CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 27, 2010

beli mainan lagi.

Semalam kami sekeluarga selamat pegi Karnival Metrojaya di PICC, Putrajaya. Ni kali ke-2 metrojaya buat sale di PICC. Memang sale giler2 lah..Tapi tak semua barang yang di discount hebat. ada jugak yang harganya sama je macam kat tempat lain.
Yaya pulak duk membuat hal di sana.Asyik nak berdukung je. Pulak tu tak nak orang lain dukung, nak ummi je dukung. Tak dapat la ummi nak membelek-belek baju-baju disana. Ingat pegi situ boleh le angkat baju somerset bay, tapi tak sempat nak tunjuk kat abah yaya. ( saya selalunya kalau nak beli barang kena mendapat persetujuan dr cik abang dulu br beli...hish apela, dah besar panjang pun tak boleh nak buat keputusan sendiri kan..)

Round-round kat Hall pameran sambil usha-usha barang ape yang boleh dibeli , tetibe sampai pulak kat bahagian permainan kanak-kanak. huh, ape lagi, menjerit kegembiraan la minah tu nampak mainan. dari mood meragam, terus bertukar gembira. Terpaksa ambil set mainan rumah2 untuk yaya. makin bertambah lah koleksi barang mainan menyepah rumah. Ummi pun curik2 la pusing2 tengok barang2, sambil yaya dijaga oleh bapa saudaranya. nak beli kasut, saiz pulak takdak. Yang ada saiz, pattern kureng berkenan.


Round punya round, jumpa pulak baju budak2. Apa lagi, terus lupa diri jap. pilih pilih baju untuk yaya. Abah yaya pun join sekali memilih baju. Selepas saringan halus , beli 2 helai je baju. Tu pun tak tau bila nak pakai. Abah beli necktie and wallet. Yang tak beli apa2 adalah Ummi. YEAY.

Actually,Kami sekeluarga sedang dalam mode berjimat cermat. Nak setlekan hutang yang mana ada. Insya Allah Kalau loan diluluskan, hmm tinggal berapa sen je lagi duit gaji kami lepas tolak bayar rumah... huhuhu,sedih..tak boleh nk shopping2 lagi macam dulu. So, kawan-kawan jangan marah ye kalau ajak saya pegi mana-mana kalau saya tak nak ikut atau pegi mana-mana saya tak beli apa-apa.

2 comments:

Nrfadlh said...

cekal gila bwk baby pi sales metrojaya tu. i yg lepas punye sales ada pergi tp yg baru2 ni xpi pun. xde bajet.

Raudhah anje said...

agak cekal la jugak. lagipun pegi ramai2 dgn mertua+adik ipar. Ada jugak orang nak tolong tengok anak sementara saya pilih2 barang..hehehe