CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 25, 2012

hai hai hai

hai, saya dah kembali.....sungguh 'rajin' diri ku ini mengupdate blog ini kan...sampai ada orang komplen, bila bukak je tak de entry baru...siapalah agaknya orang tu kan. hehehe. bukannya apa, waktu sangat mencemburui diri saya...kat pejabat pun sibuk...kat rumah pun sibuk....almaklumlah, orang baru dapat kunci rumah, sibuk lah ke sana-sini cari barang nak bubuh kat rumah baru. Duit toksah cakap lah, mengalir deraih macam Niagara Fall dah. Si kakak Yaya dah request nak bilik warna pink, langsir warna purple. huhuhu.bukan main lagi ek. Walaupun dapat gaji baru bulan ni (gaji naik, harga barang pun naik), tapi terpaksa lah melupakan sementara hasrat dihati ini nak bershopping. Tunggu dah selesai semuanya baru bergiat aktif semula nak tengok (dan beli)  tudung ka, baju ka, henbeg ka.


Nampaknya sesi latihan potty Yaya dah membuahkan hasil yang positif. Yaya dah boleh shee shee dan u uk kat dalam potty. Yang paling susah sebenarnya nak ajar die membuang dalam potty for the first time. Ye la, selama ni seronok membuang dalam diaper, now nak kena membuang with bare butt, mesti lah lain rasa die kan. Tapi bila dah sekali die dapat 'feel' membuang dalam potty , senang la lepas tu nak pujuk die tak payah pakai diapers. Masa awal- awal nak ajar tu beberapa kali jugak terlepas shee shee kat lantai. tapi sekarang dah boleh bagi tau nak shee shee ke nak u uk. Jadi tinggal nak train Yaya untuk stay diaper less lebih lama, lepas tu  nak ajar membuang kat toilet pulak.

Si adik Iman pulak, sekarang tengah belajar nak angkat bontot sikit-sikit. Suka sangat masuk tangan dalam mulut, sampai dua-dua tangan sekali sumbat dalam mulut, kadang-kadang tu sampai nak termuntah sebab jolok dalam sangat. Macam tu jugak bila tunjuk mainan, die duk nganga nak masukkan mainan dalam mulut. Alhamdulillah, masih dapat nikmati khasiat susu ibu sepenuhnya.


Ramai yang cakap muka mereka berdua sama je. Memang pun. Bila tengok balik gambar-gambar  Yaya masa die umur lebih kurang adik Iman, tergelak sorang-sorang dibuatnya, sebijik jugak mukanya. Cuma Yaya lebih montel dari adik. Rasanya kalau ambik gambar Yaya masa umur 4 bulan ,pastu tunjuk kat orang kata ni adik pun orang percaya. Pastu ada yang cakap macam muka ummi, dan ada pulak yang cakap macam muka abah. hehehe. mana-mana pun boleh lah kan. :))