CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2012

tudung oh tudung

Macam yang kita semua maklum, dah ada bermacam-macam 
fesyen tudung sekrang ni. Yang lilit-lilit, yang tingkat-tingkat,
 sulam-sulam, batu-batu, awning lembut, awning
keras dan macam-macam lagi la. Tudung ni dah jadi satu 
industri fesyen yang sedang melonjak naik selain baju n seluar 
n kasut. Harga tudung yang ditawarkan pun boleh
tahan mahal. Ada jugak brand-brand tudung yang design 
dan jual tudung secara
exclusive dan jadi rebutan ramai peminat tudung @ brand itu.

Geram sebenarnya bila tengok tudung yang bermacam fesyen
 itu. Tengok model gayakan tudung tu nampak cantik dan 
macam mudah je die pakai. Tapiiiiiii apakan daya, cek
tak boleh nk pakai tudung belit-belit....sedihhhhh . 
Jangankan shawl @selendang ,tudung bawal pun tak boleh 
belit aspecially kat area leher tu... mula la rasatercekik la, 
nak termuntah la atau yang paling teruk, rasa geli geleman 
kadang rasa macam nak koyak tudung sebab dah tak tahan 
sangat.

Sudahnya tinggal la jenis tudung segera berawning 
(rasa bulat bebenor muka i kalau pakai yang tak berawning tu) 
yang tak perlu beli-belit sampai tercekik leher  untuk
saya pakai. Yang itu lebih selesa,mudah dan cepat nak 
digayakan. Tudung awning pun dah bermacam fesyen dah 
sekarang. Pengeluar tudung pun masing-masing berlumba
keluarkan design terbaru yang cantik  dan gojes untuk dimiliki 
oleh peminat fesyen tudung. Yang mampu boleh dapatkan 
tudung branded yang berharga ratusan ringgit, yang
kurang mampu pulak boleh cari design ala-ala  yang 
branded tu tapi harga lebih murah,   Dah pernah cuba
kedua-duanya, dan of course lah lebih puas hati pada 
yang branded tu...Tapi kadang-kadang harga yang ditawarkan 
tak masuk akal pun ada.Dannnnn yang paling penting,
 dalam nak berfesyen tu jangan lupa tujuan utama kita 
bertudung iaitu untukmenutup aurat mengikut syarak yang 
ditetapkan ...pesanan untuk diri sendiri jugak
ni...heheheh... PEACE V(^0^)V