CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 3, 2010

1 tahun 6 bulan

Pada Saat entry ini di publish,genap lah usia penyususan susu ibu saya kepada anak saya Alya selama 1 tahun 6 bulan. Kira kalau study tu dah peringkat master la kan. Lagi 6 bulan nak dapat PhD.kuikuikui perasan.

Kawan-kawan satu pejabat ni memang dah tau dah, muka saya yang selalu duk usung cooler bag mom's little one ke mana-mana. Setiap hari pegi-balik kerja duk usung beg tu, Pegi meeting luar pejabat pon usung beg tu, pegi kursus confirm la usung beg tu jugak kan.Raudhah dan Cooler bag tidak dapat dipisahkan ( tak lama lagi berpisah lah tu bila Yaya dah masuk 2 tahun)

I started from ZERO. Masa tu kawan2 sekeliling ramai yang belum kahwin. Berapa kerat je yang dah ada anak, tapi mereka tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Kiranya,Tak de geng la masa tu. Sekarang dah ramai dah geng saya di pejabat. Hehehe...Seronok! Jadi Saya banyak belajar dari internet dan majalah tentang penyususan susu ibu.Banyak lagi sebenarnya perkara tentang penyususan susu ibu yang saya tak tahu. Tak tahu sebab tak pernah mengalami perkara itu dan tak tahu sebab malas menggodek info.

mula menceburkan diri dalam bidang ni pun sebab MIL selalu suruh susukan anak dengan susu ibu. Then dapat tau pulak baby yg lahir through c-sect kurang antibodi berbanding baby yang lahir normal. Lagilah kuat semangat saya nak bagi extra protection pada Yaya.

Sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan tu tak dinafikan memang banyak cabaran, pengalaman, cobaan, pengajaran ,pengetahuan telah dikumpulkan. Antaranya:


Forceful Down Reflex

Baru je tau tentang istilah ni. Keadaan di mana susu dipaksa keluar bagi memberi ruang mengisi susu yang baru dihasilkan. Patut lah Yaya asyik tersedak je masa dari die lahir sampai umur 3 bulan . Tak tau pulak rupanya saya ni FDR dan ada cara untuk mengawal pengaliran susu supaya baby tak tersedak waktu menyusu.

Stok EBM memasuki 'Red Zone'

Selalunya berlaku waktu Yaya mengalami growth spurt. Baby minum lebih banyak dari biasa. 2-3 kali jugak Yaya Growth Spurt.Memang kritikal la stok EBM waktu tu... Siap berdoa jangan la kena out-station time tu. Kalau tak memang tak cukup stok. Alhamdulillah dapat cover balik stok dengan buat extra pumping on weekend. Bangun subuh, pump susu sebelum baby bangun.Mujur jugak baby jenis bangun lambat.Pukul 9-10 baru bangun..

Baby Refuse Direct Feeding

Entah mengapa tiba-tiba je Yaya tak nak menyusu direct... nak kata tukar sabun baju or softener, tak jugak. Sabun mandi pun tak tukar. 2 hari jugak la susukan die dengan botol. Dah nak buat appointment dengan Lactation Counselor Susu ibu dah time tu. Last-last die okey sendiri lepas duk kelek die ke sana ke mari kat Alamanda (tak bawak stroller punya pasal). Baru teringat balik bau ummi die la tu.

Nipple Crack

Perkara biasa lah bagi ibu yg menyusukan baby yang gatal gusi or dah tumbuh gigi. Sobar je la......

Transport EBM waktu out-station

Kalau kena out-station perkara yang terpikir dulu adalah berapa hari out-station sebab kalau lebih dari 3hari@ 72 jam dah kena bekukan EBM. Setakat transport EBM cair tak pe lagi. Tapi kalau transport EBM beku pening jugak nak maintainkan supaya tak cair.


Reverse Cycling

Bayi menyusu sikit waktu siang ketika ditinggalkan dengan pengasuh, dan kerap menyusu waktu ibu ada di rumah...kadang2 tu 3-4 kali bangun waktu malam nak menyusu. Ponat toksah kata. Mengantuk je akibat tak cukup tidur

p/s: terasa nak upgrade breast pump for next baby

No comments: