CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 23, 2010

she's getting taller


Terpaksa curik-curik amik gambar masa yaya tengah tido.
kalau matanya celik,jangan harap la cekak rambut tu nak stay atas kepala lebih dari 2 saat. letak je atas kepala, die tarik.



Ummi, cepat la...ngantuk ni nak sambung tido dalam kereta.



Gambar ni diambil right before bertolak balik Kelantan.
Pagi-pagi buta dah kejut yaya bangun,mandi koboi sikit.
Yang paling penting,bantal busyuk jangan lupa bawak.

Monday, November 22, 2010

isshouni inaka ni kaerimashou

Tiba-tiba teringat pada satu kisah yang berlaku pada saya dan suami di ketika tahun 1 mengikuti persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit. Masa tu kami sekelas dalam kelas bahasa jepun duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa(tak kawan lagi la ni). Pelajaran kaiwa(perbualan) dalam bahasa jepun. Kami sekelas kena pair dengan kawan sebelah dan baca dialog macam kat bawah ni:

(telah di translate ke bahasa melayu)
A: hujung minggu ni awak buat apa?
B: Takde buat apa-apa
A: kalau macam tu, ___________(isi tempat kosong ikut kreativiti sendiri ie; jom tengok wayang,pegi midvalley,jalan-jalan di taman)

Tiba giliran kami yang satu-satunya pair L-P dalam kelas tu, dialog kami berbunyi:

Bakal Suami: hujung minggu ni awak buat apa?
Saya: Takde buat apa-apa
Bakal Suami: kalau macam tu, jom kita sama-sama pulang ke kampung

Tak pasal-pasal jadi bahan budak lelaki dalam kelas. Ada yang kata bawak balik kampung jumpa mertua la. Last-last, betul-betul saya ikut awak balik ke kampung. Itu pun setelah 6 tahun perkara itu berlaku.

Thursday, November 11, 2010

yummylicious

Semalam bagi budak berselemoih ni makan coklat yang gambar2 muka die tu.
(sila rujuk entry di bawah bertajuk ALAHAI..)
Sebenarnya ummi yaya yang nak makan coklat tu,
tapi yaya dah mengamuk2 nak jugak,terpaksa la kasi.
bukan main suka lagi sampai ummi mintak sikit pun takmo bagi.
selalu kalau mintak sikit mesti die hulur suapkan makanan.
kali ni die buat dekkk je.
Abis la comot,dah la baru lepas mandi.



Emmm...cedapnyeee...







Sekejap ada, sekejap takde


Dah 2 minggu mencuba Cloth diapers brand Lunatots.
Memang berpuas hati lah sebab rasanya Lunatots lebih tahan lama berbanding brand yg murah2 tu.Walaupun letak 1 insert je, tapi tak bocor. Selalunya yg coolababy or babyland,pakai 2 insert pun bocor. Jangkamasa pemakaian CD sama je,4 jam.
Ke saya je yang berperasaan begitu. Padahal Orang lain pakai takde beza pun antara kedua2 jenis CD.
Ada sesiapa yg pernah cuba CD2 yang saya sebut di atas?
ada rasa perbezaan tak antara mereka?

Wednesday, November 3, 2010

ALAHAI...


alahai...sayangnye nak makan coklat ni.
tapi kalau tak makan membazir pulakkan.
Agak2 kalau simpan lama2 akan berkulat tak?
Coklat ni opismate saya Anora yang buat.
kalau nak tempah boleh klik kat nama die tu.
ada macam2 pattern.
boleh buat doorgift,hadiah atau suka2 untuk makan sendiri.
ni kalau yaya tengok mesti die suka :)
(alamak,habisla rosak coklat ni kalau dapat kat yaya)

Tuesday, November 2, 2010

nipple crack/cedera/luka?

Bagi ibu2 yang mmenyusukan anak dengan susu ibu pasti pernah mengalami
masalah nipple crack, putting cedera/luka dek kerana si comel yang baru
dapat gigi, yang sibuk nak tengok sekeliling sampai lupa nak lepaskan
hisapan sebelum berpaling muka ke arah lain.

Memang menyakitkan dan memedihkan terutamanya waktu nak susukan baby, nak
menangis rasanya.
Kadang2 sampai dah tak tahan terpaksa tukar ke payudara yang tak sakit.
Saya sendiri pun dah 2-3 kali kena. Kebanyakannya disebabkan oleh
latching tak betul(nak hisap susu tapi mata tengok ke lain), gatal gusi
hingga nipple saya yang jadi mangsa. Namun ada juga yang mengalami masalah
ini disebabkan oleh kulit kering@ sensitip.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu2 boleh cuba:

1)pastikan kedudukan sewaktu menyusukan bayi adalah betul. Sekiranya
lekapan mulut dengan payudara tak betul, geseran gusi bayi dengan puting
payudara akan menyebabkan kecederaan.

2)Menukar kedudukan/posisi setiap kali waktu penyususan. Posisi yang
berubah-ubah boleh memfokuskan tekanan gusi bayi (yang dah mula keras
sebab gigi nak keluar ) pada tempat yang berbeza-beza.

3)Susukan bayi lebih kerap tetapi sekejap. Ini untuk mengelakkan bayi
terlalu lapar.Jika bayi dah lapar, bayi akan hisap dengan lebih kuat(laju
sikit susu keluar)

4)Sapukan beberapa titis air susu ibu pada kawasan yang cedera. Ni yang
paling saya suka dan selalu amalkan. MUDAH, MURAH(tak keluar sesen pun)
dan SELAMAT( tak perlu cuci dulu sebelum beri pada bayi). Cepat baik pulak
tu.

5)Cuci kawasan kecederaan dengan air bersih sahaja . Tak perlu sabun,
lotion, alkohol

6)ambil Ubat painkiller. Ni kalau dah kes teruk sangat.

7)Sekiranya luka terlalu dalam, boleh gunakan cream khas untuk ibu yang
menyusukan. Biasanya krim ni tak beracun, boleh terus susukan bayi tanpa
cuci kawasan yang dah disapu krim. Boleh beli kat kedai yang jual
peralatan untuk breastfeeding. Kat farmasi biasa susah sikit nak jumpa.
Harga pun boleh tahan mahalnya.

Diingatkan bahawa ibu2 boleh meneruskan penyususan dan tak perlu behenti
seketika untuk tunggu sehingga luka/kecederaan baik then sambung menyusu
balik.

p/s: koleksi CD saya dah bertambah