CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Sunday, November 27, 2011

Pointo de

1.yo yo yo but
Pada suatu hari selepas mengambil Yaya Dari pengasuh, asyik la menyebut yo yo yo but. Hairan jugak, ape benda la yang disebut si Yaya ni. Tak penah ajar pun perkataan yang iras2 yo yo yo but. Yaya belajar Dari sepupu die kot or tengok cerita apa2 kat TV. Tapi ceritaapa? Misteri betul....lama jugak si Yaya duk sebut perkataan tu setiap hari hinggalah Pada suatu hari nan indah....nazo wo toketa( mystery solved)...rupanya si Yaya menyanyi lagu kanak - kanak " row row row your boat" yang ada dalam ipad die. Dah lama sebenarnya takbuka lagu tu kat rumah. hahaha tetiba hari tu teringat nak buka dan Yaya pun nyanyi la yo yo yo but

2. Dah mask 36 minggu usia kandunganku ini...maknanya tak sampai sebulan lagi due date ku. Agak- agak boleh tak dapat sama birthday dengan saya? Kalau ikut tarikh jangka bersalin 21 dis, birthday saya 19 dis. Eiiii ,gerun je bila mengenangkan saat- saat nak melahirkan. Normal or ceaser , dua- dua menggerunkan saya. Lusa( selasa) Ada appointment dekat hospital putrajaya. Tak tau la apa keputusannya. VBAC or caesar. Kita tunggu je la. Last check up kepala baby mengadap ke bawah. Saiz kecil sedikit dari yang sepatutnya tapi still consider normal. Pergerakan sangat aktif sampai sakit- sakit perut. Ada tukang Garu perut Dari dalam.

3. Special Thanks to my dear hubby for the early birthday present...hehehe...penat pusing mid valley cari yang Berkenan di hati. Sudahnya hubby jugak yang pilihkan...

Friday, November 18, 2011

larian kitar semula sempena hari kitar semula







Assalamualaikum kawa-kawan...

Ha, kali ni saya nak promote aktiviti yang tempat kerja  saya bakal anjurkan pada  18 Disember 2011, di Laman 1 Malaysia, Presint 2 Putrajaya. Acara akan bermula pukul 7.30 pagi. Pendaftaran boleh dibuat di laman web www.ppsppa.gov.my
Berapa nak bayar?
 Tak payah susah-susah korek tabung nak bayar pendaftaran. Cuma bawa barangan yang boleh dikitar semula seperti yang dinyatakan dalam gambar di atas dan hantar ke Pejabat Cawangan PPSPPA Putrajaya atau KL atau hantar terus ke Ibu Pejabat PPSPPA  . Senangkan?


Jom ramai-ramai join.Boleh dapat T- shirt yang comel secara percuma dan yang paling best, ada cabutan bertuah yang hadiah utamanya agak grand.   Jom sertai sekarang !






Friday, November 11, 2011

kenapa,kenapa,kenapa

Si kecil Yaya sudah mula menunjukkan ke"curious"annya sekarang ini. Banyak betul soalan yang bermula dengan perkataan 'kenapa' diajukan setiap hari....dan berpeluh jugak si emak nak memikirkan jawapan yang simple dan mudah difahami oleh si anak. Kadang-kadang tu soalan yang ditanya adalah soalan yang sama yang ditanya sebentar tadi or semalam.Kena ulang balik jawapan yang sama. Sabar melayan karenah si anak macam dalam iklan burung tiung tu. Kalau yang ulang tanya tu  bapak si anak, memang dah kena perli dah. Nampak sangatlah tak pay attention apa yang kite cakap kan. Baru kejap tadi orang bagi tau boleh pulak die tanya balik pasal benda tu.


Dan si Yaya jugak dah tak sabar nak pergi sekolah. Siap suruh beli beg baru nak bawak pergi sekolah katanya. Jangan sekarang awak sibuk nak sekolah nanti bila dah betul2 cukup umur nak ke sekolah, awak tak nak pergi sekolah pulak.


Teringat pulak masa saya kecil-kecil dulu. Rajin jugak bertanya kat my parents. hihihi. Kenapa itu, kenapa ini. 





Monday, October 31, 2011

M2M

Ingat tak dulu masa zaman muda mudi ada satu duet penyanyi wanita nama M2M. Ala yang famous dgn lagu pretty boy tu. Hehe. Well kat dalam family kami pun ada duet M2M. Maisarah n Maisarah. Kalau tengok muka macam adik beradik tapi sebenarnya Mereke ni dua pupu. Lahir tahun yang sama beza umur tiga bulan je. Maisarah tudung pink lahir dulu baru maisarah baju kuning lahir. Saiz fizikal pun lebih kurang sama besar je. Parent kedua-dua mempelai pun umur sebaya. Suka sangat posing si yaya ni sebenarnya....dalam ipad tu penuh dengan gambar die je....die snap sendiri hokey...macam-macam gaya ada...hehehe....pantang orang pegang hp mesti die suruh ambik gambar die...hehehe
pose special from aiman n yaya

Saturday, October 15, 2011

Big bad wolf

Buku-buku yang sempat disambar di warehouse sale big bad wolf, maeps, serdang. Sangat banyak okeh buku disitu. Disebabkan tengah kejar masa, tak dapat nak lama2 disitu. Semua murah2. Novel satu rm 8. Buku-buku resepi pun banyak. Tapi cek tak minat masak, so tak perlu beli. Novel je yang cek gila. Dulu masa belajar kumpul koleksi princess diaries n sidney shieldon punya novel. Tapi bila dah ada anak ni tak sanggup cek nak beli novel sebijik harga rm 30 lebih. Baik beli diapers anak .


Ni boleh dijadikan stok bahan bacaan waktu cuti bersalin nanti. Harap2 ada lah masa nak menghabiskan semua ni. Dulu masa pantangkan yaya memang byk free time, tapi kali ni tak tahu lah.
Tapi buku yang sesuai untuk yaya jumpa 2 je. Puas pusing2 kat bahagian buku kanak-kanak. Tak banyak activity book yang menarik dan best. Banyak buku cerita budak2 je. Bukan main seronok lagi Cik Yaya dapat buku baru. Thanks to fadh for making a blogpost on this books sale. Kalau tak mmg tak tahu la pasal bende ni.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 13, 2011

Budak bertuah

Kesian bear. Dulu duduk dalam globe salji, sekarang dah jadi musim kemarau kering kontang. Snow globe kenangan pemberian pakwe saya sekelip mata hancur berderai dikerjakan cik Yaya. Penat ummi jaga selama bertahun-tahun, bungkus elok2 bawak masuk kontena naik kapal laut, sudahnya pecah jugak .


Sayang nak buang semua, just buang kaca tajam, lagi pun still boleh main music " you're my sunshine, my only sunshine, you make me happy when skies are blue, you never know dear how much I love you, please don't take my sunshine away"


*Terpengaruh dgn citer korea my girl
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 26, 2011

janji tinggal janji

Last week punya check-up baby, doc cuba scan muka nak tengok macam mana rupa si tecik kat dalam tu...ikut muka mak ke muka abah..unfortunately baby tutup pulak muka dengan kedua-dua tangannya...tak dapat lah nengok.maybe next time.... Ambil sample darah and wait for the result.


As for Cik Yaya, setakat umur 2 tahun 3 bulan ni, berat 13.6 kg. Tinggi 90 cm (ni ukur sendiri kat rumah) Rambut dah panjang melepasi bahu. Geram je dengan rambut die tu.  NAsib baik sekarang dah kasi orang ikat rambut die. Tuan punya rambut pun dah rimas agaknye rambut asyik masuk dalam mulut je... Ragam dah makin kurang, ikut mood Yaya. Kalau mood baik OK sikit, boleh tinggal die dengan abah sementara ummi buat kerja rumah. Kena time mood tak baik, memang tak boleh tinggal langsung, sikit-sikit nangis.Tapi bab mintak didukung still tak berubah.  Tak nak orang lain dukung pulak tu, nak ummi jugak yang dukung...  Dah pujuk-pujuk pun tak jalan jugak.


Lagi satu, jangan cuba-cuba buat janji dengan yaya kalau rasa tak bersungguh nak tunaikan...Yaya akan tuntut sampai die dapat bende tu...hahaha...selagi tak dapat, selagi tu la die sebut...




Gambar raya tahun ini di Kelantan...Yaya tutup mata lah pulak..hehehe

Wednesday, September 14, 2011

Zaman dah berubah

Budak2 zaman sekarang...barang rege ribu-riban jd mainan die....
Kite dulu main brick game RM 10  je....
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 5, 2011

will be busy

pejam celik pejam celik dah masuk 6 bulan rupanya si kenit kat dalam nih...cepat je rasa masa berlalu mungkin sebab sibuk melayan ragam si kakak yang tak habis-habis minta didukung dan di riba. Meragam nak cerdik agaknya...Yaya sekarang suka bermain berlakon main masak- masak ,makan-makan , rumah-rumah , mandi-manda dan macam-macam lagi la...Ummi ngan abah pun kena berlakon jugak layan  imaginasi die tu.


Nampaknya Kena bukak balik bungkusan-bungkusan barang lama Yaya untuk check inventori sedia ada dan buat list barang-barang yang perlu di beli untuk top-up barang-barang sedia ada dan barang-barang yang tak sempat dibeli masa Yaya dulu.

Baby sangat aktif siang malam pagi petang ada je rasa die gerak-gerak...tidur buas macam Yaya jugak kot tu yang asyik rasa die gerak walhal die sedang tidur sebenarnya. Ada kawan -kawan sepejabat yang baru tahu rupanya saya mengandung setelah terlihat bonjolan perut saya itupun sebab hari tu saya pakai baju kurung moden yang sedikit sendat dibahagian pinggang....hehehe...tunggu la dah masuk 7 bulan nanti, mesti mendadak perut membesar.

And Another important thing to do before due date is, shopping for our new home...pening jugak nih...bukan pening nak pilih barang, tapi pening nak cari barang yang mengikut bajet kami yang tak seberapa ini. Jangkaan siap rumah awal tahun depan so kena prepare apa yang patut dan penting untuk rumah baru sebelum kena kurung dalam rumah 40 hari...Design kabinet dapur, lampu-lampi, langsir-langsuir dan perabot tambahan kena la pilih dulu, Nak biar en hubby pilihkan semua kang ada yang tak puas hati pulakkan.

ps ily: agak frust bila balik Kelanatan sebab dapat tahu ada seorang baby baru telah diberi nama sebijik sejiban dengan nama yang kitorang cadang untuk letak pada bakal adik Yaya...kena browse balik list nama lah nampak gayanya.huuuuuu

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Ada lagi 2 hari untuk bekerja sebelum aku mula bercuti raya....mood nak keje pun dah takde...
Kepada kawan-kawan yang akan travel jauh-jauh balik kampung, hati-hati di jalan raya...yang jadi penumpang tu, ingat-ingatkan jugak pada driver.

Kami tahun ni travel balik kelantan... bila mengenangkan tempoh masa yang akan diambil untuk sampai ke Kelantan, lemah je rasa. Jarak tak de la jauh sangat, tapi keadaan jalan yang tidak memuaskan tu lah yang buatkan masa perjalanan jadi lama. Yang tak bestnya bila travel ke pantai timur ni adalah jalan yang bengkang bengkok dan berlubang sana- sini...nak tidur nyenyak pun susah...kejap teleng ke kiri, kejap teleng ke kanan..belum campur gegaran-gegaran bila lalu atas jalan yang berlubang dan tak rata....Nak baca majalah or taip sms pun tak boleh sebab pening asyik terhuyung-hayang dalam kereta. Agak-agak esok bila Yaya dah besar sikit mesti die asyik tanya bila nak sampai macam ummi die masa first time balik Kelantan.

Anyway, nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, August 22, 2011

3rd time

Last Friday adalah antenatal check-up kali yang ke-3....Saya check-up di klinik swasta ( malas nak menunggu giliran punya fasal) tapi bersalin di Hospital Kerajaan. Dah nama pun suami-isteri kerja gomen, maka tiada syarikat insurans yang nak tolong bayar bil hospital bersalin jika bersalinkan anak-anak kami di klinik/hospital swasta. Apa- apa pun servis di hospital kerajaan tetap memuaskan dan yang pasti kelengkapan di hospital kerajaan adalah yang paling lengkap. Siap 2-3 kali nurse datang rumah masa pantang untuk check baby dan ibu....

Berbalik kepada cerita check-up tadi, Check-up di klinik swasta tak sama macam di klinik kerajaan... Cuma ambil sampel air kencing, berat dan tekanan darah , then tunggu turn masuk jumpa doktor untuk scan bayi di dalam kandungan. Untuk kali ni pun masih prosedur yang sama. Tekanan darah dan sampel air kencing pun OK, Berat naik 1 kg...ayoyo, bulan puasa pun naik berat jugakkah...rasa macam tak makan banyak seperti hari biasa. Melalui ujian ultrasound , doktor beritahu semuanya ok. Jantung OK, Buah pinggang OK, tangan, kaki, kepala semuanya OK dan mengikut perkembangan yang sepatutnya. Alhamdulillah...Cuma muka tak dapat nak tengok sebab baby menghadap ke bawah.

Next month appointment untuk ambil darah dan scan 4D mungkin...owh, cucuk Tetanus pun belum.


Terus terang saya tak pernah minum air gula yang digembar-gemburkan sangat 'sedap' rasanya. ukur tinggi rahim dll pun saya tak paham ape... dengar orang duk cerita je. Walau apa pun perbezaannya (dah macam iklan), yang penting bayi yang dilahirkan sihat dan selamat... :))

Ada Sape-sape yang pernah ke kelas antenatal? Perlukah saya pergi kelas antenatal?

Thursday, August 18, 2011

tak lama lagi

Sedar-tak sedar dah lebih separuh bulan kita puasa....bulan yang menguji kesabaran dan keimanan umat Islam... dan kesabaran saya memang sangat teruji lah bulan puasa kali ni...Walaupun dah tak breastfeed my dotter, kena melayan ragam orang nak dapat adik pulak. Sabar je la..Ada jugak kawan-kawan yang baru melahirkan anak sebelum atau di awal bulan Ramadhan...Sabar lah ye kawan-kawan...telan air liur je lah tengok orang makan ketupat rendang.....hihihi jangan mare...

Tak lupa jugak kawan-kawan yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan. Musim orang kawen akan bermula kembali setelah berehat seketika selama sebulan. Ye lah, masa ni la senang nak kumpul sanak-saudara untuk rombongan pengantin.Selamat menempuh alam perkahwinan yang indah tapi penuh cabaran..

lagu-lagu raya pun dah mula berkumandang kat corong radio...bukan setakat radio, corong-corong speaker opismateku pun dah mula berbunyi lagu raya. So, Macam mana persiapan raya kawan-kawan? Sofa raya? langsir raya ? lampu raya?Baju raya, kuih raya, kerepek raya confirm dah ready punya...tunggu nak rasmi pada hari raya je kan...Tapi kuih raya mesti ada yang dah rasmi dulu kan...konon nak rasa, tengok-tengok dah tinggal separuh bekas....terpaksa top-up pulak kuih raya. Tunggu hujung bulan ni eh, banyak nak lelong kuih raya tu....

Citer pasal raya ni yang paling happy tentulah budak-budak...masa ni la dapat bonus lebih....ada yang dah siap plan nak beli apa dengan duit raya yang terkumpul...Since yaya masih kecil belum reti nak ngidam apa-apa, duit raya Yaya yang terkumpul kami simpan dalam akaun Tabung Haji cik Yaya, untuk simpanan masa depan.

Persiapan raya kami tahun ni ala kadar aje. Macam tahun-tahun lepas jugak. Baju raya, kuih raya dan duit raya je. Dah jadi lumrah warga kota,minggu 1 st raya bukan ada di rumah pun, semua pakat balik kampung. Hai, Entah muat ke tak nak sarung baju kurung yang dah dibeli dan ditempah.
Kawan-kawan jemput la datang ke rumah ye. Inform dulu takut sampai-sampai tengok rumah macam tongkang pecah...hihihi

Monday, August 15, 2011

Alhamdulillah

Nampaknya kuasa miracle yang diharap-harapkan telah berlaku....kami dah boleh mohon cuti raya. Walaupun terpaksa bergilir-gilir ganti untuk jaga opis, tapi at least dapatla sambung cuti dengan weekend. Boleh la balik kampung lama sikit bagi yang kampung jauh-jauh....Baru la semangat sikit nak cuti raya. wiiiii...

Alhamdulillah lagi sekali sebab PM dah umum bonus separuh bulan gaji untuk kakitangan awam. (padahal orang lain dapat bonus berbulan-bulan punya gaji) Dah dapat dah pun bonusnya. walaupun separuh bulan, kira OK la daripada tak ada langsung.

Walaupun sedang berbadan dua, tetap cuba untuk puasa penuh tahun ini.... Walaupun Kadang-kadang tu, waktu petang je setat la pening kepala rasa nak muntah sebab dah masuk angin, cuba jugak bertahan sampai waktu berbuka. Little baby is active inside there...suka main futsal especially pagi-pagi waktu on the way nak pegi keje...jenuh tahan nak buang air kecil dalam kereta...


PS ILU: Tak perlu jual or agih-agihkan baju Yaya :P

Friday, August 12, 2011

pheww

minggu ini minggu yang memenatkan buat kami sekeluarga... sabtu dan ahad berada di Taiping kampung halaman ku. Agak kuciwa tak dapat makan cendol mamak yang sedap tu...Dari hari sampai Taiping hingga ke hari nak bertolak balik cari2 mamak jual cendol sedap tapi hampa...Ingat nak tapau bawak balik Putrajaya sebagai habuan berbuka puasa. Waktu malam pun tak dapat bersiar-siar mengisi perut kat bandar Taiping yang terkenal dengan makanan yang best dan MURAH kerana menemani cik Yaya yang dah penat mengantuk nak tidur.

Hari Isnin cuti rehat

Selasa masuk kerja.

Hari Rabu pulak bergegas pulang ke Kota bharu Kelantan untuk melawat datuk encik suami yang dilaporkan sakit di HUSM...Pagi-pagi lepas sahur terus siap-siap packing barang, angkat cik Yaya masuk kereta. Tak perlu dikejut, nanti bikin kecoh pulak pagi-pagi buta, Ummi die nak sambung tidur dalam kereta. Sampai di Kota Bharu dalam pukul 1 petang. Singgah di HUSM, then terus ke rumah atuk Tok Ayah di Kg. Belukar untuk merehatkan diri sambil tunggu waktu berbuka.

Hari kHamis, bertolak pulang ke Putrajaya. huh, punya la jauh travel minggu ni. Yaya pun sampai naik bosan duduk dalam kereta. Camner la nak balik raya nanti. Paling kesian en. driver la...kami yang bertindak sebagai penumpang ni boleh terlelap-lelap lagi dalam kereta.

Hari Jumaat masuk opis, setelkan kerja yang mana tertangguh.

Sabtu dan Ahad ini....tidur puas-puas.

Friday, August 5, 2011

adoiii

hari ni sampai ke pejabat lewat...si anak kecil pagi-pagi dh meragam... well, bukan baru pagi ni je meragam, malam semalam, kelmarin, kelmarin dulu, minggu lepas, bulan lepas, 2-3 bulan lepas lagi dh meragam. Ni mesti sebab nak dapat adik. Asyik nak berdukung , beriba je kat rumah. Abah die nak ambik tak nak pulak. Nak patah pinggang dukung yaya. Kalau kat rumah tu tak boleh nak bergerak ke mana. Dah pesan dah tak payah ikut, nak pegi dapur kejap je letak botol susu , alih-alih tengok yaya dah sampai dapur. Pastu mintak di dukung...memang menguji kesabaran...
Dah survey-survey, rupanya memang ragam si anak sulung macam tu masa ibu tengah pregnantkan adik no-2. Ada pulak yang cakap nanti dah nak dekat bersalin lagi teruk ragam si sulung...adoiiii...

Wednesday, August 3, 2011

ummi? Abah?

Yaya : Ummi? ummi? ( mata still pejam)

Ummi: ye, ummi ada sini (sambil tepuk badan yaya)

Yaya: Abah? abah?

Ummi: Abah ada kat sebelah ni

Yaya: (sambung tidur)

Itulah ungkapan yang selalu keluar dari mulut comel si yaya comel tiap kali terjaga dari tidur or bangun dari tidur. ye, ummi tau yaya sayang Ummi & Abah. Ummi n abah loves you too.

P/s ILU: sedih baca cerita kat forum susuibu.com topik cara atasi sifat marah pada anak...ada yg sampai pukul anak dgn benda. Harap saya dpt kawal emosi dan tak sampai buat macam tu. Insya Allah.

Tuesday, August 2, 2011

bukan monyet tapi monkey

alhamdulillah. Dah setel shopping baju raya kami sefamily walaupun cuti rayaku dibekukan disebabkan Akta 672 yang akan dikuatkuasa pada 1 september 2011. (menci,menci,menci) Sedang mengharapkan kuasa miracle yang dapat mengubah takdir kami sepejabat.

Hari pertama shopping raya (Sabtu), pukul 900 pagi dah keluar rumah lepas tinggal Cik Yaya kat rumah tok ma die. Sampai kat area jalan TAR dalam pukul 930 pagi. Panjang giler beratur kat simpang nak masuk Jalan TAR. Kebetulan gaji baru masuk dan minggu last sebelum mula puasa. Memang ramai la shopping raya. Nak dekat sejam la jugak nak sampai ke tempat parking yang jaraknya tak sampai 1 km... Pukul 10.30 pagi baru dpt parking kereta. Tujuan asal shopping raya nak beli baju gaun yaya dan baju melayu abah yaya dan seluar pregnant ummi...

Sampai-sampai depan pintu Sogo tu dah pelik, apa hal ada barisan depan Sogo nih? Pintu masuk satu je yang bukak, yang lain kunci.. Pastu nampak khemah untuk pendaftaran sogo card membership. Dengan yakinnya cakap kat hubby tak payah la register, bukan selalu nak shopping kat sogo pun. Kami pun beratur untuk masuk. First time masuk Sogo kena beratur. Tak tahu sebenarnya sale hari tu hanya untuk sogo card member dan maybankCreditcard. Mujur ada kredit card maybank...boleh la kami membolosi pintu masuk Sogo tu. ... Masuk-masuk dalam tengok, humangai, ramai giler orang. Nak naik escalator sekali lagi kena beratur. Memang tak tuju tempat lain dah, terus naik tingkat tempat barangan budak. Kebetulan maternity wear pun kat tingkat sama. Malas nak join orang ramai rebut-rebut kat longgokan baju-baju yang bertimbun-timbun. Ambik baju yang gantung-gantung dekat rak je. Dapat la sambar gaun cik yaya 2 helai , skirt dan jeans. Seluar pregnant pun dapat 2 helai.

Mujur tak bawak Yaya. Nak bergerak dalam Sogo tu pun susah kena berhimpit-himpit. Tengok orang borong baju berbakul-bakul. Tapi memang murah dan sale giler-giler...Seronok tengok suasana yang jarang-jarang dapat jumpa. Lepas bayar barang-barang terus keluar. Tak perlu nak round-round buang masa dalam Sogo lagi.

Tuju pulak ke jalan masjid india nak cari baju melayu abah yaya. Ada orang tu mengidam nak baju melayu jenama BAK ....2 jam kot round- round kat situ. 2-3 kali ulang masuk kedai yang sama. Last-last tak beli pun baju nyer. Ada kaler , tak de saiz, ada kaler ada saiz, material kain pulak tak berkenan... Orang yang nak pakai tu la tak berkenan, saya OK kan aje apa-apa yang die berkenan.

Alkisahnya, terlupa nak ambil baju kurung saya dan yaya yang ditempah dari tukang jahit #$%^&* sebelum ke masjid India tu. Lepas balik dari Masjid india baru pergi ambil baju tempahan.. sekali tengok-tengok, tukang jahit tu salah jahit baju saya dan yaya, habis rosak kain aku 6 meter. dah bising-bising kat tukang jahit tu, last-last die kata tak payah bayar upah jahit sebab die dah rosakkan kain. Mujur tak beli lagi baju melayu ikut warna tema kami tahun ni (warna X).

Sudahnya hari Isnin lagi sekali menapak ke Jalan MAsjid India, beli terus 3 pasang baju siap dengan warna tema lain (WArna Y) daripada apa yang telah didecide sebelum ini (Warna X) . Terpaksa tukar sebab susah nak cari baju yang ada 3-3 saiz ikut warna tema yang telah dipilih untuk tahun ini.. semua angkara tukang jahit, kalau tak elok-elok ja boleh beli sepasang baju melayu dah cukup, Ni dah kena tambah pulak baju kurung saya dan Yaya . RUGI TAU TAK....Eiiii gerammmmm



P/S ILU: Hari tu masa tengok TV ada keluar gambar monyet, Ummi cakap kat Yaya tu Monkey, Abah pulak cakap tu Monyet. Yaya balas, "bukan monyet, monkey la"

Wednesday, July 13, 2011

.....

sakit belakang telah mula menyerang...arghhh nasib baik masih mampu tidur lena walaupun sesekali dikejutkan oleh rengekan cik Yaya...
Tak tau la macam mana bila perut dh semakin membesar...Mesti lagi susah nk tidur lena.

Bestnye kalau dapat bantal ni




Tapi bila tengok regenye
Humangai
RM 300 lebih...
Tak bleh jual murah sikit ke?
Upah orang tolong jahitkan boleh tak?
Tp macam bulky sgt lah pulak kan kalo letak bantal ni atas katil
Menyemak je atas katil yang dah sedia semak

Tuesday, July 5, 2011

trivia

Since belum tau jantina baby, nak cuba buat kuiz kat bawah ni. Yang dah tau pun nak cuba buat jugak apa salahnya...Mari beramai-ramai jawab soalan-soalan di bawah...Dapat dari website seorang jururawat@ bidan berpengalaman.




Tanda bayi lelaki


1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung - Ya
2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit-
Tidak
3. Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh - Tidak pasti
4. Perut anda kelihatan bulat sempurna -
Tidak pasti
5. Bahagian aereola akan menjadi lebih gelap - Tidak pasti
6. Bentuk perut condong kearah bawah - Tidak
7. sukakan makanan yang masam dan masin - Kureng...so Tidak
8. Suka makan daging dan keju - Tidak
9. Tapak kaki selalu berasa sejuk - Tidak
10. Tangan selalu kekeringan - Tidak
11. Suka menghadapkan wajah ke Utara semasa tidur - Tidak pasti...kalau tidur kat katil saya boleh ngadap timur-barat je...
12. Bukan hanya anda , tetapi suami juga bertambah berat badannya - Tidak pasti
13. Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil - Tidak pasti
14. Hidung tampak lebih mekar -Tidak pasti
15. Selalu sakit kepala - Tidak

Ya - 1 , Tidak- 7 , Tidak pasti -7

Tanda bayi perempuan

1. Mengalami morning sickness di awal kehamilan -
Tidak
2. Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung - Ya
3. Payudara kiri lebih besar berbanding kanan-
Tidak pasti
4. Rambut anda berwarna kemerahan daripada sebelumnya - Tidak pasti
5. Bentuk perut condong ke arah atas - Tidak pasti... perut masih kecil dan tak reti tengok bentuk perut sebenarnya
6. Perut tampak agak lonjong - Tidak pasti... perut masih kecil dan tak reti tengok bentuk perut sebenarnya
7. Mengidam makanan yang manis- Ya
8. Sukakan buah-buahan - Agak suka...so Ya
9. Suka minum air atau jus yang bersifat masam - YA
10. Anda lebih cerewet semasa hamil - Tidak pasti...encik suami sila jawab
11. Mudah moody berbanding sebelumnya- erk...YA
12. Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil - Belum lagi kot...so Tidak pasti
13. Tidak suka makan roti bersama kulitnya - Tidak
14. Payudara kelihatan mengembang - Awwww...Tidak pasti
15. Suka mengadapkan wajah ke selatan semasa tidur - Tidak pasti...suka mengiring ke kiri ada la

Ya - 5 , Tidak- 2 , Tidak pasti - 8

Sumber di sini

P/S I Love You: Apa-apa pun, tak kisah boy or girl. Terima sajalah pemberian Tuhan. Life is unexpected.

Monday, July 4, 2011

doki-doki

lagi 2 minggu untuk next check-up. Harap-harap boleh tau gender awal macam yaya dulu, seawal usia kandungan 4 bln dah tau akan dapat baby girl. Daripada simptom-simptom yang berlaku sepanjang pregnant kali ini, rasa-rasanya macam pregnant kan baby ..........

Gambar perut belum boleh tayang kerana baby bump masih kecil. Waktu tak pakai baju baru nampak. Tapi perut dah gatal-gatal akibat regangan.



P/s I Love you: sedang berkira-kira apa nak buat dengan baju-baju cik Yaya yang bertimbun dalam almari jika jantina berlawanan. Nak bagi kat orang rasa sayang sebab comel-comel sangat. Nak simpan untuk generasi seterusnya, lama sangat pulak. Ada yang baru pakai sekali je lepas tu dah bungkus.

Wednesday, June 29, 2011

tak tau nak letak tajuk apa

Alhamdulillah , my sweetheart dah selamat pulang ke malaysia setelah 2 minggu berkursus di UK. Banyak betul ole-ole yang dibawa pulang untuk kami berdua. yang paling banyak sekali dapat ole-ole tentulah si Yaya...Tapi ummi punya walaupun kuantiti sedikit tapi nilainya lebih sikit...huhuhu kira fair and square lah kan...Barang branded kat sana sungguh murah dan berkualiti. Yang tak berapa branded pun still berkualiti jugak. Kalau Kat sini, harga mahal pun belum tentu ada kualiti....huh mencik

Walaupun baru 2 minggu berdua-duaan dengan Yaya, dah terasa agak stress. Bukannya apa, terasa sangat sukar bila nak pegi membeli barang keperluan or keluar berjalan-jalan menghilangkan keboringan di rumah. Even kat rumah pun, terpaksa memasak sambil dukung Yaya sambil mulut duk pesan 'tangan tu duk diam-diam jangan pegang apa-apa'. This curious lil munchkin ni semua benda die nak tengok, nak tahu. Ditambah pulak dengan jisim badan Yaya yang agak besar, rasa nak patah tangan dan pinggang dukung die. Mujur la Yaya tak demam or lelah sepanjang tempoh 2 minggu tu.Kalau tak, lagi haru dibuatnya..hurm,Macam mana la esok bila dah ada 2 anak...




Ummi, jom jalan-jalan



Ummi, dah bosan...jom pegi playground pulak.






Main-main kat playground dululah sementara tunggu abah sampai rumah.

Tocang di kepala tu, sampai je rumah terus bising suruh bukak. Actually masa kat playground lagi dah cakap nak bukak, tapi ummi pujuk suruh tunggu abah balik. Last-last tak sempat abah balik dah bukak.

pesanan penaja: Terima kasih hubby! Lepas ni bawak kami pegi jalan-jalan kat UK pulak k....

Monday, June 20, 2011

2nd

Dh masuk 2nd trimester...belum ada muntah2 or pening2 walau sekalipun...hmm, mungkin tak akan ada. Masa mengandungkan yaya dulu ada la jugak 1-2 kali teruwek...itupun rasanya sbb perut kosong banyak makan angin. Rasanya macam tak pregnant pun ada...makan sumer OK , bak kata orang tolak batu ngan kayu je...kadang -kadang je selera nk makan nasik tu tak berapa ada... Sindrom mulut ku rasa pahit pun tiada...Baby bump masih kecik lagi... Penat tu biasa la, semua orang yang pregnant penat lain macam dari biasa.


Agaknye pregnant kali ni sibuk melayan ragam Cik Yaya yang nk abiskan saki baki manja die tu sebelum adik keluar kot sampai tak sempat nak pay attention pada perkara lain. Seriously, kuat bebenor ragam Yaya ditambah pulak belum berhenti BF sepenuhnya....Dah la abahnye takde 2 minggu kursus ke luar negara...Nak pegi tido MIL rasa tak selesa la pulak. Eden tak boleh tinggal tilam vono eden lama2, mula la sakit belakang.


Rasa bersalah pun ada tak berapa beria-ia macam mengandungkan Yaya dulu..


Friday, June 17, 2011

...

Hari ini buat kesekian kalinya pergi check-up lagi di pusat rawatan mesra , seri kembangan. Baru bukak buku merah. usia kandungan lebih kurang 13 weeks. Alhamdulillah semuanya OK. Nampak tangan and kaki baby sedang develop. Dan CYST yang didetect masa scan last month pun dah tiada. Risau mak bila doktor cakap kalau cyst ni tak mengecut dan makin membesar kena operate untuk buang cyst itu. Pastu doktor sambung lagi, ' nanti dah masuk 7 bulan saya akan buat surat untuk rujuk ke hospital sebab awak operate first baby...' uhuhuhu bila ingat part nak deliver ni yang mak gerun ni...eiiii takuttt...normal ke operate ke dua-dua aku ngeri okeh.

Masih ingat lagi masa mula-mula dapat tau diri ini pregnant lagi, perkara pertama yang terdetik dalam kepala adalah ' boleh ke aku sayang baby ni macam aku sayang Yaya?' Insya Allah boleh kan..




Akhir kata, jom layan gambar Cik Yaya sedang solat tapi mata tengok ke TV. sejadah pun terbalik daaa





Bismillahirrahmanirrahim
.....
.....
AMINNNNN





Allahu Akbar

Thursday, June 9, 2011

D.U.A.

Semalam genap lah usia Yaya 2 tahun. Birthday party mungkin lambat sikit. Buat bersekali dengan sepupu Yaya, Izzah yang baru nak masuk 1 tahun dan bakal pindah ke rumah baru tak lama lagi...mungkin time kenduri masuk rumah boleh tumpang sekaki celebrate birthday Yaya & Izzah. Almaklumlah, semenjak ada isi dalam perut ni....kerap sangat diserang rasa malas dan letih. Rumah pun tak larat kemas, nak organize birthday party macam mana kan. Hadiah pun tunggu abah balik dari UK lah ye.

10 Cerita tentang tuan puteri yang baru 2 tahun jagung ni:

1. Sedang belajar bercakap, masih pelat-pelat lagi. Orang yg tak biasa, susah nk faham rasanya. Kat rumah tu potpetpotpet tanya tu tanya ni, tapi bila depan orang tak kenal malu-malu nak cakap.

2. dah boleh naik, turun tangga sendiri. Tapi bodyguard (aku ler tu) still follow belakang die takut jatuh.

3. Dah banyak bende yang die kenal...Gambar-gambar flash card banyak yg die boleh teka dengan betul...kadang-kadang ada konpius sikit helikopter dengan kapal terbang. Nampak kolam air/tasik/sungai, die cakap fish.

4. Hero kegemaran masih tak berubah...Mr. Bean. Siap ngigau bila tak dapat tgk Mr. Bean satu hari. kartun lain yang die minat adalah Pororo. Lain-lain tak layan

5. Dah tak setembam dulu. berat pun naik sikit-sikit je.

6. Rambut dh panjang tapi Ummi nak ikat tak bagi...Kalau orang lain ikatkan rambut die tak bising pulak.

7. Abah cakap Yaya hantu air. Memang kuat minum air, bagi air segelas kejap je die habiskan. Kalau order air kat kedai makan tu, makanan tak sampai lagi air dah habis die minum.

8. Tak suka pakai baju kat rumah, ish3x, menurun sape la ni ek?

9. Semua bende nak buat sendiri...pakai baju sendiri, pakai pampers sendiri, masuk kereta sendiri, buat susu sendiri, panjat jongkang jongket sendiri, siap marah kalau orang nk tolong buatkan. tapi kemas mainan tak nak pulak buat sendiri.

10. Last but not least,Bakal dapat adik tak lama lagi....wuwuwuwu...jgn jeles kalau adik sama birthday ngn ummi.

Wednesday, June 1, 2011

benarkah kanak-kanak selalu cakap jujur?

"Tikk miii"( cantik ummi)
kata seorang gadis kepada ibunya setiap kali melihat ibunya mencuba pakaian atau tudung yang baru dibeli sambil belek-belek depan cermin.


Mungkin juga maksud si gadis baju/tudung yang dipakai ibunya itu cantik tetapi bukannya ibu nampak cantik bila pakai baju/tudung itu.

amboi-amboi, bukan main manis lagi mulut awak ye. awak ingat awak puji ummi tu, ummi akan belikan awak lolipop setiap hari supaya mulut awak bertambah manis.
huh, jangan harap lah.

Monday, May 23, 2011

just not yet

hmmm...Just found this article on duniasusuibu.com tentang cara2 untuk weaning off...

Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan.

  1. Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
  2. Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
  3. Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
  4. Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
  5. Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
  6. Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt, fresh juice dan lain-lain
  7. Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa
dan sangat bersetuju dengan point yang ke-4....Untuk waktu siang telah berjaya memujuk Yaya minum susu formula ( Nak bagi freshmilk tapi susah nak dapat bekalan freshmilk yang kualitinya dijaga dengan baik kat kawasan tempat tinggal saya) . Cuma waktu malam, aduyai susahnye. waktu nak tidur tu boleh lagi pujuk2 suruh Yaya tidur sendiri. Tapi waktu Yaya bangun malam tu yang susah. Tak bagi kang melalak tengah malam buta.

Tak pe la Yaya. Ummi tau memang susah Yaya nak terima perubahan ni.Kite cuba pelan-pelan ye sayang.

P/s: Tak mahu buat tandem nursing

Thursday, May 19, 2011

hati-hati

Melalui statistik pengunjung belog saya ini, saya dapati keyword yang paling famous sekali adalah milk booster. Ye saya akui memang saya ada ambil milk booster iaitu PIL Asi kemudiannya fenugreek dan multivitamin untuk meningkatkan produktiviti susu ibu suatu ketika dulu. Tetapi perlu dingatkan kepada ibu2 yang sedang dan akan menyusui anak, jangan kerana terlalu ghairah nak tingkatkan production susu ibu sampai asal ada dengar bende yang boleh tambah susu korang ambil.

Terutamanya ubat-ubatan atau herba. Herba walaupun baik untuk kesihatan dan dah digunakan turun temurun sejak zaman tok nenek moyang kita, tetap ada kesan sampingan. Sama jugak dengan ubat-ubatan moden. Kalau diambil dengan dos yang banyak tentu akan beri kesan pada sistem tubuh kita. Tak payah cerita ubat-ubatan la, even makanan yang kita makan setiap hari pun kalau diambil terlalu banyak pasti akan beri kesan buruk pada tubuh.

Walaupun saya ada ambil pil herba, tapi saya tak makan ikut saranan si pembuat produk itu. Contohnya pil asi, ikut arahan kena makan 3 kali sehari tapi saya makan 1 kali sehari. Kesan penambahan penghasilan susu tetap ada. Mungkin kalau makan ikut aturan lagi banyak la kot.

Tapi pada saya, herba dan ubatan tak memberi kesan yang sangat besar kepada saya dalam penyusuan susu ibu.

Yang penting ibu-ibu yang menyusui anak kena makan on time pagi, tengah hari, petang malam, supper. Dan minum air kosong banyak-banyak. Yang bekerja dan mengepam susu di tempat kerja, pastikan patuh jadual mengepam.

Elakkan stresss kerana stress memberi kesan yang besar pada penghasilan susu. Hormon imbalance pun turut menjadi salah satu sebab susu berkurangan. Ada yang mengaitkan kedatangan Miss P dengan production susu.

Kadang-kadang, bende yang berkesan untuk orang lain tak semestinya beri kesan yang sama pada kita.


OK peeps,caucincau

Wednesday, May 11, 2011

mari membuang masa

Salah satu favourite hobi saya yang membuang masa adalah menonton drama. Walaupun tak berkesempatan nak menonton drama TV3 pukul 3-5 petang tu, atau apa saja drama yang tayang kat TV tu sebab nak tengok TV kena berebut dengan Cik Yaya. Selagi die tak menang pilih channel kesukaan die ( Playhouse or Disney ) selagi tu la menjerit 'Ci Bin' (Mr. Bean) atau Yo (Pororo the Little penguin) atau 'Pin Pin' (Upin Ipin) . Tapi dengan kemajuan teknologi kini, saya mampu menonton drama kegemaran saya kat Youtube. Terima kasih jugak kepada orang yang rajin mengupload vidoe ke dalam Youtube.

Drama yang saya sedang follow sekarang adalah Desperate Housewives. Agak lama jugak dah follow cerita ni, since 2005 tak silap. Dah tengok dari season 1 episode 1 sampai Sekarang dah season 7. Walau pun begitu, saya bukan desperate housewife ye, tapi desperate to be housewife.









owh, dulu masa muda2 zaman belajar dulu saya follow cerita ni.




Download full drama dan burn dalam CD dari season 1 sampai 6 ke 7 macam tu. Watak yang paling saya suka dalam drama ni adalah Piper.

p/s: nama je tengok drama inggeris, english tak pandai2 jugak.

Monday, May 9, 2011

:(

Mulai hari ni saya dengan rasminya tidak lagi membawa gadget yang sangat banyak berjasa kepada saya selama ini, My avent breastpump. Dah bersara dari kegiatan mengepam buat sementara waktu ini... Susu pun dah makin kurang. Sekarang Yaya sedang menghabiskan stok-stok susu yang lama selang seli dengan susu formula.

Cerita bab formula ni, haih baru selesai satu masalah. Nak mencari formula yang diterima anak tekak anak pun susah jugak rupanya. Selama ni asyik minum susu ibu yang sangat tasty dengan macam-macam perisa. Tetiba kena minum susu yang berbau pelik dan rasa sama je tiap kali minum, tentu lah tak lalu si budak tu. Finally Yaya terima jugak proposal ummi n abah untuk diberi minum susu anmum essential. Mahal la sikit, tapi dah yang tu je die boleh minum sampai habis tanpa paksaan, Go on je lah. Tak pe la, Anmum boleh kumpul tab kat scoop susu tu then redeem barang (ayat nak sedapkan hati). Agaknye Masa mengandungkan yaya dulu minum susu anmum kot tu yang die dah biasa rasa susu anmum.

P/s: terpaksa berperang dengan Yaya setiap kali dia minta disusukan....Kesian Yaya.Maafkan Ummi eh, I'm doing this for our own good :(

Tuesday, May 3, 2011

Pondok-pondok

bestnye masa kecik-kecik dulu main tepi bendang, tangkap ikan dalam telaga, cabut pokok ubi tepi tali ayaq. Teringat lagi zaman sekolah dulu.

sekolah pertama saya tadika ABIM Assam Kumbang, Taiping. Umur masa ni 6 tahun.Pegi sekolah naik van. Selalu ponteng sekolah time ni sebab ikut abah outstation. Masa ni abah jaga nothern region (kedah, perlis, Penang). Zaman ni makam mahsuri and telaga air panas tu betul- betul tepi jalan je,kat sebelah ladang getah, sekarang dah jadi kompleks siap bangunan. Tak banyak bende sangat yang saya ingat sebab kecik sgt masa ni.

Sekolah Reandah pertama saya Sekolah Kebangsaan Bagan Serai. Kelas 1 Kuning. Sangat seronok zaman ni. Tak tau ape2 pun. Balik sekolah, makan nasik, pi main rumah kawan sampai embah panggil balik. Masa ni duduk ngn nenek . Darjah 2 pindah sekolah Kebangsaan Long Jaafar Kamunting Taiping Perak. Kat sini sampai darjah 6 . Best jugak sbb ramai kawan n ada yang still contact sampai sekarang. Masa ni rumah kat kampung Tersusun Bukit Jana. Pegi balik sekolah naik bas sekolah. Petang pegi sekolah agama dekat ngn surau dekat rumah. Kenal pulak dengan kawan2 sekolah lain Convent, Methodist. Balik sekolah agama pegi makan ais kepal tak pun ais kacang kat gerai tepi jalan Taman Desa Jana. On the way balik rumah lumba basikal dulu sebelum masing2 balik ke rumah.

Habis darjah 6, sambung sekolah menengah. Dapat offer Sekolah Raja Perempuan Taayah. Sekolah agama kerajaan negeri.Semua student perempuan je kat sini. Ada jugak offer kelas pendidikan khas dari sekolah2 lain, tp sebab Sekolah Taayah lagi baik, ke sana lah saya dihantar. 3 tahun je kat sini.Duk asrama penuh. Daripada fail bahasa Arab sampai lah score A bahasa Arab masa PMR. Masa ni family kat Kuching,Sarawak. So memang jarang abah datang melawat. Cuti sekolah balik rumah embah kat Bagan serai. Form 1 duduk dorm RPBC, form 2 & 3 dormm RBBD. Memang best lah kat sini sebab semua perempuan. Tak payah nak kontrol ayu or cun kat sini. Zaman ni ada Kakak angkat,adik angkat, adik sayang . Hehehe. Kelakar je. I ada 2 kakak angkat, adik angkat pun 2 jugak. Tp dh lost contact. Sedih. Habis PMR bertapa kat Kuching Sarawak. Result PMR pun tau melalui phone je. Dah bukak sekolah baru amik slip result.

Kembali ke sekolah Taayah untuk sebulan, then dapat offer MRSM Jasin Melaka. Kat sini sumer form 4& 5 je. Result PMR tak payah tanya. Semua 8A or 9A. Agak pressure sikit belajar kat sini. Pakai sistem pointer. Nasib lah maintain 3 pointer utk ke 4-4 semester. Yang tak best kat sini ialah , meja saya kat kelas asyik kena conteng je. Buku n stationary pun asyik hilang. Tu yang selalu ponteng kelas tu.

Disebabkan result SPM tak berapa memberangsangkan( tu la kau, banyak main), kena campak nun jauh ke utara kat matriks langkawi. Tepi pantai kolej die. Tough juga belajar kat matriks ni sebenarnya. Petang2 g jalan2 kat pantai release tension sambil beli mknn utk dinner. Tak sempat kenal ramai sgt orang kat sini sebab ada la lebih kurang sebulan kat sini JPA call suruh mendaftar di Ambang Asuhan Jepun, UM. Hikhikhik. Cakap kat embah, dapat g sambung belajar kat jepun. Embah marah. Buat apa nak pi jepun, depa tu jahat serang kita masa perang dulu. Hehehe. 2 tahun jugak la kat AAJ. Hari2 ada kuiz tulisan kanji(japanese character mcm tulisan cina). En hubby pun belajar kat sini jugak tp masa ni masing2 jual mahal tak nak kawan. Padahal duduk sebelah dalm kelas Laila sensei. Abis kelas petang, pegi midvalley. Hari minggu pegi midvalley. Dah hapal dh kedai apa kat midvalley tu . Owh, masa ni family dh pindah balik semenanjung. Sempat la adik yg bongsu tu lahir kat kuching.

Lepas dapat result Monbukagakusho (kena lulus exam ni utk further study ke Nippong) dapat penempatan di Iwate University. Memang saya nak belajar kat U ni sebab ada senior course yg saya amik.Chemical engineering. 4 tahun la kat Iwate ni. Dapat la merasa 4 musim, main ski , snowboard, makan sushi.Ex boyfriend saya pun belajar kat U yang sama. Die amik mekanikal engineering. Dah grad, balik msia bawak balik kereta sebijik dan seorang ex-boipren. Hihihi.

Kecik je dunia ni sebenarnya. Jauh mana pun kite pergi, Pusing-pusing jumpa balik kawan lama, junior sekolah lama, kawan opis saya rupanya kawan kepada kawan sekolah rendah saya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 18, 2011

2-3 hari ni yaya asyik kena marah je..
bukan apa, dh 2-2 degil keras kepala
si anak berdegil nak buat jugak apa yang die nak buat tu,
si ibu pulak berdegil tak nak kasi si anak buat apa yang die nak buat tu.
last2 dua-dua ngamuk
Hai miss P, bila awak nak datang ni...?
Kesian Yaya.

Wednesday, April 13, 2011

weaning off

Sedang mengodek2 topik kat susuibu.com tentang cara-cara untuk memberhentikan anak dari breastfeeding @ weeaning off breastfeeding. Seperti yang saya pernah mention di dalam entry sebelum ini, tak nak gunakan paksaan pada Yaya untuk stopkan dia dari breastfeed.
Biar guna cara halus supaya ibu dan anak tak rasa tension. Si ibu rasa bersalah pada anak, si anak pulak meraung-raung mintak disusukan. Tapi kalau cara halus tak jalan, terpaksa lah tabahkan hati guna cara kasar.huhuhu...

Baru ku tahu rupanya Susuibu.com ada buat kelas tentang weaning off. check tarikh bila next class on weaning off, huh bulan september baru ada. Untuk masa terdekat ni tiada. Banyak kelas BF preparation sahaja. Zannen daa. Baru bercadang nak heret en. hubby sekali bior die belajar jugak dan tahu apa yang perlu die buat untuk membantu.


Daripada artikel yang dimuatnaik dalam website susuibu.com tu antara kaedah untuk weaning off ialah mengurangkan bilangan penyusuan secara berperingkat.

What i do currently is, melengah-lengahkan waktu menyusu dalam erti kata lain, mengurangkan kekerapan menyusu. kalau dulu 1 jam- 1 jam setengah sekali (ni pun cik Yaya yang request) , now 3 jam sekali. Kadang-kadang bila die mintak nak susu, cuba alihkan perhatian die pada benda lain. Lupa la sekejap. kejap lagi ingat balik.

petua yang lain ialah "jangan pelawa dan jangan menolak". jangan offer anak untuk menyusu bila tengok die ralit duk main tak ingat susu. Tapi jangan pulak menolak bila die mintak untuk disusukan.

Selang selikan waktu menyusu dengan Formula Milk. Sekarang Yaya minum susu selain susu ibu dalam cawan, sedut pakai straw. Straw IKEA yang colorful tu, memang menarik. Kalau isi dalam botol susu memang tak nak langsung die minum. Susu kegemaran die adalah freshmilk, tapi masih boleh minum formula milk cuma lambat nak nunggu habiskan satu cawan. Kalau freshmilk tu laju je die minum.

will keep looking a few alternative on weaning off. Sesiapa ada advise boleh jugak beri pada saya budak baru belajar.

p/s: macam berminat pulak dengan susu anmum tanpa gula tu.

Thursday, April 7, 2011

bila pulak

Lately ramai dah kawan-kawan yang tanya
"yaya dh berapa tahun"
saya jawab
"dah nak masuk 2 tahun"
kawan sambung
"bila nak tambah lagi satu?"
atau
"ooo,bila nak dapat adik ?"
atau lebih ganas lagi
"eh, dah ada ek no 2?"
]sambil pegang perut saya
huhu
menci,menci.nampak sgt perut ku buncit sampai ada yang boleh buat assumption begitu.

No no no. belum lagi ye kawan-kawan.
YES, i've stop taking Noriday Last month but still on natural family planning.
Still not ready to get pregnant until Miss Yaya officially stop breastfeeding.
And there's another problem. Tak tahu macam mana nak buat Miss Yaya dengan sendirinya tak nak BF. Kalau boleh nak die sendiri yang willing to stop BF, tak perlu gunakan kekerasan hati.
Sedang cari2 lagi info macam mana taktik nak buatkan anak taknak nyonyot B lagi.

Di tambah pulak dengan kesihatan en suami yang tak berapa baik, lagi la rasa belum mau pregnant lagi.

Kalau dah ada nanti, insya Allah saya akan hebahkan di semua channel hebahan yang ada.
Ceh,Macam ada orang kisah je.


Seronok dengar beberapa orang kawan yang sedang tambah ahli keluarga.
Semoga selamat melahirkan cahaya mata yang dinanti-nanti :)

Wednesday, April 6, 2011

kalau dh namanya perempuan

fuhhh....rasa dah lama sangat tak update blog. Bukan setakat tak update, belog kawan-kawan pun dah lama tak bukak. Bukan sengaja tak mau bukak, tapi teramatlah sibuknya, dari awal bulan 3 haritu pegi kursus induksi selama 2 minggu. Alhamdulillah dh lepas jawab periksa. Resultnye belum lagi diketahui. Harap-harap luluslah hendaknya. Balik je dari induksi, meeting sana, meeting sini, masuk lab lagi selama seminggu. baru ni lah nak relax sikit...tu pon esok tak tau lagi nak kena sambung lab ke tak...ishhh dh nak termuntah tak dengan lab ni. lab yang dimaksudkan tu bukanlah makmal, tapi lebih kepada macam workgroup utk siapkan 1 task yang sangat penting kepada negara...huhuhu...ye ye je kau ni raudhah oiii...ni lah susahnya kalau tak ada boss..boss ooo boss cepat la datang. Pengajarannya, jangan suka ngutuk boss, tengok bila die tak ada kan dh susah asyik kena masuk meeting memanjang.


Hamboi, panjang nyer intro. hehehe

Kalau dh namanya perempuan, tentulah tidak boleh dipisahkan dengan mekap kan. Kalau tak sampai pakai eyeshadow, blusher, eye liner pun paling tidak compact powder mesti pakai.
Tidak terkecualilah jugak dengan anak dara saya si cantik manis Alya Maisarah.

Pantang nampak orang mekap, tidak kira orang itu ummi die ke, grandma die ke, mak sedara die ke, cepat je die hulur muka nak suruh dimekapkan jugak. hish, muka awak dh comel halus mulus nak mekap buat apa lagi adikk oiii.. Lipstik ummi dh berapa batang dh jadi korban. lipstik baru beli pulak tu. Kalau nampak gambar perempuan pakai lipstik tebal, merah dalam majalah "tik,tik" die kata...beg mekap ummi perlu disorok dari pengetahuan budak ni. Kalau jumpa memang lah satu-satu dikelebeknya.


memang naturally orang perempuan begitukah??

Monday, March 7, 2011

apa yang best?

Jumaat lepas, sampai Putrajaya terus lencong balik rumah, tak singgah rumah pengasuh untuk ambil cik Yaya chomel. Siap2 mandi2, sembahyang Asar, masuk kereta vrooommm sampai la kami ke tapak PAsar Malam Putrajaya. Pasar malam Putarajaya diadakan 2 kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat. Dulu masa 2-3 tahun lepas hari jumaat je ada pasar malam.
Sebenarnya saya yang beria-ia nak ke pasar malam sebab nak cari baju untuk dibawa ke kursus induksi yang bakal berlangsung selama 2 minggu bermula minggu depan( bencinyaaa). Dah setel beli baju, bincang dengan hubby tentang menu dinner malam itu.

Malas takut tak sempat nak memasak.


Sambil duk pikir sambil kaki melangkah usha-usha makanan yang dijual digerai-gerai pasar malam. Round punya round tak ada satu pon makanan berat yang menambat hati kami untuk dibeli. tsk tsk...Ini ler masalah kami berdua ni....orang lain kalau sebut pasar malam, berderet list menu makanan yang nak dibeli, tapi kami satu pun tak keluar. Setakat apam balik, ayam goreng KFC, Ayam golek, corn in cup, keropok lekor, char kuey teow and lately ada satu menu baru yang menarik perhatian, PUTU MAYAM. Baru2 ni je muncul kat pasar Malam Putrajaya. Dah lama teman mencari putu mayam area KL & Putrajaya. Makanan-makanan tu je la yang membuka selera kami. Habis tu takkan dinner nak bantai keropok lekor,putu mayam, ayam kfc banyak2??

Dulu-dulu rajin jugak beli makanan berat macam nasik, bihun,laksa tu, tapi dh 2-3 kali terkena bila rasa makanan yang dibeli cam hampeh. Sakit betul hati dengan peniaga yang meniaga tak ikhlas tapi nak kaut untung je. Prepare makanan janji nampak ada rupa macam namanya, rasa entah macam apa pun tak tahu. Kadang-kadang tu isi ayam kat belah dalam tu tak masak pun,mentah lagi diaorang boleh jual. Agak-agak kalau suruh peniaga tu sendiri makan pun die tak lalu nak makan. Itu la yang membuatkan kami ni phobia nak beli makanan2 berat kat pasar malam.huhuhu

ps: 3 malam bakal tidur berdua ngn Yaya...harap2 yaya tak meragam

Tuesday, March 1, 2011

BMLR

Last weekend, ada sedikit urusan di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping. Kami bermalam di sana 1 malam. Sewa sebuah Apartmen 3 bilik RM 250/malam.
Kebetulan sebelum sampai sana dah tau dekat apartmen yang kami sewa tu ada kolam renang.
Exit je tol bukit merah tu nampak ada orang jual pelampung, apa lagi, berhenti tepi jalan shopping pelampung untuk Cik Yaya.
Petang Sabtu tu Cik Yaya pagi mandi kolam dekat apartmen tu diiringi aunty2 dan uncle2 nya. Sementara Ummi n abah ada sedikit urusan di tempat lain.

Pagi ahad pulak ingat nak round-round kejap dekat area waterpark tu sebelum menuju ke kampung halaman beta dekat Kamunting.
En suami ajak naik chairlift. RM7.00/ride.
Naik le hamba temankan die.





View from chairlift.*ketaq tangan pegang HP takut jatuh*


Wow menariknya permainan ini. Wet Bubbles.Terus teruja nak masuk waterpark sebab nak main wet bubbles tu.


Cepat la ummi, tak sabar nak terjun dalam air niiii....
Bayaran masuk ke Waterpark adalah RM 27 bagi dewasa. Kanak-kanak bawah 90 cm adalah percuma.Sebab tak byk rides yang mereka boleh main.
Cik Yaya punya la tak sabar nak masuk dalam air. Tak sempat tukar bikini

baju renang, dah berjalan menuju ke kolam air.
Tak sempat nak snap gambar dalam waterpark. Tangan pun dah basah + ummi pun kelam kabut tukar baju sebab tak sabar nak join Cik Yaya berendam. Seronok bukan main Cik Yaya masuk dalam air. Terjerit-jerit die.
Lepas sejam lebih berendam dalam air, Cik Yaya pun dah penat,muka dah mengantuk, keluarlah kami dari waterpark itu menuju ke rumah Tok wan Yaya di Kamunting. Lepak sekejap sebelum berangkat pulang ke Putrajaya. Baru puas Cik Yaya main air. Selalu kalau bawak pegi swimming pool, main kejap je dah kena ajak balik.
Apa jadi dengan wet bubbles?? tak dapat naik sebab saya pakai treksuit ada zip dan butang, kena tunggu giliran pulak tu nak masuk main. sekali masuk 1 group 6 orang. Sape-sape yang berminat nak main, silalah pakai tight siap2 ye.

Friday, February 25, 2011

it's her first time

Baru-baru ni terasa nak makan japanese food pulak kan. so, hamba dengan rasa rendah hatinya ajak en suami makan di restoran Miyagi, Bangi yang terletak di sebelah hospital pakar Annur.
Yang ni kira Japanese restaurant yang paling dekat dengan putrajaya. Walaupun kat Alamanda ada Sushi king, tapi kami tak layan sebab rasanya tak sama macam kat jepun sana nun.
Interior kat Restoran Miyagi ni memang sebijik macam kat Jepun sebab furniture, aksesori pinggan mangkuk nya di bawak dari sana. Pelayan je yang bukan dari sana. Tau cakap irasyaimase je, tp bila tanya makanan dalam menu tak berapa mahir. Tukang masak pun bukan Japanese jugak. Tapi since rasa makanan dan menu sama macam di Jepun, kami layan je la.




Masuk2 dalam retoran ni, benda pertama yang cik Yaya nampak adalah maneki neko (patung kucing yang lambai2 tangan tu)...eoww cik yaya buat bunyi sambil tunjuk kat patung tu.

First time cik Yaya makan makanan Jepun. Pelik die tengok air kaler hijau (green tea)


Menu en suami: maguro don (isi ikan tuna mentah dengan nasi)
Menu puan isteri (tiada gambar): sanma shio yaki (ikan sanma bakar)
Bagi cik Yaya cuba maguro don. masuk mulut,kunyah2 sikit, keluarkan balik...hahaha, tak biasa makan lah tu. Memang nasi dalam maguro don tu rasanya lain sikit sebab dah digaul dengan cuka. Tak pe, tunggu menu Ummi pulak sampai.
Cuba pulak kasi cik Yaya nasi putih dan ikan bakar and she likes it. Yaya mana pernah tolak lauk ikan. It's her favourite.



Gambar atas ni adalah mochi ( tepung pulut yang disalut dengan kacang) . Kami tak order, mereka bagi as compliment kot.





Dari mula masuk kedai sampai nak keluar kedai tak duduk, berdiri je atas kerusi tu. Habis ditumpahkan air, jatuhkan tembikai potong bawah meja makan, dah nak keluar kedai menangis nak bawak keluar tembikai susu yang dah lunyai die pegang tu.




p/s: dalam dilema nak pegi ikut hubby outstation KK ke tak?

Wednesday, February 23, 2011

3 in 1

Ingat tak entry saya sebelum ini yang mengatakan production susu ibu saya semakin berkurangan.
And sadly perkara ini masih berterusan...dah cuba macam-macam tp body saya macam tak respon langsung.

Stok susu masih ada, tp simpan untuk kursus induksi yang bakal berlangsung selama 2 minggu yg tak tau lagi bila dan di mana nak buat.
Jadi currently dengan berat hati TERPAKSA bagi cik yaya susu formula dan fresh milk untuk top-up susu ibu. Musnahlah cita-cita aku nak susukan yaya dengan susu ibu sahaja sampai umur dia 2 tahun.AKU Kecewa...

Waktu siang di rumah pengasuh Yaya dibekalkan dengan EBM dan Susu formula Dumex dupro.
Waktu malam kat rumah akan kasi cik yaya minum freshmilk supaya beliau dapat tidur lebih lena kerana perut kenyang. NAk harapkan susu ibu memang tak dapek den nak nolong...buat penat cik yaya hisap je, yang keluar hanyalah setitis dua.

Sebenarnya cadangan awal nak bagi yaya susu kambing( susu kedua terbaik selepas susu ibu) sebagai ganti susu ibu. Tapi humangai mahalnyee rege satu tin susu kambing 900 g nak cecah RM 100. Alamat purse mak yang tak berapa nak tebal ni koyak rabaklah jawabnya. Ye lah, produk import lah katakan. Rasanya yang produk tempatan belum ada lagi.

cadangan kedua pulak, nak bagi Yaya freshmilk sahaja untuk gantikan susu ibu,(freshmilk is better than Formula milk yang mengandungi gula tu) tp kalau dibekalkan freshmilk ke rumah pengasuh, alamat jenuhlah saya nak supply stok susu. 1 kotak dah cecah RM 5 - 6. . . so, saya decide kat rumah je la yaya minum susu freshmilk ye sayang .

Maka Cik yaya sekarang minum 3 jenis susu: susu ibu, susu formula dan susu segar dari ladang.

Wednesday, February 16, 2011

Tonari no tottoro dan Mr bean


Sangat natsukashii movie anime Jepun "tonari no Tottoro" ni. First and last time tgk cite ni masa kat Ambang Asuhan Jepun tahun 2003. Sangat-sangat best+ comel cerita ini. Binatang gemok+ tembun tu nama die tottoro. Nak dijadikan cerita, Ada kotak gambar tottoro ni kat rumah, beta buat simpan barang2 khazanah masa belajar kat jepun dulu. Cik Yaya ternampak pulak kotak tu. Bukan main suka lagi die tgk gambar tottoro tu. Setiap kali nampak kotak tu mesti die tunjuk kat gambar tottoro tu sambil sengih2. Isk3x. Nak kena cari jugak la cerita tottoro ni kasi Yaya tengok (ummi die yang nak tengok sebenarnya..kuikuikui)


Erk...yang ni pulak hero kegemaran cik Yaya buat masa ini.....Sape yang tak kenal dengan mamat ni tak tau ler nak kata apa...
Bila cakap je "Mr bean dah nak start dah" terus diam, mata tumpu kat kaca TV. Bila mr bean dah start, panjat sofa duduk kat seat tetap die. Senyap je layan Mr. Bean.. Yaya oh Yaya awak menurun sape ni minat tengok Mr. Bean.

Friday, January 21, 2011

production low

Lately rasa sedih sebab production semakin lama semakin kurang.yang paling ketara ialah waktu my best friend nak datang. Selalunya seminggu sebelum best friend datang dah start production kurang. Try search kat internet tentang perkara ni. Memang ada yang mengaitkan kedatangan haid akan menyebabkan kekurangan kuantiti susu ibu. Orang perempuan ni tak boleh dipisahkan Hormon Imbalance lah katakan.

eiii teruk la macam ni...Mujurlah ada stok2 lama boleh cover untuk waktu2 macam ni. Tapi stok lama pun dah semakin susut.

Yang menjadi kemusykilannya, My best friend ni dah datang tiap-tiap bulan semenjak lepas pantang.Kenapa baru 2 bulan ni je kedatangan best friend menjejaskan production ku. uwaaaaa...tak suka la macam ni. Ada sekali tu yaya siap goyang-goyang tangan gaya 'dah habis' tanda susu takde waktu susukan die. Harap2 keadaan akan kembalii normal semula lepas ni...


Satu lagi masalah. Macam mana nak ajar yaya rasa kenyang bila minum susu lain selain susu ibu. Biasa nya walaupun yaya minum freshmilk habis secawan, tak sampai 10 minit dah mintak susu ibu. Formula milk lagi la, jangan harap yaya nak minum. Try jugak bagi susu formula (dapat sample masa pegi baby fair kat mid valley), rasa sikit terus tolak tak nak minum langsung.
Ada lagi beberapa bulan untuk biasakan Yaya dengan susu baru sebelum stop breastfeeding.

Friday, January 14, 2011

nak yang ni...

Hajat dihati sebenarnya nak belikan yaya kereta little tikes.Seach punya search dekat internet
( ingat nak beli yang 2nd hand je,sebab bukan pakai lama pun) , banyak yang dah sold out ...tension je! Yang saya berkenan semua dah sold out.Benci lah.

Tapi ternampak pulak mainan ni...leapfrog-leapster2. MENARIK. ala-ala PSP gitu tapi ada unsur learning. Yang gambar kat bawah ni model baru dijual dengan harga RM 350++. ada model yang lama sikit(kaler kelabu) harga murah sikit dalam RM 180. Nak tambah game boleh download kat internet. Demo dan info pasal permainan ni ada kat sini








::Siapa yang nak main ni...mak ke anak?::

Friday, January 7, 2011

nak jugak.....

Dah seminggu masuk tahun 2011 dan rata-rata dah tulih azam tahun baru, saya pun nak jugak la menyibuk berazam tahun ni. Walaupun tiada siapa yang heran nak tahu kan.

Yang pertama: Since we are buying a new home at P11, putrajaya, (loan dari bank yang offer interest rate paling murah pun dah approved) Dah tentulah azam saya untuk meng'deco' rumah saya cantik2 walaupun saya tahu saya tak kreatif. Kena menuntut dari majalah-majalah hiasan rumah la nampaknya.

Yang kedua: Baby yang ada tak lama nak jadi big gurl dah, mungkin boleh stop ambil Noriday. Itupun lepas baby yang sedia ada ni bercerai susu lah kan.

Yang ketiga: Nak rajin-rajin mengemas rumah

Yang keempat: Nak beli handbag baru...( en Hubby please take note)

Yang kelima: Nak pergi bercuti bersama keluarga. Tak dapat pergi jauh2, dekat pun takpe.

Cukup la 5 je...ini pun belum tentu semua tercapai memandangkan banyak nak pakai duit untuk monthly payment rumah.

Thursday, January 6, 2011

syukur atas nikmatNYA

Semalam dengar di radio muzik FM (frekuensi Radio tu je yg dapat kat kereta kecil ku) tentang info orang yang bertubuh kecil (aku ler tu). Mula- mula die cerita pasal manusia paling rendah di dunia. Tak ingat dah nama. Kemudian DJ tu masuk info kedua (masih lagi topik orang bertubuh kecil), orang yang bertubuh kecil selalu nampak awet muda. *bangga sekejap* Tetiba DJ tu sambung pulak

Orang yang bertubuh kecil dan langsing patut berSYUKUR atas nikmat yang diberikan kerana makan banyak pun badan tak naik2.

Terkedu sekejap...yela, aku juga patut bersyukur di atas kurniaanNya yang membuatkan tubuh kecilku tak naik2 walaupun makan banyak ( saya makan lebih banyak dari suami saya okeh). Entah ke mana la makanan-makanan tu semua pergi( ke loji kumbahan kot!Sorry Indah Water)

Berat tetap maintain dari zaman sebelum kawen sama je, takat tu la.tak turun tak naik.
Waktu mengandung naik la berat dalam 10 kg, lepas bersalin tinggal baki lagi 2 kg. Tak lama kemudian baki 2kg tu pun hilang mungkin sebab penat jaga baby dan breastfeeding.
Cuma tang perut je tak mau kempis, sebab tak pakai bengkung dan bertungku punya pasal almaklumlah bersalin Czer.
Beli slimming belt yang kat AVON tu, kempis jugak perut, tapi pakai seminggu je, tak lama perut pun naik semula..hahaha.orang malas macam tu la.
Hubby tegur perut buncit pun, saya bagi skema jawapan "biasa la orang dah mengandung mesti la ada tinggal kesan. mana boleh nak compare dengan masa sebelum mengandung" *bluwek*

Tuesday, January 4, 2011

toksah duk buat loqlaq

sempena musim sekolah baru bermula di campur dengan terbaca kat blog kawan yang terpaksa hantar anak ke tadika swasta sebab tadika prasekolah(kerajaan ) dah penuh, terdetik la di hati ni nak meng'google' pasal prasekolah kat area putrajaya. Kes tak larat nak bayar yuran pendaftaran mahal2 kat tadika swasta ie: smart reader,CIC dan yang sewaktu dengannya. Sangat la beria makcik nih...anak belum masuk 2 tahun dah risau pasal prasekolah.

Selalu yang saya nampak iklan2 adalah tadika swasta, even round2 kat area putrajaya ni pun banyak nampak yang swasta je... Rupa-rupanya baru la tahu, prasekolah tu ada di setiap sekolah rendah dalam 2-3 kelas dan ada yang lebih dari itu. Tabika kemas pun ada beberapa buah kat presint 9.


1. SK Putrajaya Presint 8 (1) = 3 kelas
2. SK Putrajaya Presint 9 (1) = 2 kelas
3. SK Putrajaya Presint 8 (2) = 4 kelas
4. SK Putrajaya Presint 9 (2) = 3 kelas
5. SK Putrajaya Presint 11 (1) = 3 kelas
6. SK Putrajaya Presint 11 (3) = 3 kelas
7. SK Putrajaya Presint 16 (1) = 3 kelas
8. SK Putrajaya Presint 16 (2) = 2 kelas
9. SK Putrajaya Presint 14 (1) = 2 kelas
sumber dari sini


Me prefer hantar anak ke tadika macam ni jer. tak perlu mahal2. belajar sama jugak kan. Mungkin ada extra sikit jika dibandingkan dengan tabika swasta, but it's not a big deal. Me dulu tadika pun tak habis, pegi setengah tahun je. Masuk darjah satu periksa still dapat no 1.(hahah takde kaitan)


Agak2 penuh tak tabika2 nih? kalau penuh nak kena berebut register awal lah kan.hehehe


Monday, January 3, 2011

tapecha-tapeche

Ummi: tapecha
Yaya: Tapeche
UMMI: Yaya o Yaya



YAYA: Ye ummi

UMMI: Kemaskan mainan yang bersepah tu



YAYA: Abah tolong kemas kan mainan saya ye...Saya nak makan karipap ni



Yaya:Tapecha-tapeche

Tu lah favourite word die sekarang ni...asyik duk ulang2 perkatan tu ntah berapa kali sehari. Mujurlah perkataan lain pun dah reti sebut walaupun masih pelat. Makan masih memilih, nak makan lauk je, nasik taknak. Nampak aje orang sorok nasik belakang lauk. Mesti die geleng2 tak nak bukak mulut. Tapi nasik arab kat restoran saba, cyberjaya tu nak pulak die makan. Yang pastinya, kalau duduk di rumah pengasuh sangat well behave, bila nampak ummi/abah sampai je mula la merengek.