CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 11, 2010

owhhhh macam tu ke...?

Rasanya mek yaya saya sedang mengalami reverse cycling. 2-3 hari ni dh semakin menjadi-jadi. bangun malam sampai berapa kali saya pun dh tak larat nak kira. mujur tak mengantuk waktu siang...tapi kalau seminggu asyik bangun-tido-bangun-tido rasanya boleh jadi zombi jugak saya ni.

Dah perasan tentang reverse cycling (br belajar terms ni hari ni dari kawan saya Tina) sebulan yang lalu...Yaya kurang minum EBM pada waktu saya tinggalkan die untuk ke pejabat...rasa hairan sebab bila waktu malam or weekend kejap-kejap nak susu, kejap-kejap nak susu..sejam sekali or less die dh nangis nak susu. lepas bagi minum air masak pun still nak isap susu. B saya tak sempat nak bengkak or rasa penuh langsung kalau waktu malam or weekend tu...

Mula-mula tak risau sangat bila tengok Yaya cuma minum 2@3 botol x 4 oz sehari waktu tinggalkan die kat pengasuh sebab memang tau baby yang breastfeeding lebih prefer direct feeding dari minum dengan botol. Nak-nak bila dah umur setahun lebih, dah boleh bezakan rasa dan tekstur. Tapi bila dah 2-3 hari ni waktu malam pun bangun banyak kali ni dh lain macam ni...selalu bangun sekali jeee....owhhhh rupa-rupanya Yaya mungkin kena reverse cycling.

Antara faktor-faktor yang mungkin jadi penyebab Yaya mengreverse cyclingkan dirinya, adalah sibuk nak tengok sana-sini waktu menyusu. tak nak ketinggalan.semua benda die nak belajar, nak tengok, nak join orang bersembang.

faktor kedua, ummi yaya bekerja (i hate to admit this) , tinggalkan die dengan orang lain sampai die rasa seronok duduk dengan orang lain daripada duduk dengan ummi die sendiri. Kalau kat rumah orang tu ingat kat ummi die bila nak susu je. Sangat sedih okay....Sebab tu kalau waktu saya ada di rumah saya kurang gemar biar Yaya duduk di rumah saudara-mara yang memang berdekatan dengan rumah kami. Cukup la main time ummi pegi kerja.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang reverse cycling:

1) http://hanisamin.com/blog/moms-talk/reverse-cycling/
2) http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.html

No comments: