CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 29, 2012

iro iro


Ini adalah tray ice cube untuk solid food adik esya.
Kedua-duanya adalah silicon so lembut je dan mudah nak keluarkan makanan yang dah beku
Warna pun sangat menarik
Siap dengan penutup lagi tak payah risau makanan tercemar
Memang bersemangatlah lepas ni nak prepare solid food untuk esya.
Masa Yaya dulu guna ice tray yang biasa je.....kenapa la tak jumpa benda ni dulu..

Lagi satu teringin nak hand blender. senang nak buat puree  tak perlu guna blender biasa
selain buat puri untuk esya, boleh jugak guna untuk lenyek pisang  buat cekodok pisang.
Cik abe suka makan cekodok pisang
Maka boleh pujuk cik abe untuk beli hand blender
Nanti nak buat cekodok pisang senang, cepat dan mudah.


Yaya:
Asyik sebut nak pergi sekolah je
Sabar ye sayang...lagi 6 bulan je lagi...tahun depan ummi hantar pergi sekolah
Nanti belajar rajin-rajin ye
dah boleh membuang di toilet bowl orang dewasa.
Asyik nak berkepit dengan Ummi je..


Esya:
Dah mula diberi solid food
Pantang nampak Ummi mesti hulur tangan suruh ambik die
Sudahnya dua-dua orang duduk atas riba Ummi sampai tak boleh bergerak kemana dah



Thursday, June 14, 2012

ohikkoshi shimashita

Secara rasminya kami sekeluarga dah jadi warga presint 11 setelah 4 tahun menetap di presint 8. 
dan Akan jadi warga presint 11 sampai beli rumah lain pulak.
Walaupun rumah kecik tapi cukup lah untuk kami sekeluarga berteduh
Yang best nye dekat dengan rumah kami ada pusat kejiranan yang ada swimming pool. hohoho.
So sape-sape nak datang rumah kami boleh bawak baju spare skali kot nak terjun swimming pool ke kan..

Wednesday, June 6, 2012

rumble tuff duo best

Koleksi barang kesayangan yang terbaru
Rumble tuff duo breast pump
Boleh digunakan secara elektrik, bateri  mahupun manual
3 in 1. cuma bila convert ke manual tak sebest macam Avent. 
Motor die pun tak besar dan tak berat.
Dari segi bunyi pulak tak tau nak comment bising ke idak
Tapi takde lah irritating sangat ...kira ok lah

dan Yang paling penting harganya yang murah iaitu RM319 sahaja.
Masa beli ni tengah promo tapi normal price die pun tak mahal dalam RM399 gitu.
Memang sesuai sangat bagi ibu-ibu yang berhajat nak breastfeed anak sampai 2 tahun dan bajet tak berapa meriah macam saya.
Produk ni brand US dan baru masuk pasaran Malaysia...
kira tengah test market lah ni. 
Mesti meletop punye lah market die kat Malaysia
Warranty 1 tahun dan service centre die kat seri kembangan


Sebenarnya dalam dilema jugak masa nak beli ni...duk timbang nak beli ni ke atau first year. Yang tu mahal sikit RM450 harga promo. Normal price RM499. Tapi dapat tote bag sekali dan die punya motor sangat kecil okeh. Then bila tgk yang ni boleh manual, terus tak pikir banyak. Sesungguhnya saya sedar diri yang saya ni pelupa. Agak-agak lupa nak charge bateri dan takde electric point masa nak guna tu boleh guna manual kan...hehehehe.

Mari mengepam tambah stok susu bebanyak untuk yang tersayang

Tuesday, June 5, 2012

short n simple

kasihan sama kamooo cik blog....
maaf lah yer...
tuan blog sangat tiada mood nak mengupdate...
banyak sangat perkara duk fikir dalam kepala otak ni 
hal kerja,hal keluarga, hal anak-anak, hal diri sendiri
belum jadi perdana menteri lagi kan...
lagi serabut kepala otak nak pikir macam-macam
hujung minggu ni plan nak pindah rumah dari presint 8 ke presint 11
dan jumaat ni adalah hari lahir Yaya yang ke-3
tapi mungkin celebrate sekali masa housewarming nanti..Insya Allah