CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 13, 2012

Menu berpantang: sungguh menyelerakan

Hari ini baru masuk hari ke-20 saya berpantang ( ada balance lg 24 hari ) dan sehingga ke hari ini menu harian saya adalah: Sarapan pagi: cereal with milk Makan tengahhari & malam: nasi putih berlaukkan ikan selar bakar/ daging bakar / sup ikan haruan / sup sawi Minum petang & supper: milo with biskut cream crakker / jacobs weetameal Buah-buahan : setakat ni hanya bedal buah oren sahaja. Supplemen : kalau dulu makan phytonatal nona roguy, kali ni makan vitamin shaklee yang confinement set tuh. Bosan hari-hari makan benda yang sama tapi perut dah lapar, sebat aje la walaupun tekak ni dah menjerit mintak mcd, kfc, kenny rogers, cheese cake, teh ais, pizza, donut dan lain-lain. Udang? Ketam? Yang ni kena pantang lama. Kalau nak rasa berdenyut- denyut kat tempat pembedahan silalah makan. Pantang saya setakat jaga makan je. bengkung, urut, tungku semua tak buat lagi. Tunggu dah sebulan baru nak start buat. Tapi dah habis 44 hari pun masih kena jaga makan jugak. Ada lagi satu perut yang nak kena jaga. Perut baby. Kesian kat baby sakit perut bila mak makan benda yang perut die tak tahan.

1 comment:

Lifesaver Hamzah said...

sedap!!!!!menu pantang yg sedap dan sihat!