Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan.
- Beritahu anak bahawa dia ‘sudah besar’ dan boleh mula kurang menyusu
- Kurangkan sesi penyusuan sebaliknya gantikan dengan makanan pejal yang lebih mengenyangkan
- Habiskan stok susu (iaitu EBM) di dalam simpanan
- Tawarkan hanya direct feeding terutama pada waktu malam (proses menghentikan penyusuan malam adalah yang paling sukar!)
- Tawarkan susu ibu hanya apabila anak minta
- Tidak perlu memaksa anak minum susu formula sebagai ganti susu ibu. Jika anak tidak mahu tawarkan apa saja minuman yang berkhasiat seperti susu segar, minuman koko atau malt, fresh juice dan lain-lain
- Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa
Tak pe la Yaya. Ummi tau memang susah Yaya nak terima perubahan ni.Kite cuba pelan-pelan ye sayang.
P/s: Tak mahu buat tandem nursing






0 comments:
Post a Comment