CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 29, 2010

buah tangan mamak


Ni la buah tangan yang selalu Yaya bawak balik tiap kali pegi makan kat kedai mamak presint 9. Kadang2 choki2, kadang2 lolipop. Cik Yaya kalau dah dapat mende ni diam terus, khusyuk layan keenakan makanan favourite die. Siap joget2 lagi.Mamak tu pun dh kenal dah dengan Cik Yaya. Tiap kali datang kedai mamak mesti round satu kedai. Tapi tak pernahnye pulak mamak nak kasi diskaun kat ummi ngan abah waktu bayar harga makanan.
Hairankan, macam mana budak-budak boleh tau yang bungkusan yang dihulurkan kepada mereka adalah coklat? mesti tak sabar2 suruh orang bukakkan bungkusan untuk di'ngap'.


Rehat la kejap,penat ke sana ke mari


Sekarang ni antara makanan paling digemari cik yaya adalah kerepek-kerepek. kerepek ubi,pisang,kacang dal, maruku, keropok ikan cap pinggan dan keropok,mister potato, pringles( 2 yang terakhir tu bkn ummi yang kasi ek.orang lain yang kasi). Bangun Pagi2 terus tunjuk kat tupperware kerepek cakap "nak,nak".
Sampai kena sorok bekas simpan kerepek sebab dah tak larat tengok yaya asyik makan kerepek dari pagi sampai malam.

Tuesday, October 26, 2010

sape kate minum kopi tak bagus??

"KOPI

Dalam sains kite diajar bahawa minum kopi adalah tidak bagus, namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi selain susu dan madu. Cube tgk Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor Yahudi kat UK semua mesti ade segelas kopi di tgn mereka."

Just read about this on my friend's blog farhana. Die petik dari blog pakarHowTo. Fakta baru yang sangat menarik+best sebab saya ni memang peminat kopi. satu hari tak minum kopi memang tak sah. Dulu saya minum nescafe. Tapi since ada yang kata Nescafe tu tak elok (tak ingat sebab apa), then,Kalau minum nescafe,bila buang air ada bau kopi. Dan saya terjumpa kopi Radix. Saya pun bertukar minum Radix sampai sekarang. Lagipun ada yang kata kopi Radix boleh menambah susu badan. Ape2 pun saya suka Minum Radix sebab die sedap. tu je.

Dulu masa awal2 Yaya baru lahir , bila saya minum kopi memang ada kesan pada Yaya. Agaknya kesan kafein tu menyebabkan Yaya tak nak tido. Tapi mungkin kebetulan jugak. Hari saya minum kopi, hari tu jugak Yaya tak nak tido. Sampai kena marah dengan hubby cakap gatal sangat pi minum kopi, kan Yaya dah tak nak tido. Sekarang dah tak macam tu lagi. agaknye Yaya pun dh kebal macam Ummi die. Minum kopi sebelum tido pun mata tetap mengantuk jugak bila dah sampai waktu tidur.

Ada orang masa pregnant 'pantang', langsung tak minum kopi walaupun masa sebelum pregnant giler kopi.Tapi, Masa pregnant saya selamba je telan kopi. Alah, bukan minum kopi sampai sekolah(read:satu kolah,bukan school). Setakat 1 cawan sehari takkan lah effect nya teruk sangat. Lagipun bukan hari2 minum, selang-selang hari jugak. Tak minum kopi pun tak semestinya menjamin anak tu tak akan terbantut tumbesaran. Semua tu kuasa Allah. Abis tu ada yang makan Kiwi kasut, batu bata tu takpe pulak. lagi la beracun+ bende -bende tu bukan makanan. Kajian saintifik pun dah kata setakat 1-2 cawan kopi tak akan menganggu tumbesaran baby. Tak perlu risau sangat kay.

What ever it is, terpulang pada pilihan masing-masing.





Thursday, October 21, 2010

Baru lepas tengok koleksi baju menyusu di website DnA. Baju2 kat website DnA ni adalah rekaan dari Dynas mokhtar pelakon tu...cantik2 baju die, yang paling saya suka ialah baju2nye langsung tak nampak macam baju breastfeeding macam sesetengan rekaan baju menyusu yang tak menarik langsung. Macam pakai apron kat dada pun ada..




Image copied from www.dna.com.my

Cantikkan kan...nak2 Dynas pulak yg pakai,memang nampak cantik lah. Kalau saya yang pakai belum tentu nampak cantik cenggitu.
Tapi kalau dah nama baju cantik, harga pun 'cantik' lah jugak.

"Abang, saya berkenan yang kaler purple tu lah abang, tapi kalau nak belikan dress biru tu sekali apa salahnya."
V(^o^)

Monday, October 18, 2010

ai jyou tappuri purin a.k.a japanese pudding with full of love


weekend hari tu first time cube buat purin ( japanese pudding ) dengan menggunakan Steam-It Tupperware. Menjadi jugak walaupun main taram je letak bahan2. Yang penting, Yaya suka makan. Abah die confirm la tak minat benda2 cenggini.


Aktiviti weekend macam biasa, tak kemana-mana. Abah Yaya tak berapa sihat. Jadi , main masak-masak je kat rumah. tengahhari masak sardin, malam ikan tenggiri stim. dua-dua 'faveret' Yaya. Memang banyak la die makan. Selagi tak angkat pinggan dari meja makan , tak sudah la die asyik mintak suap ikan.


Nak kemas rumah memang tak dapat lah. Tak sampai 5 minit saya kemas, tukang kemas no. 2 'kemas rumah' lagi sekali. Rajin sungguh anak ummi ni ye.

Friday, October 15, 2010

tenggelam @ timbul

Semalam telah mendapat satu info yang baru dan menarik. Menurut kenyataan orang tu, kalau najis kita timbul tandanya sihat dan kalau tenggelam maknanya tak sihat.

betuk ke ek?

Terjumpa info ni kat internet

"A renowned Japanese expert, specializing in human feces, said that we can diagnose our health condition by inspecting our own defecation color, smell and shape.

The healthy feces are usually 3 centimeter in diameter, golden yellow or brown in color, soft but not too soft like a mud. They have no strong smell or taste, with 2 to 3 pieces of feces for each bowel action. The absence of pressure is less or loose during defecation. You poop easily and comfortably without pressing or pushing too hard on the feces.

The feces should contain 70 to 80% of water content, and they should be floating on top of the water in your toilet ball. In term of hardness, the normal healthy feces should be soft and in a complete form. Normal stool should be cylindrical, modest in size and a feel of shiny texture. If the stool stays too long in our large intestine, it may appear in a granular form or too coarse."



Tapi ada jugak yang cakap timbul tak bagus, tenggelam yang bagus, mana satu yang betul ni??


p/s: kalau ikut islam, tak elok tengok najis, tapi kalau tengok najis tu untuk pastikan tahap kesihatan kite apa boleh jugak kan.ke tak boleh???

Even baby yg breastfeed pun untuk tahu die dapat cukup nutrient ke tak adalah melalui najis die yang sepatutnya berwarna kuning keemasan dan tidak terlalu cair or keras.

Wednesday, October 13, 2010

boonga-boonga cinta

wahh, hari ni ternampak gambar seorang member ni dapat bunga dari hubby die sempena birthday die hari ni...mesti bestkan dapat bunga...

Saya ni tak pernah dapat bunga dari en. hubby...membazir katanya...buat apa bunga, baik beli makanan boleh makan...ada ke macam tu.
Bagi Bunga tu simbolik lah abang...kalau makan kejap je dah lapar balik, kalau kasi bunga boleh jugak tahan 2-3 hari sebelum bunga tu layu. Dan perasaan best dapat bunga tu akan kekal sampai bila-bila.

makan hari -hari boleh makan..tapi bunga takkan hari-hari dapat kot...lain lah kekasih hati kite ada kedai bunga. Lagipun hari-hari dapat bunga tentulah dah takde perasan best tu kan..

p/s: my favourite flower is rose and tulip.

Monday, October 11, 2010

owhhhh macam tu ke...?

Rasanya mek yaya saya sedang mengalami reverse cycling. 2-3 hari ni dh semakin menjadi-jadi. bangun malam sampai berapa kali saya pun dh tak larat nak kira. mujur tak mengantuk waktu siang...tapi kalau seminggu asyik bangun-tido-bangun-tido rasanya boleh jadi zombi jugak saya ni.

Dah perasan tentang reverse cycling (br belajar terms ni hari ni dari kawan saya Tina) sebulan yang lalu...Yaya kurang minum EBM pada waktu saya tinggalkan die untuk ke pejabat...rasa hairan sebab bila waktu malam or weekend kejap-kejap nak susu, kejap-kejap nak susu..sejam sekali or less die dh nangis nak susu. lepas bagi minum air masak pun still nak isap susu. B saya tak sempat nak bengkak or rasa penuh langsung kalau waktu malam or weekend tu...

Mula-mula tak risau sangat bila tengok Yaya cuma minum 2@3 botol x 4 oz sehari waktu tinggalkan die kat pengasuh sebab memang tau baby yang breastfeeding lebih prefer direct feeding dari minum dengan botol. Nak-nak bila dah umur setahun lebih, dah boleh bezakan rasa dan tekstur. Tapi bila dah 2-3 hari ni waktu malam pun bangun banyak kali ni dh lain macam ni...selalu bangun sekali jeee....owhhhh rupa-rupanya Yaya mungkin kena reverse cycling.

Antara faktor-faktor yang mungkin jadi penyebab Yaya mengreverse cyclingkan dirinya, adalah sibuk nak tengok sana-sini waktu menyusu. tak nak ketinggalan.semua benda die nak belajar, nak tengok, nak join orang bersembang.

faktor kedua, ummi yaya bekerja (i hate to admit this) , tinggalkan die dengan orang lain sampai die rasa seronok duduk dengan orang lain daripada duduk dengan ummi die sendiri. Kalau kat rumah orang tu ingat kat ummi die bila nak susu je. Sangat sedih okay....Sebab tu kalau waktu saya ada di rumah saya kurang gemar biar Yaya duduk di rumah saudara-mara yang memang berdekatan dengan rumah kami. Cukup la main time ummi pegi kerja.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang reverse cycling:

1) http://hanisamin.com/blog/moms-talk/reverse-cycling/
2) http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.html

Friday, October 8, 2010

bila radio buruk berbunyi~~~


Semenjak dua menjak ni, Cik Yaya sering memainkan radio buruknya especially bila time kat rumah...Ummi baru angkat punggung nak bangun ambik baju nak lipat, start dahhhh ON radio buruk . Ummi bangun pi dapur, die pun bangun pi dapur ikut ummi sambil mainkan radio buruk die... duduk elok-elok tengok kartun, toleh kiri toleh kanan tengok ummi takde, mula la ON radio buruk lagi sekali. isk3x letih la ummi asyik nak dukung awak je. yang hairannye, bila kat rumah pengasuh takde pulak die mainkan radio buruk tu. Baik je duduk dengan orang. Bila dengan ummi, mula la, ummi nak pi toilet pun nak ikut sambil mainkan radio buruk.

Anyway, saya dah bereksperimen dengan cloth diapers saya.
Saya letak 2 insert pada setiap pocket diaper Colababy .
1 insert pada pocket diaper Babyland.
Kedua-duanya jenis CD Pakai pada hari yang sama.
Hasilnya, CD Coolababy tahan 4-5 jam je. Babyland tahan 2 jam...
Adusss, nampaknye memang Yaya tak boleh pakai untuk tidur malam la CD china brand ni.
Sekali minum air habis sebotol. mana la tak banjir CD tu.
hmmm, kena pakai DD jugak lah nampaknya untuk tidur malam and outing.


last 2 weeks ada beli huggies ultra. ingatkan kualitinya masih seperi dahulu , nak sama macam mamy poko. Harga pun dh sama je ngn mamy poko. Sekali bila dah bukak , alamak nipisnya macam huggies dry comfort jeee...tebal lebih 1 mm je kot. patern pun dh nak sama mcm huggies merah(dry comfort) tu...dulu rasanya kemas die punya fitting macam mamy poko.uhhh kuciwa la ngn huggies ni....Lepas ni ingat nak beli pet pet je. pet pet pun dh upgrade pakai magic tape tu( tape yang tak lekat merata-rata) and die punya lapisan luar dh lembut tak macam dulu. lebih kurang macam huggies je....lebih puas hati sbb harga die murah tapi kualiti sama macam yang mahal tapi kualiti tak setanding dnegan harga.