CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Saje je kan awak tu.....

Suatu hari ketika saya sedang bersiap-siap pakai tudung nak keluar, suami sedang siapkan beg barang anak-anak( ewah-ewah, sekarang dah guna kata ganda la pulak kan) , Tiba-tiba terdengar satu suara halus " one , two , twee, por, paish , sik , ben, et, nine, ten! "

Tu la die cik yaya kami. Selama ni sampai kering tekak duk ulang ajar mengira masa sebelum tidur or sambil turun/naik tangga , die buat derkkk je. Selalunya ikut orang sebut paling banyak pun sampai five je, masuk no six die mula la sengih-sengih, gelak-gelak, tak pon tukAr topik lain. Then tiba-tiba je waktu orang tengah kalut-kalut and tak hiraukan die, 'ummi, abah, suprise! I can now count one to ten' kata yaya dalm hati.

Sama la jugak macam satu dua tiga dulu, waktu orang ajar tak pernahnye ikut kira habis satu sampai sepuluh, pastu masa orang tengah sibuk-sibuk buat bende lain, tiba-tiba je dengar suara budak mengira satu sampai sepuluh sambil lompat-lompat atas katil.


Macam tu la jugak masa ajar die merangkak, penat ummi n abah duk pimaipimaitangtu merangkak depan die, die sengih-sengih je. Alih-alih je waktu orang tengah buat bende lain, tak main dengan die, die merangkak sendiri. Nasib baik ummi awak perasan tau.


Ok yaya, ummi tunggu awak suprisekan ummi dengan ABC pulak k.


Lepas ni turn adik iman pulak. Sila cari trick lain pulak ye.

Sent from my iPad

Friday, January 13, 2012

Menu berpantang: sungguh menyelerakan

Hari ini baru masuk hari ke-20 saya berpantang ( ada balance lg 24 hari ) dan sehingga ke hari ini menu harian saya adalah: Sarapan pagi: cereal with milk Makan tengahhari & malam: nasi putih berlaukkan ikan selar bakar/ daging bakar / sup ikan haruan / sup sawi Minum petang & supper: milo with biskut cream crakker / jacobs weetameal Buah-buahan : setakat ni hanya bedal buah oren sahaja. Supplemen : kalau dulu makan phytonatal nona roguy, kali ni makan vitamin shaklee yang confinement set tuh. Bosan hari-hari makan benda yang sama tapi perut dah lapar, sebat aje la walaupun tekak ni dah menjerit mintak mcd, kfc, kenny rogers, cheese cake, teh ais, pizza, donut dan lain-lain. Udang? Ketam? Yang ni kena pantang lama. Kalau nak rasa berdenyut- denyut kat tempat pembedahan silalah makan. Pantang saya setakat jaga makan je. bengkung, urut, tungku semua tak buat lagi. Tunggu dah sebulan baru nak start buat. Tapi dah habis 44 hari pun masih kena jaga makan jugak. Ada lagi satu perut yang nak kena jaga. Perut baby. Kesian kat baby sakit perut bila mak makan benda yang perut die tak tahan.

Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah

1. Telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan seberat 3.25 kg pada 9.29 malam 24 hb disember2011 di Hospital serdang. Telah cuba untuk melahirkan secara normal tapi dah tersurat olehNya, kena caeser juga akhirnya. Itupun setelah 3 kali di induce dan dah masuk drip untuk kuatkan kontraksi dan dah masuk dalam labour room, tapi laluan untuk baby keluar hanya buka 3 cm. Akhirnya doktor buat keputusan untuk hantar saya ke O.T sebab dah lama sangat sakit tapi tak juga buka jalan dan air ketuban dah pecah lebih dr 24 jam. 3 hari sakit kontraksi, mujurlah tak kuat sangat. Memang rasa dah putus asa bila tiap kali doktor check bukaan hanya 1 cm je lepas dah induce 3kali. Bila doktor tanya nak cuba masuk drip ubat untuk kuatkan kontraksi or nk caeser, sy dh jawab nk caeser. Tp hubby pulak suruh cuba normal...ok fine. Sy cuba mana tau kot2 boleh kan... Selepas 8 jam masuk drip, hanya bertambah 1 cm sahaja, terus doktor suruh siap nk hantar ke OT. FYI, ubat induce dan ubat drip tu dose yang kurang kuat berbanding biasa kerana dikhuatiri luka pembedahan yang lama terbuka. Agaknya kena ubat kuat lagi kot baru nk buka jalan. Itu baru sakit sebelum bersalin, sakit lepas pembedahan lain pulak ceritanya. Alhamdulillah baby sihat dan selamat. Muka pun ala- ala muka Yaya masa lahir. Jaundis pun sikit je tak perlu tahan di ward macam Yaya dulu. Hmmm, mungkin agaknya sebab Amalkan minum susu kambing dan makan epal hijau masa pregnant dan selepas bersalin Iman tak jaundis teruk. Kawan - kawan yang tengah pregnant mungkin boleh cuba mana tau kot - kot menjadi. 2. Terima kasih diucapkan kepada kawan2 dan saudara mara yang sudi datang melawat kat hospital dan rumah sambil bawa hadiah untuk adik Iman ;)