CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 22, 2010

isshouni inaka ni kaerimashou

Tiba-tiba teringat pada satu kisah yang berlaku pada saya dan suami di ketika tahun 1 mengikuti persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit. Masa tu kami sekelas dalam kelas bahasa jepun duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah bertegur sapa(tak kawan lagi la ni). Pelajaran kaiwa(perbualan) dalam bahasa jepun. Kami sekelas kena pair dengan kawan sebelah dan baca dialog macam kat bawah ni:

(telah di translate ke bahasa melayu)
A: hujung minggu ni awak buat apa?
B: Takde buat apa-apa
A: kalau macam tu, ___________(isi tempat kosong ikut kreativiti sendiri ie; jom tengok wayang,pegi midvalley,jalan-jalan di taman)

Tiba giliran kami yang satu-satunya pair L-P dalam kelas tu, dialog kami berbunyi:

Bakal Suami: hujung minggu ni awak buat apa?
Saya: Takde buat apa-apa
Bakal Suami: kalau macam tu, jom kita sama-sama pulang ke kampung

Tak pasal-pasal jadi bahan budak lelaki dalam kelas. Ada yang kata bawak balik kampung jumpa mertua la. Last-last, betul-betul saya ikut awak balik ke kampung. Itu pun setelah 6 tahun perkara itu berlaku.

No comments: