CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2012

Syawal 2012

Dah nak masuk 2 minggu  kita berada di bulan Syawal. Syawal kali ni agak suram sebab keluarga kami kehilangan seorang ahli yang telah pergi mangadap Ilahi pada 2 syawal yang lalu. Beliau adalah datuk kepada suami saya dan moyang kepada Yaya dan Esya. Al-Fatihah. Nasib baik tahun ni beraya di Kelantan dan sempat jumpa Tok ayah buat kali terakhir. Masa melawat tok ayah di wad tengahhari 2 syawal tu, semua perasan yang si Esya asyik tengok je kat Tok Ayah. Sebelum ni tak pernah pun dia buat macam tu.
Si Esya dengan Yaya pulak demam, batuk dan selsema masa di Kelantan bawak ke Putrajaya. Mujur hari ni dah baik, kalau tak malam-malam asyik terjaga je dengar derang batuk-batuk....
Kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah kami tu jemput la datang ...yang mana tak dapat datang masa kami buat aqiqah hari tu boleh je datang raya ni....

Hari ni juga dapat berita yang kawan sekereta saya pergi dan balik kerja dah masuk hospital sebab dah keluar tanda nak bersalin...semoga selamat ye Yana. Cita-cita die nak Anak Merdeka...hehehe kita tunggu je la berita gembiranya nanti.

Anak-anak pulak macam biasa, Esya dah boleh merangkak, tapi skip mengesot, lepas meniarap terus merangkak. Masih lagi dikurniakan rezeki susu ibu. Gigi belum ada lagi, tapi tengah gatal gusi habis segala benda dia nak gigit. Pantang nampak makanan mesti terlonjak-lonjak minta disuapkan. Ayooo awak tu baru 8 bulan ye ...harap bersabar.

Dan yang paling menyakitkan hati pada minggu ini adalah pembantu rumah warga indonesia kami yang kontrak dengan kami ada lagi 19 bulan dah cha alif but dari rumah kami akibat terlalu tamakkan wang gaji yang lebih tinggi dan terlebih 'cerdik'. Passport ada pada kami, laporan polis dah buat, permit kerja pun dah kena senarai hitam, ko agak-agak ada ke orang nak amik ko kerja? bagi ko gaji tinggi? hajat di hati dia tu nak kerja jaga kedai...senang la nak menggatal dengan jantan. even ada pun orang amik ko kerja, esok dah bertahun-tahun ko kat sini,ko nak balik ke negara asal ko macam mana? huh, pandai-pandai la ko nak hidup ye perempuan. ni gambar minah tu (minah jugak yang dapat nama)



PS I.L.U : Benarlah kata pepatah , Orang tamak selalu rugi

No comments: