CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, September 27, 2010


Found this breastfeeding poster kat satu website kawan kepada kawan saya.Saya suka sebab sangat cantik dan sweet, terus kidnap.

Anyway,
Dah berjaya men'stripwash' kan 'CD-CD saya.
Baru lah nampak bersih, putih balik dan dah tak berbau 'harum'

dan, pada pandangan kaca mata saya, pakai Cloth Diaper memang menjimatkan. Walaupun saya cuma ada 4 keping je tapi jumbo pack yang ada 60 keping (stok untuk pakai siang je, malam pakai diaper lain) tu tahan sampai sebulan . Kalau tak dulu, 2 minggu sekali kelam kabut pegi carrefour bila stok DD dah nak habis. Sekarang boleh rileks-rileks lagi siap tertunggu-tunggu bila la DD ni nak habis...risau pulak tak sempat habis dah nak kena tukar saiz XL pulak.

Untuk pengetahuan, Yaya dipakaikan CD hanya pada waktu malam selepas saya balik kerja, sebelum tido.Waktu tido memang kena pakai Mamy poko/huggies ultra / drypers drypantz dan yang sewaktu dengannya je. DD lain sumer surrender tak dpt tahan load yg banyak. Yaya ni tergolong dalam golongan heavy wetter jugak.kuat minum air.sebab tu tak berani nak pakaikan CD waktu tido. Kang jenuh pulak ummi awak nak menjemur tilam. Kalau letak 2 keping insert dalam poket diaper tu macam tebal sangat tak muat pulak yaya nak pakai seluar.

Weekend memang fulltime pakai CD except waktu tido dan waktu CD masuk dobi.
Kat rumah pengasuh kadang-kadang je pakai.
Entahlah, macam mana nak educate pengasuh ni supaya pakaikan CD. Bagi 3 keping, sekeping je dipakainye.lepas tu pakai DD. Mungkin bagi die pakai CD ni leceh dan remeh sebab kene tukar sebelum 4 jam. lambat tukar bocor. Tu yang buatkan die tak berminat nak pakaikan CD. Macam saya kat rumah kadang2 pakai 2 jam pun dah tukar bila yaya nangis dan rasa CD die dah penuh.

Inilah yang membuatkan saya fikir banyak kali untuk menambah stok CD dan wetbag(belum ada lagi.)
Kalau tambah pun mungkin tak banyak...kite tengok keadaan dulu macam mana...hehehe

Kesimpulannye, saya memang suka pakaikan CD pada Yaya dan tak rasa susah/leceh nak membasuh CD. Bilas, simpan dalam baldi sampai hari dobi,iaitu 2 hari sekali, campak je dalam wasing machine, dah bunyi beep-beep, keluarkan, sidai dekat tingkap ngadap cahaya matahari. Yaya pun suka dipakaikan CD padanya .
And at the same time, dapat menyumbang kepada alam sekitar dengan mengurangkan jumlah sisa yang dijana kerana DD merupakan sisa yang paling banyak kat landfill dan paling lambat nak lupus.

4 comments:

Fith said...

anje,
yaya pakai cd tu 1 insert je ker?tebal eh kalau buh 2lapis?sbb raziqh pakai 2lapis,tp mmg nampak tebal laa bila pakai seluar.bg fith,klau cds yg china/msia punya,ok je buh 2lapis sbb cutting kecik n inserts tak tebal.berbeza dgn uk/us punya,cutting besar n inserts depa lbh tebal.
mmg susah nak educate pengasuh ni,mgkn diorg akan rasa leceh esp kena tukar in less than 4 hours kan.tp cuba kalau anje fully cds yaya masa kat umah pengasuh,dia takde choice,haha,naya plak kat dia kot kan...

Raudhah anje said...

fith,
bon-bon yaya besar...pakai DD pun dh nampak besar, bila pakai CD 1 insert lagi besar smpai ketat seluar. nnt kite try letak 2 insert mcmmana....hehehe

fIzahjepp said...

oo bes gak ek pkaii cd ni ek..menjimatkan..tp bleh wat time kite ade jek la kan...kat bbsitter mesti susah skit..yerla die pon byk keje nk wat

Raudhah anje said...

best fizah...jimat.lagi-lagi kalau yang fully CD.memang agak leceh sikit sbb nk kena basuh dan tukar ikut jam.tapi puas hati. keje bb sitter pun taklah remeh mana, cuma tukar je,lampin masuk wetbag.nnt kite balik keje br amik dan bilas kat rumah.