CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

org nak dapat kaki

24 disember yang lalu kami sekeluarga ada buat jamuan kecil sempena meraikan ulangtahun kelahiran esya yang pertama. Sekejap je masa berlalu. Jemput ahli keluarga je . Masak pun yang simple je. Banyak btul hadiah yang esya dapat. Si YAya pun dapat hadiah jugak...heheheh....Thanks to all yang sudi datang n bawak hadiah untuk budak 2 orang itu. Sekarang esya sedang belajar berjalan....Nampak orang je  die sebut "tateh". Nak ajak oerang pegang tangan die , die nak jalan. Saiz badan dan berat lebih kurang macam Yaya dulu. Tabiat makan pun sama jugak. Pantang nampak ada orang duduk kat meja makan, kejap lagi sampai la die mintak disuapkan makanan. Selagi ada orang kat meja makan, selagi tu la die tak sudah makan. Gigi baru ada 4 batang dari hari tu.

Wednesday, November 7, 2012

perlindungan

Dah jadi orang perempuan ni banyak lah bende nak kena jaga kan...jaga kulit, jaga badan, jaga makan, jaga anak, jaga suami , jaga rumah , jaga malam susukan anak, jadi jaga je belum lagi.... dan tambah pulak lagi satu, berjaga-jaga untuk tidak  hamil dalam tempoh tertentu. Ada banyak kaedah untuk merancang kehamilan yang available. Tambah pulak saya dah melalui 2 kelahiran melalui c-sect, so kenalah lebih berhati-hati. Dalam Islam pun digalakkan menjarakkan anak untuk pastikan ibu betul-betul sihat dan fit sebelum pregnant lagi. Tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi, kenalah terima kan.

Dan saya memilih pil perancang NORIDAY . Ni pun setelah berbincang dengan doktor untuk dapatkan kaedah perancangan yang paling sesuai. Implanon macam agak scary sbb kena tanam tiub dlm lengan. Tapi sekali je pakai lepas tu dah takyah risau terlupa makan ubat ke hapa kan.

Pil noriday ni hanya sesuai untuk ibu2 yang fully breastfeed ( menyusui anak sepenuh masa dan tak campur susu formula) . Breastfeed itself adalah salah satu kaedah merancang tapi susah kita nak kawal. Ok, sambung balik pasal noriday. Noriday ni Kiranya pil perancang yang paling mild  dan tak menggangu hormon penyususan mcm pil-pil hormon yang lain. Perlu diambil setiap hari tanpa miss walau satu hari pun.

Alhamdulillah sejak ambil pil ni dari anak pertama, then stop sekejap masa pregnant anak kedua, now masih setia  ambil  sampai pregnant anak no 3 pulak (kot), berat badan dan bentuk badan tak naik. Masih boleh pakai baju-baju dan seluar lama . Pastu period pun tak ganggu, datang setiap bulan, production susu pun maintain macam biasa.

Tapi tak dinafikan, ada juga orang yg ambil pil ni badan naik, period terganggu dan sebagainya. Semua tu depends pada orang, mungkin tak sesuai dengan pil ni dan kena cuba kaedah yang lain. Apa-apa pun, kaedah semulajadi adalah yang terbaik, cuma tak boleh rely on it 100% tu yang terpaksa juga ambil extra protection.

Thursday, October 25, 2012

makanan kulit

salam semua....lamanya saya tak bersiaran...
terlalu banyak perkara yang perlu dibuat kat ofice dan kat rumah.
Alhamdulillah semua sihat belaka

Baru ni dah berjaya restock 'makanan kulit' saya....




Kali ni top-up beli pencuci muka dan emulsion sahaja
Emulsion tu sebenarnya mosturizer.
Yang lagi 3 barang kat sebelah kanan gambar tu free gift.
Dah lama saya guna produk ni sejak diperkenalkan oleh kawan baik saya, Iza.
Setakat ni yang saya pernah cuba pencuci muka, toner, emulsion, body wash , body lotion, hand balm
dan beberapa barang kosmetik.
Produk ni adalah produk dari korea.
Ada tulis di belakang botol/bekas 'made in korea'
Kenapa saya suka produk ni?
satunya, sebab dia lembut. tak macam sesetangah produk yang terlalu kuat sampai rasa pedih kulit muka bila pakai. Tapi nak dapat lihat perubahan pun ambil masa jugak. kena pakai dlm sebulan baru nampak kesan.
keduanya, ada macam-macam perisa, sayur, madu, buah-buahan. perisanya pulak akan diupdate.
pastu boleh campur-campur perisa. contohnya pakai pencuci muka perisa black sugar, then toner dan mosturizer bleh ambil perisa lain like tomato ke, apple ke.
Ketiganya, setiap pembelian RM20 dapat 1 point. Kumpul-kumpul point bleh redeem hadiah mengikut bilangan point. Lagi banyak point lagi grand lah hadiahnya.
dan points tu tak de expired date. Simpan je selagi mampu.
keempatnya, tahan lama. satu botol emulsion tu boleh tahan 3-4 bulan.
Orang yang malas pakai macam saya boleh tahan sampai 6 bulan.
kuikuikui

Tapi kedai skin food ni tak pernah ada sale. (sob,sob...tu je la yang tak bestnye)
Tak pernah berdiskaun lah pendek kata. 
Biasanya kalau dia buat promotion adalah dia bagi barang percuma.
Saya pernah dapat payung.
Tapi setiap kali beli barang mesti dapat sampel macam yang saya dapat tuuu..
Range harga pulak, RM 50 - RM 100 untuk satu barang.
Barang-barang kosmetik murah la skit, RM 20 -RM 50 untuk se barang.

Setakat ni masih setia dengan produk ni...agak-agak dah borink esok maybe bleh upgrade ke SKII pulak kan...kopak la makcik.

 
 

Wednesday, September 5, 2012

A & H

sekarang ni ahkak dah terfollow drama Adam dan Hawa pulak. Ni Astro punya pasallah ni, sampai ahkak dah terpengaruh  dengan promosi besar-besaran diorang. Tambah pulak pelakon utamanya adalah AA, maka lagi best lah tengok drama ni...Takdelah minta dengan AA , tapi bila lelaki kacak berbadan sasa bawa watak romantik siapa yang tak cair tengok kan??? Siap si suami rekod series lagi sebab dia tahu bini dia bukan setiap hari Isnin-Khamis tepat pukul 10 malam boleh terpacak depan TV. Buatnya si 2 beradik tu 'pasang lagu' time-time drama tengah tayang, boleh tengok balik bila-bila lapang (tak de masa lapang pun sebenarnya)  Tapi sejujurnya ahkak tak pernah baca novel adam dan hawa ni so memang tak tahu cerita dan endingnya apa.




Wednesday, August 29, 2012

Syawal 2012

Dah nak masuk 2 minggu  kita berada di bulan Syawal. Syawal kali ni agak suram sebab keluarga kami kehilangan seorang ahli yang telah pergi mangadap Ilahi pada 2 syawal yang lalu. Beliau adalah datuk kepada suami saya dan moyang kepada Yaya dan Esya. Al-Fatihah. Nasib baik tahun ni beraya di Kelantan dan sempat jumpa Tok ayah buat kali terakhir. Masa melawat tok ayah di wad tengahhari 2 syawal tu, semua perasan yang si Esya asyik tengok je kat Tok Ayah. Sebelum ni tak pernah pun dia buat macam tu.
Si Esya dengan Yaya pulak demam, batuk dan selsema masa di Kelantan bawak ke Putrajaya. Mujur hari ni dah baik, kalau tak malam-malam asyik terjaga je dengar derang batuk-batuk....
Kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah kami tu jemput la datang ...yang mana tak dapat datang masa kami buat aqiqah hari tu boleh je datang raya ni....

Hari ni juga dapat berita yang kawan sekereta saya pergi dan balik kerja dah masuk hospital sebab dah keluar tanda nak bersalin...semoga selamat ye Yana. Cita-cita die nak Anak Merdeka...hehehe kita tunggu je la berita gembiranya nanti.

Anak-anak pulak macam biasa, Esya dah boleh merangkak, tapi skip mengesot, lepas meniarap terus merangkak. Masih lagi dikurniakan rezeki susu ibu. Gigi belum ada lagi, tapi tengah gatal gusi habis segala benda dia nak gigit. Pantang nampak makanan mesti terlonjak-lonjak minta disuapkan. Ayooo awak tu baru 8 bulan ye ...harap bersabar.

Dan yang paling menyakitkan hati pada minggu ini adalah pembantu rumah warga indonesia kami yang kontrak dengan kami ada lagi 19 bulan dah cha alif but dari rumah kami akibat terlalu tamakkan wang gaji yang lebih tinggi dan terlebih 'cerdik'. Passport ada pada kami, laporan polis dah buat, permit kerja pun dah kena senarai hitam, ko agak-agak ada ke orang nak amik ko kerja? bagi ko gaji tinggi? hajat di hati dia tu nak kerja jaga kedai...senang la nak menggatal dengan jantan. even ada pun orang amik ko kerja, esok dah bertahun-tahun ko kat sini,ko nak balik ke negara asal ko macam mana? huh, pandai-pandai la ko nak hidup ye perempuan. ni gambar minah tu (minah jugak yang dapat nama)



PS I.L.U : Benarlah kata pepatah , Orang tamak selalu rugi

Tuesday, July 31, 2012

tudung oh tudung

Macam yang kita semua maklum, dah ada bermacam-macam 
fesyen tudung sekrang ni. Yang lilit-lilit, yang tingkat-tingkat,
 sulam-sulam, batu-batu, awning lembut, awning
keras dan macam-macam lagi la. Tudung ni dah jadi satu 
industri fesyen yang sedang melonjak naik selain baju n seluar 
n kasut. Harga tudung yang ditawarkan pun boleh
tahan mahal. Ada jugak brand-brand tudung yang design 
dan jual tudung secara
exclusive dan jadi rebutan ramai peminat tudung @ brand itu.

Geram sebenarnya bila tengok tudung yang bermacam fesyen
 itu. Tengok model gayakan tudung tu nampak cantik dan 
macam mudah je die pakai. Tapiiiiiii apakan daya, cek
tak boleh nk pakai tudung belit-belit....sedihhhhh . 
Jangankan shawl @selendang ,tudung bawal pun tak boleh 
belit aspecially kat area leher tu... mula la rasatercekik la, 
nak termuntah la atau yang paling teruk, rasa geli geleman 
kadang rasa macam nak koyak tudung sebab dah tak tahan 
sangat.

Sudahnya tinggal la jenis tudung segera berawning 
(rasa bulat bebenor muka i kalau pakai yang tak berawning tu) 
yang tak perlu beli-belit sampai tercekik leher  untuk
saya pakai. Yang itu lebih selesa,mudah dan cepat nak 
digayakan. Tudung awning pun dah bermacam fesyen dah 
sekarang. Pengeluar tudung pun masing-masing berlumba
keluarkan design terbaru yang cantik  dan gojes untuk dimiliki 
oleh peminat fesyen tudung. Yang mampu boleh dapatkan 
tudung branded yang berharga ratusan ringgit, yang
kurang mampu pulak boleh cari design ala-ala  yang 
branded tu tapi harga lebih murah,   Dah pernah cuba
kedua-duanya, dan of course lah lebih puas hati pada 
yang branded tu...Tapi kadang-kadang harga yang ditawarkan 
tak masuk akal pun ada.Dannnnn yang paling penting,
 dalam nak berfesyen tu jangan lupa tujuan utama kita 
bertudung iaitu untukmenutup aurat mengikut syarak yang 
ditetapkan ...pesanan untuk diri sendiri jugak
ni...heheheh... PEACE V(^0^)V

Friday, June 29, 2012

iro iro


Ini adalah tray ice cube untuk solid food adik esya.
Kedua-duanya adalah silicon so lembut je dan mudah nak keluarkan makanan yang dah beku
Warna pun sangat menarik
Siap dengan penutup lagi tak payah risau makanan tercemar
Memang bersemangatlah lepas ni nak prepare solid food untuk esya.
Masa Yaya dulu guna ice tray yang biasa je.....kenapa la tak jumpa benda ni dulu..

Lagi satu teringin nak hand blender. senang nak buat puree  tak perlu guna blender biasa
selain buat puri untuk esya, boleh jugak guna untuk lenyek pisang  buat cekodok pisang.
Cik abe suka makan cekodok pisang
Maka boleh pujuk cik abe untuk beli hand blender
Nanti nak buat cekodok pisang senang, cepat dan mudah.


Yaya:
Asyik sebut nak pergi sekolah je
Sabar ye sayang...lagi 6 bulan je lagi...tahun depan ummi hantar pergi sekolah
Nanti belajar rajin-rajin ye
dah boleh membuang di toilet bowl orang dewasa.
Asyik nak berkepit dengan Ummi je..


Esya:
Dah mula diberi solid food
Pantang nampak Ummi mesti hulur tangan suruh ambik die
Sudahnya dua-dua orang duduk atas riba Ummi sampai tak boleh bergerak kemana dah



Thursday, June 14, 2012

ohikkoshi shimashita

Secara rasminya kami sekeluarga dah jadi warga presint 11 setelah 4 tahun menetap di presint 8. 
dan Akan jadi warga presint 11 sampai beli rumah lain pulak.
Walaupun rumah kecik tapi cukup lah untuk kami sekeluarga berteduh
Yang best nye dekat dengan rumah kami ada pusat kejiranan yang ada swimming pool. hohoho.
So sape-sape nak datang rumah kami boleh bawak baju spare skali kot nak terjun swimming pool ke kan..

Wednesday, June 6, 2012

rumble tuff duo best

Koleksi barang kesayangan yang terbaru
Rumble tuff duo breast pump
Boleh digunakan secara elektrik, bateri  mahupun manual
3 in 1. cuma bila convert ke manual tak sebest macam Avent. 
Motor die pun tak besar dan tak berat.
Dari segi bunyi pulak tak tau nak comment bising ke idak
Tapi takde lah irritating sangat ...kira ok lah

dan Yang paling penting harganya yang murah iaitu RM319 sahaja.
Masa beli ni tengah promo tapi normal price die pun tak mahal dalam RM399 gitu.
Memang sesuai sangat bagi ibu-ibu yang berhajat nak breastfeed anak sampai 2 tahun dan bajet tak berapa meriah macam saya.
Produk ni brand US dan baru masuk pasaran Malaysia...
kira tengah test market lah ni. 
Mesti meletop punye lah market die kat Malaysia
Warranty 1 tahun dan service centre die kat seri kembangan


Sebenarnya dalam dilema jugak masa nak beli ni...duk timbang nak beli ni ke atau first year. Yang tu mahal sikit RM450 harga promo. Normal price RM499. Tapi dapat tote bag sekali dan die punya motor sangat kecil okeh. Then bila tgk yang ni boleh manual, terus tak pikir banyak. Sesungguhnya saya sedar diri yang saya ni pelupa. Agak-agak lupa nak charge bateri dan takde electric point masa nak guna tu boleh guna manual kan...hehehehe.

Mari mengepam tambah stok susu bebanyak untuk yang tersayang

Tuesday, June 5, 2012

short n simple

kasihan sama kamooo cik blog....
maaf lah yer...
tuan blog sangat tiada mood nak mengupdate...
banyak sangat perkara duk fikir dalam kepala otak ni 
hal kerja,hal keluarga, hal anak-anak, hal diri sendiri
belum jadi perdana menteri lagi kan...
lagi serabut kepala otak nak pikir macam-macam
hujung minggu ni plan nak pindah rumah dari presint 8 ke presint 11
dan jumaat ni adalah hari lahir Yaya yang ke-3
tapi mungkin celebrate sekali masa housewarming nanti..Insya Allah

Wednesday, May 9, 2012

Saya Nak Cutiiiii !!!!

Hehehe...kalo tengok tajuk macam suspen je kan...bukan tak dapat cuti langsung kat pejabat ni sebenarnya, tapi lebih kepada saya nak pergi bercuti bersama keluarga. Kalau ikutkan plan nak bercuti bersama keluarga adalah pada Disember 2011. Dah beli tiket flight dah pun. Tapi masa beli tiket tu belum pregnant. Tup tup dapat rezeki dari Allah tanpa diduga, walaupun dah plan nak pregnant lewat sikit dari tu. Dan tarikh jangka bersalin pulak adalah pada Disember 2011, maka terpaksa cancel tiket flight ( nak tukar tarikh tak boleh, beli tiket murah la katakan). Ajak en somi pegi bercuti dekat2, tempat yang tak payah naik flight. Memang harapan lah die nak setuju. Kalau ajak pegi kedai kereta or kedai jual spare part kereta je baru die laju nak pergi. Huh, Dasar lelaki. 


So sekarang ni sangat sangat lah teringin nak pergi bercuti. Tengok orang lain duk ke hulu ke hilir pegi jalan-jalan sangat jeles okeh. Dapat pergi dekat pun jadi la.Mungkin ujung tahun ni baru dapat pergi since sekarang ni adik baby masih kecil lagi. Kesian die nak jalan panas-panas, penat. Orang yang dukung die pun penat. Tambah pulak sekarang tengah tunggu renovation rumah siap, hmmm kite bercuti kat rumah baru  je la nampaknya...

Wednesday, April 25, 2012

hai hai hai

hai, saya dah kembali.....sungguh 'rajin' diri ku ini mengupdate blog ini kan...sampai ada orang komplen, bila bukak je tak de entry baru...siapalah agaknya orang tu kan. hehehe. bukannya apa, waktu sangat mencemburui diri saya...kat pejabat pun sibuk...kat rumah pun sibuk....almaklumlah, orang baru dapat kunci rumah, sibuk lah ke sana-sini cari barang nak bubuh kat rumah baru. Duit toksah cakap lah, mengalir deraih macam Niagara Fall dah. Si kakak Yaya dah request nak bilik warna pink, langsir warna purple. huhuhu.bukan main lagi ek. Walaupun dapat gaji baru bulan ni (gaji naik, harga barang pun naik), tapi terpaksa lah melupakan sementara hasrat dihati ini nak bershopping. Tunggu dah selesai semuanya baru bergiat aktif semula nak tengok (dan beli)  tudung ka, baju ka, henbeg ka.


Nampaknya sesi latihan potty Yaya dah membuahkan hasil yang positif. Yaya dah boleh shee shee dan u uk kat dalam potty. Yang paling susah sebenarnya nak ajar die membuang dalam potty for the first time. Ye la, selama ni seronok membuang dalam diaper, now nak kena membuang with bare butt, mesti lah lain rasa die kan. Tapi bila dah sekali die dapat 'feel' membuang dalam potty , senang la lepas tu nak pujuk die tak payah pakai diapers. Masa awal- awal nak ajar tu beberapa kali jugak terlepas shee shee kat lantai. tapi sekarang dah boleh bagi tau nak shee shee ke nak u uk. Jadi tinggal nak train Yaya untuk stay diaper less lebih lama, lepas tu  nak ajar membuang kat toilet pulak.

Si adik Iman pulak, sekarang tengah belajar nak angkat bontot sikit-sikit. Suka sangat masuk tangan dalam mulut, sampai dua-dua tangan sekali sumbat dalam mulut, kadang-kadang tu sampai nak termuntah sebab jolok dalam sangat. Macam tu jugak bila tunjuk mainan, die duk nganga nak masukkan mainan dalam mulut. Alhamdulillah, masih dapat nikmati khasiat susu ibu sepenuhnya.


Ramai yang cakap muka mereka berdua sama je. Memang pun. Bila tengok balik gambar-gambar  Yaya masa die umur lebih kurang adik Iman, tergelak sorang-sorang dibuatnya, sebijik jugak mukanya. Cuma Yaya lebih montel dari adik. Rasanya kalau ambik gambar Yaya masa umur 4 bulan ,pastu tunjuk kat orang kata ni adik pun orang percaya. Pastu ada yang cakap macam muka ummi, dan ada pulak yang cakap macam muka abah. hehehe. mana-mana pun boleh lah kan. :))

Friday, March 30, 2012

tanpa tajuk

Alhamdulillah....adik esya dah pun boleh meniarap pada 27 mac yang lalu....kalau ikutkan memang cepat sebab die baru masuk umur 3 bulan...tapi orang cakap biasa la...baby millenium, semua cepat banding dengan zaman dolu-dolu... Patutla asyik meragam dan berak-berak je 2-3 hari sebelum tu, nak tunjuk skill baru rupanya.

Nasib baik adik esya ni tak banyak ragam (belum lagi kottt). Menangis bila lapar, mengantuk or lampin basah. Yang terlebih ragam nye si kakak ni ha...manja yang amat...sampai nak minum susu pun suruh Ummi pegangkan botol... Sabar je la... Kadang-kadang tu dah malas nak layan, buat tak tahu je kat die...Ye la takkan asyik nak layan die je kan... Adik pun nak kan perhatian jugak, cuma tak reti nak request je... Macam- macam ragam la nak besar kan budak-budak ni...memang mencabar dan kena banyak sabar , doa mohon pada Dia agar dipermudahkan segala urusan....



Kini dah kembali mengangkut cooler bag dan pump turun temurun ke pejabat... Tak beli pump baru pun... Kali ni punya  hasil pun lebih kurang macam dulu jugak... Tak de lah meriah sangat, tapi cukup untuk esya minum dan buat stok dalam deep freezer... Harap- harap boleh susukan Esya sampai 2 tahun jugak.... Insya Allah....

Monday, March 26, 2012

adik beradik

Yaya @ 2 months old
Esya @ 2 months old.. muka se'pattern' je...hehehe

hisashiburi ni

Fuhh .... Lamanyer tk hapdate blog kesayangan ku...nama je bercuti, tapi malas betul nak update blog...tambah pulak blogger ni tak ipad friendly ( ke ipad yang tak blogger friendly )  makanya makin tak de mood lah nak menaip...Alhamdulillah anak-anak sihat belaka.


Si adik Iman semakin membesar macam kakak Yaya die jugak masa baby dulu. Hari ni pergi cucuk imunisasi adik Iman yang ke 3 bulan. Berat 6.4 kg. Masih belum dapat menandingi berat kakak Yaya masa umur 3 bulan dulu, 6.9 kg. Tak dinafikan, adik ni kurus sikit dari Yaya. Sekarang dah boleh mengiring, sedang practice meniarap... Dah pandai senyum dan ketawa sikit-sikit. Banyak mulut rasanya si adik ni sebab rajin sangat ajak orang bersembang. Pantang orang tegur meleret- leret la nanti layan die bersembang... Ramai yang cakap muka adik ni macam muka abah die...sampai balik ke kampung di kelantan pon ada tok sedara cakap macam muka abah die masa kecik. Pastu kaki tu bukan main lagi duk tendang-tendang. Seronok sangat kalu boleh mandi tu, tak pernah menangis time mandi...senyum je..




Si kakak Yaya pulak dah 2 tahun 9 bulan....manjanyer memang toksah cakap la...nama je kakak, tapi lagi manja mengalahkan adik. Yang bagusnya dia tak jealous dengan adik. Dan yaya very protective dengan adik , orang lain sape pun tak boleh pegang adik, mesti die mengamuk. Sampai tokma or mak-mak sedara pun tak boleh pegang adik...Ummi je boleh. Masih lagi dengan soalan kenapa, kenapa, kenapa die tu. Yang pening nya, die tanya kite jawab pastu die tanya balik jawapan kite tu. Macam bangau oh bangau dah. Contohnya,


Yaya; kenapa cat tu makan?
Ummi: sebab cat tu lapar
Yaya: kenapa cat tu lapar?
Ummi : sebab perut die kosong
Yaya: kenapa perut die kosong?
bla bla bla....
dan seterusnya sampai la die cakap ooooooooo , baru lah tamat satu sesi pertanyaan. 5 minit kemudian start pulak sesi pertanyaan yang lain...kadang tu nak tengok telenovela kat astro bella (cheewah)  pun tak senang duk melayan pertanyaan die tu...
Rancangan nak potty train kan si Yaya masa cuti bersalin hari tu baru berjaya 10 % . Nampak macam die belum bersedia. susah betul nak suruh die shee shee kat toilet..tak pe la pelan-pelan la..




Cuti bersalin 3 bulan kira lebih best (of course la kan) berbanding cuti 2 bulan dulu yang rasanya cukup-cukup je. especially orang yang dah caeser 2 kali macam saya...pertamanya, tempoh nak baik luka luar tu agak lambat berbanding masa yang anak first dulu. Ye la, dah bukak tempat sama je. keduanya, bila dah dua ni makin sibuk la kite walaupun tengah pantang ...kalau dulu duk belai baby sorang je, memang terlebih la waktu rehat masa pantang tu, tapi ni nak kena layan si kakak jugak kan. ketiganya, masuk umur dua bulan lebih baby dah mula ada waktu tidur yang tetap dan kurang berjaga malam.so tak de lah mengantuk sangat waktu siang.. kiranya cuti bersalin 3 bulan tu memang sangat OK lah nak banding cuti 2 bulan ( untuk orang yang tak bercadang nak beranak ramai)...kalau boleh berhenti keje terus lagi best sebenarnya....



Tuesday, January 31, 2012

Saje je kan awak tu.....

Suatu hari ketika saya sedang bersiap-siap pakai tudung nak keluar, suami sedang siapkan beg barang anak-anak( ewah-ewah, sekarang dah guna kata ganda la pulak kan) , Tiba-tiba terdengar satu suara halus " one , two , twee, por, paish , sik , ben, et, nine, ten! "

Tu la die cik yaya kami. Selama ni sampai kering tekak duk ulang ajar mengira masa sebelum tidur or sambil turun/naik tangga , die buat derkkk je. Selalunya ikut orang sebut paling banyak pun sampai five je, masuk no six die mula la sengih-sengih, gelak-gelak, tak pon tukAr topik lain. Then tiba-tiba je waktu orang tengah kalut-kalut and tak hiraukan die, 'ummi, abah, suprise! I can now count one to ten' kata yaya dalm hati.

Sama la jugak macam satu dua tiga dulu, waktu orang ajar tak pernahnye ikut kira habis satu sampai sepuluh, pastu masa orang tengah sibuk-sibuk buat bende lain, tiba-tiba je dengar suara budak mengira satu sampai sepuluh sambil lompat-lompat atas katil.


Macam tu la jugak masa ajar die merangkak, penat ummi n abah duk pimaipimaitangtu merangkak depan die, die sengih-sengih je. Alih-alih je waktu orang tengah buat bende lain, tak main dengan die, die merangkak sendiri. Nasib baik ummi awak perasan tau.


Ok yaya, ummi tunggu awak suprisekan ummi dengan ABC pulak k.


Lepas ni turn adik iman pulak. Sila cari trick lain pulak ye.

Sent from my iPad

Friday, January 13, 2012

Menu berpantang: sungguh menyelerakan

Hari ini baru masuk hari ke-20 saya berpantang ( ada balance lg 24 hari ) dan sehingga ke hari ini menu harian saya adalah: Sarapan pagi: cereal with milk Makan tengahhari & malam: nasi putih berlaukkan ikan selar bakar/ daging bakar / sup ikan haruan / sup sawi Minum petang & supper: milo with biskut cream crakker / jacobs weetameal Buah-buahan : setakat ni hanya bedal buah oren sahaja. Supplemen : kalau dulu makan phytonatal nona roguy, kali ni makan vitamin shaklee yang confinement set tuh. Bosan hari-hari makan benda yang sama tapi perut dah lapar, sebat aje la walaupun tekak ni dah menjerit mintak mcd, kfc, kenny rogers, cheese cake, teh ais, pizza, donut dan lain-lain. Udang? Ketam? Yang ni kena pantang lama. Kalau nak rasa berdenyut- denyut kat tempat pembedahan silalah makan. Pantang saya setakat jaga makan je. bengkung, urut, tungku semua tak buat lagi. Tunggu dah sebulan baru nak start buat. Tapi dah habis 44 hari pun masih kena jaga makan jugak. Ada lagi satu perut yang nak kena jaga. Perut baby. Kesian kat baby sakit perut bila mak makan benda yang perut die tak tahan.

Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah

1. Telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan seberat 3.25 kg pada 9.29 malam 24 hb disember2011 di Hospital serdang. Telah cuba untuk melahirkan secara normal tapi dah tersurat olehNya, kena caeser juga akhirnya. Itupun setelah 3 kali di induce dan dah masuk drip untuk kuatkan kontraksi dan dah masuk dalam labour room, tapi laluan untuk baby keluar hanya buka 3 cm. Akhirnya doktor buat keputusan untuk hantar saya ke O.T sebab dah lama sangat sakit tapi tak juga buka jalan dan air ketuban dah pecah lebih dr 24 jam. 3 hari sakit kontraksi, mujurlah tak kuat sangat. Memang rasa dah putus asa bila tiap kali doktor check bukaan hanya 1 cm je lepas dah induce 3kali. Bila doktor tanya nak cuba masuk drip ubat untuk kuatkan kontraksi or nk caeser, sy dh jawab nk caeser. Tp hubby pulak suruh cuba normal...ok fine. Sy cuba mana tau kot2 boleh kan... Selepas 8 jam masuk drip, hanya bertambah 1 cm sahaja, terus doktor suruh siap nk hantar ke OT. FYI, ubat induce dan ubat drip tu dose yang kurang kuat berbanding biasa kerana dikhuatiri luka pembedahan yang lama terbuka. Agaknya kena ubat kuat lagi kot baru nk buka jalan. Itu baru sakit sebelum bersalin, sakit lepas pembedahan lain pulak ceritanya. Alhamdulillah baby sihat dan selamat. Muka pun ala- ala muka Yaya masa lahir. Jaundis pun sikit je tak perlu tahan di ward macam Yaya dulu. Hmmm, mungkin agaknya sebab Amalkan minum susu kambing dan makan epal hijau masa pregnant dan selepas bersalin Iman tak jaundis teruk. Kawan - kawan yang tengah pregnant mungkin boleh cuba mana tau kot - kot menjadi. 2. Terima kasih diucapkan kepada kawan2 dan saudara mara yang sudi datang melawat kat hospital dan rumah sambil bawa hadiah untuk adik Iman ;)