CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 27, 2010

beli mainan lagi.

Semalam kami sekeluarga selamat pegi Karnival Metrojaya di PICC, Putrajaya. Ni kali ke-2 metrojaya buat sale di PICC. Memang sale giler2 lah..Tapi tak semua barang yang di discount hebat. ada jugak yang harganya sama je macam kat tempat lain.
Yaya pulak duk membuat hal di sana.Asyik nak berdukung je. Pulak tu tak nak orang lain dukung, nak ummi je dukung. Tak dapat la ummi nak membelek-belek baju-baju disana. Ingat pegi situ boleh le angkat baju somerset bay, tapi tak sempat nak tunjuk kat abah yaya. ( saya selalunya kalau nak beli barang kena mendapat persetujuan dr cik abang dulu br beli...hish apela, dah besar panjang pun tak boleh nak buat keputusan sendiri kan..)

Round-round kat Hall pameran sambil usha-usha barang ape yang boleh dibeli , tetibe sampai pulak kat bahagian permainan kanak-kanak. huh, ape lagi, menjerit kegembiraan la minah tu nampak mainan. dari mood meragam, terus bertukar gembira. Terpaksa ambil set mainan rumah2 untuk yaya. makin bertambah lah koleksi barang mainan menyepah rumah. Ummi pun curik2 la pusing2 tengok barang2, sambil yaya dijaga oleh bapa saudaranya. nak beli kasut, saiz pulak takdak. Yang ada saiz, pattern kureng berkenan.


Round punya round, jumpa pulak baju budak2. Apa lagi, terus lupa diri jap. pilih pilih baju untuk yaya. Abah yaya pun join sekali memilih baju. Selepas saringan halus , beli 2 helai je baju. Tu pun tak tau bila nak pakai. Abah beli necktie and wallet. Yang tak beli apa2 adalah Ummi. YEAY.

Actually,Kami sekeluarga sedang dalam mode berjimat cermat. Nak setlekan hutang yang mana ada. Insya Allah Kalau loan diluluskan, hmm tinggal berapa sen je lagi duit gaji kami lepas tolak bayar rumah... huhuhu,sedih..tak boleh nk shopping2 lagi macam dulu. So, kawan-kawan jangan marah ye kalau ajak saya pegi mana-mana kalau saya tak nak ikut atau pegi mana-mana saya tak beli apa-apa.

Thursday, December 23, 2010

Jom Join Contest Si Manjaku Comel

Telah ditag oleh kawan saya CIK Agustina to join this contest.




Rasanya ni la gambar comel yang paling latest dalam simpanan.
Masa ni budak kecik ni baru dapat kaki,excited sangat boleh jenjalan kat taman tasik taiping.
Sebenarnye Susah sangat nak capture gambar budak ni sebab tak reti duduk diam. Tak sempat nak snap gambar lagi die dah lari datang kat kamera nak tengok gambar die yang baru ditangkap.








syarat-syarat sangat mudah...
1- jadi follower blog Masyimalo Heart nie..
-dah


2- anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw)
-

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib)
-checked

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak)
-dah setel


5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni...

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun....
-yaya baru umur 18 bulan, so layak

7. tag rakan2 anda 5 org...

fith , dida, kak tini, fizah, pn capa

Wednesday, December 15, 2010

buat-buat busy

tersanagat busy sampai baca blog kawan-kawan pun sekali lalu je...tak sempat nak belek2...hmmm entah apa yang di'busy'kan pun tak tahu. Mungkin sebab boss saya masuk hospital akibat koma dah nak dekat 3 minggu, jadi kami pegawai2 la terpaksa gilir2 masuk meeting sana sini.

Mungkin jugak busy mencari rumah untuk dibeli...Jumpa yang berkenan, harga pulak tinggi sangat. Jumpa yang harga mampu milik, area pulak rasa macam tak best....Mengapa la harga rumah sangat tinggi, tapi gaji kami tak berapa nak tinggi. Bonus??? seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Friday, December 3, 2010

1 tahun 6 bulan

Pada Saat entry ini di publish,genap lah usia penyususan susu ibu saya kepada anak saya Alya selama 1 tahun 6 bulan. Kira kalau study tu dah peringkat master la kan. Lagi 6 bulan nak dapat PhD.kuikuikui perasan.

Kawan-kawan satu pejabat ni memang dah tau dah, muka saya yang selalu duk usung cooler bag mom's little one ke mana-mana. Setiap hari pegi-balik kerja duk usung beg tu, Pegi meeting luar pejabat pon usung beg tu, pegi kursus confirm la usung beg tu jugak kan.Raudhah dan Cooler bag tidak dapat dipisahkan ( tak lama lagi berpisah lah tu bila Yaya dah masuk 2 tahun)

I started from ZERO. Masa tu kawan2 sekeliling ramai yang belum kahwin. Berapa kerat je yang dah ada anak, tapi mereka tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kiranya,Tak de geng la masa tu. Sekarang dah ramai dah geng saya di pejabat. Hehehe...Seronok! Jadi Saya banyak belajar dari internet dan majalah tentang penyususan susu ibu.Banyak lagi sebenarnya perkara tentang penyususan susu ibu yang saya tak tahu. Tak tahu sebab tak pernah mengalami perkara itu dan tak tahu sebab malas menggodek info.

mula menceburkan diri dalam bidang ni pun sebab MIL selalu suruh susukan anak dengan susu ibu. Then dapat tau pulak baby yg lahir through c-sect kurang antibodi berbanding baby yang lahir normal. Lagilah kuat semangat saya nak bagi extra protection pada Yaya.

Sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan tu tak dinafikan memang banyak cabaran, pengalaman, cobaan, pengajaran ,pengetahuan telah dikumpulkan. Antaranya:


Forceful Down Reflex

Baru je tau tentang istilah ni. Keadaan di mana susu dipaksa keluar bagi memberi ruang mengisi susu yang baru dihasilkan. Patut lah Yaya asyik tersedak je masa dari die lahir sampai umur 3 bulan . Tak tau pulak rupanya saya ni FDR dan ada cara untuk mengawal pengaliran susu supaya baby tak tersedak waktu menyusu.

Stok EBM memasuki 'Red Zone'

Selalunya berlaku waktu Yaya mengalami growth spurt. Baby minum lebih banyak dari biasa. 2-3 kali jugak Yaya Growth Spurt.Memang kritikal la stok EBM waktu tu... Siap berdoa jangan la kena out-station time tu. Kalau tak memang tak cukup stok. Alhamdulillah dapat cover balik stok dengan buat extra pumping on weekend. Bangun subuh, pump susu sebelum baby bangun.Mujur jugak baby jenis bangun lambat.Pukul 9-10 baru bangun..

Baby Refuse Direct Feeding

Entah mengapa tiba-tiba je Yaya tak nak menyusu direct... nak kata tukar sabun baju or softener, tak jugak. Sabun mandi pun tak tukar. 2 hari jugak la susukan die dengan botol. Dah nak buat appointment dengan Lactation Counselor Susu ibu dah time tu. Last-last die okey sendiri lepas duk kelek die ke sana ke mari kat Alamanda (tak bawak stroller punya pasal). Baru teringat balik bau ummi die la tu.

Nipple Crack

Perkara biasa lah bagi ibu yg menyusukan baby yang gatal gusi or dah tumbuh gigi. Sobar je la......

Transport EBM waktu out-station

Kalau kena out-station perkara yang terpikir dulu adalah berapa hari out-station sebab kalau lebih dari 3hari@ 72 jam dah kena bekukan EBM. Setakat transport EBM cair tak pe lagi. Tapi kalau transport EBM beku pening jugak nak maintainkan supaya tak cair.


Reverse Cycling

Bayi menyusu sikit waktu siang ketika ditinggalkan dengan pengasuh, dan kerap menyusu waktu ibu ada di rumah...kadang2 tu 3-4 kali bangun waktu malam nak menyusu. Ponat toksah kata. Mengantuk je akibat tak cukup tidur

p/s: terasa nak upgrade breast pump for next baby