CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 2, 2010

nipple crack/cedera/luka?

Bagi ibu2 yang mmenyusukan anak dengan susu ibu pasti pernah mengalami
masalah nipple crack, putting cedera/luka dek kerana si comel yang baru
dapat gigi, yang sibuk nak tengok sekeliling sampai lupa nak lepaskan
hisapan sebelum berpaling muka ke arah lain.

Memang menyakitkan dan memedihkan terutamanya waktu nak susukan baby, nak
menangis rasanya.
Kadang2 sampai dah tak tahan terpaksa tukar ke payudara yang tak sakit.
Saya sendiri pun dah 2-3 kali kena. Kebanyakannya disebabkan oleh
latching tak betul(nak hisap susu tapi mata tengok ke lain), gatal gusi
hingga nipple saya yang jadi mangsa. Namun ada juga yang mengalami masalah
ini disebabkan oleh kulit kering@ sensitip.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu2 boleh cuba:

1)pastikan kedudukan sewaktu menyusukan bayi adalah betul. Sekiranya
lekapan mulut dengan payudara tak betul, geseran gusi bayi dengan puting
payudara akan menyebabkan kecederaan.

2)Menukar kedudukan/posisi setiap kali waktu penyususan. Posisi yang
berubah-ubah boleh memfokuskan tekanan gusi bayi (yang dah mula keras
sebab gigi nak keluar ) pada tempat yang berbeza-beza.

3)Susukan bayi lebih kerap tetapi sekejap. Ini untuk mengelakkan bayi
terlalu lapar.Jika bayi dah lapar, bayi akan hisap dengan lebih kuat(laju
sikit susu keluar)

4)Sapukan beberapa titis air susu ibu pada kawasan yang cedera. Ni yang
paling saya suka dan selalu amalkan. MUDAH, MURAH(tak keluar sesen pun)
dan SELAMAT( tak perlu cuci dulu sebelum beri pada bayi). Cepat baik pulak
tu.

5)Cuci kawasan kecederaan dengan air bersih sahaja . Tak perlu sabun,
lotion, alkohol

6)ambil Ubat painkiller. Ni kalau dah kes teruk sangat.

7)Sekiranya luka terlalu dalam, boleh gunakan cream khas untuk ibu yang
menyusukan. Biasanya krim ni tak beracun, boleh terus susukan bayi tanpa
cuci kawasan yang dah disapu krim. Boleh beli kat kedai yang jual
peralatan untuk breastfeeding. Kat farmasi biasa susah sikit nak jumpa.
Harga pun boleh tahan mahalnya.

Diingatkan bahawa ibu2 boleh meneruskan penyususan dan tak perlu behenti
seketika untuk tunggu sehingga luka/kecederaan baik then sambung menyusu
balik.

p/s: koleksi CD saya dah bertambah

No comments: