CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 12, 2011

pheww

minggu ini minggu yang memenatkan buat kami sekeluarga... sabtu dan ahad berada di Taiping kampung halaman ku. Agak kuciwa tak dapat makan cendol mamak yang sedap tu...Dari hari sampai Taiping hingga ke hari nak bertolak balik cari2 mamak jual cendol sedap tapi hampa...Ingat nak tapau bawak balik Putrajaya sebagai habuan berbuka puasa. Waktu malam pun tak dapat bersiar-siar mengisi perut kat bandar Taiping yang terkenal dengan makanan yang best dan MURAH kerana menemani cik Yaya yang dah penat mengantuk nak tidur.

Hari Isnin cuti rehat

Selasa masuk kerja.

Hari Rabu pulak bergegas pulang ke Kota bharu Kelantan untuk melawat datuk encik suami yang dilaporkan sakit di HUSM...Pagi-pagi lepas sahur terus siap-siap packing barang, angkat cik Yaya masuk kereta. Tak perlu dikejut, nanti bikin kecoh pulak pagi-pagi buta, Ummi die nak sambung tidur dalam kereta. Sampai di Kota Bharu dalam pukul 1 petang. Singgah di HUSM, then terus ke rumah atuk Tok Ayah di Kg. Belukar untuk merehatkan diri sambil tunggu waktu berbuka.

Hari kHamis, bertolak pulang ke Putrajaya. huh, punya la jauh travel minggu ni. Yaya pun sampai naik bosan duduk dalam kereta. Camner la nak balik raya nanti. Paling kesian en. driver la...kami yang bertindak sebagai penumpang ni boleh terlelap-lelap lagi dalam kereta.

Hari Jumaat masuk opis, setelkan kerja yang mana tertangguh.

Sabtu dan Ahad ini....tidur puas-puas.

2 comments:

masz14 said...

kalu balik tepen takdpt makan sedap mmg sgt frustrated!! hahaha...

Raudhah anje said...

mas: sangat setuju...org yg bukan asal org tepen pun suka bila makan kat tepen, inikan pulak org yg memang asal sana.arrggghhh