CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah

1. Telah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan seberat 3.25 kg pada 9.29 malam 24 hb disember2011 di Hospital serdang. Telah cuba untuk melahirkan secara normal tapi dah tersurat olehNya, kena caeser juga akhirnya. Itupun setelah 3 kali di induce dan dah masuk drip untuk kuatkan kontraksi dan dah masuk dalam labour room, tapi laluan untuk baby keluar hanya buka 3 cm. Akhirnya doktor buat keputusan untuk hantar saya ke O.T sebab dah lama sangat sakit tapi tak juga buka jalan dan air ketuban dah pecah lebih dr 24 jam. 3 hari sakit kontraksi, mujurlah tak kuat sangat. Memang rasa dah putus asa bila tiap kali doktor check bukaan hanya 1 cm je lepas dah induce 3kali. Bila doktor tanya nak cuba masuk drip ubat untuk kuatkan kontraksi or nk caeser, sy dh jawab nk caeser. Tp hubby pulak suruh cuba normal...ok fine. Sy cuba mana tau kot2 boleh kan... Selepas 8 jam masuk drip, hanya bertambah 1 cm sahaja, terus doktor suruh siap nk hantar ke OT. FYI, ubat induce dan ubat drip tu dose yang kurang kuat berbanding biasa kerana dikhuatiri luka pembedahan yang lama terbuka. Agaknya kena ubat kuat lagi kot baru nk buka jalan. Itu baru sakit sebelum bersalin, sakit lepas pembedahan lain pulak ceritanya. Alhamdulillah baby sihat dan selamat. Muka pun ala- ala muka Yaya masa lahir. Jaundis pun sikit je tak perlu tahan di ward macam Yaya dulu. Hmmm, mungkin agaknya sebab Amalkan minum susu kambing dan makan epal hijau masa pregnant dan selepas bersalin Iman tak jaundis teruk. Kawan - kawan yang tengah pregnant mungkin boleh cuba mana tau kot - kot menjadi. 2. Terima kasih diucapkan kepada kawan2 dan saudara mara yang sudi datang melawat kat hospital dan rumah sambil bawa hadiah untuk adik Iman ;)

12 comments:

Lifesaver Hamzah said...

iman sangat comel.suka sangat nama iman.boleh difikirkan untuk anak ke 2.hak2!

nnt post gambar iman buka mata ye ;)

fIzahjepp said...

tkpelaa yg penting ko n bb slamat...cube utk yg ke 4 nanti yerr =)

Raudhah anje said...

Capa: hehe...orait gak tu....bile nk no 2 nyer?
Ok nnt kite cube amik gambar iman tgh buka mata.

Raudhah anje said...

Fizah: aik. No3 pun belum dah no4?hehehe. Aku boleh smpai 3 je doc ckp.

eug|ena said...

alhamdullilah.. omedetou anje.. yg penting kita & baby selamat kan.. eh.. nape doc ckp 3 je?

eug|ena said...
This comment has been removed by the author.
masz14 said...

congrats anje. very cute baby. harap2 kakak yaya boleh tlg sama2 jaga adik.. :D

mama_irfan said...

anje omedetou. alhamdullillah dah slamat. tak kisah mana2 kan, yg penting dua2 selamat. muka bb iman sama cam yaya kan. nanti nak pi visit ko ngan bb ye. maybe this weekend. pantang ka umah mak peyoh ka?

Raudhah anje said...

Atie: pantang kat rumah sendiri. Datang la...iman tunggu aunty atie ;P

Raudhah anje said...

Mizot: erm.. Buka3cm je max

Raudhah anje said...

Mas: thanks.... Mmg yayatolong saangat. Tolong kacau adik hehe

FARHANA JAMIL said...

congratz raudhah...hello baby iman =p bestnye dpt bb girl... setiap org x same kan citer bersalinnye, bahagian masing2...