getah pinggang kain baju kurung yaya

Tu la... Peyut tu bulat ngat sampai ketat pinggang. Nak 'oter' dah tak boleh. Sudahnye sangkut tegang2 kat hanger dengan harapan getah tu akan longgar tak lama lagi.

Berita Yang tak bestnye. Baju kurung kami tak sepasang. Ye la. Masa ummi beli kain baju kurung ummi tu yaya belum boleh jalan. Bila yaya dah boleh jalan ummi pi lagi sekali kat kedai tu nak beli kain tambah buat baju kurung yaya,kain tu dh tak ada :(

To date, berat yaya nak mencecah 12 kg. Kena Timbang kat rumah baru dapat figure yang tepat. Kalau timbang kat hospital@ klinik jangan harap la jarum penimbang tu nak duduk diam. si Yaya Melalak dan meronta2 suruh dukung tak berenti. Last2 main teka2 je berat yaya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 2, 2010

sukenye diee...

Alahamdulillah pada tanggal 30 Julai 2010, Yaya dh boleh jalan. sukenye die boleh berjalan. asyik tersengih je. Ummi ngn abah pun suke. sehari je berlatih dh boleh...kan ummi dh cakap, boleh sangat sebenarnya.tp awak takut nak lepas tangan.

Bawak pegi tempat yang ada carpet terbentang luas(lokasi dirahsiakan), lagi la 'galak' die.Pegi sana sini sambil sengih2, dah semua orang pandang kami, Ummi yang malu tersipu-sipu.

Raya ni boleh la yaya bergaya dengan baju kurung ye...

ummi dan Abah sayang awak sangat.

ps: Semalam panggil nenek tukang urut datang rumah,baru le hilang lenguh2 pinggang akibat mendukung yaya.dahle nenek tu tekan kat tempat bekas kena caeser,sakitnya...harap tak de ape2 la sbb dh lebih setahun. nenek cakap urat kat ctu tegang..ye lah nek, sy tak pernah urut area ctu sejak lepas bersalin.lepas ni kene panggil part time maid pulak...hikhikhik