CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 25, 2012

makanan kulit

salam semua....lamanya saya tak bersiaran...
terlalu banyak perkara yang perlu dibuat kat ofice dan kat rumah.
Alhamdulillah semua sihat belaka

Baru ni dah berjaya restock 'makanan kulit' saya....




Kali ni top-up beli pencuci muka dan emulsion sahaja
Emulsion tu sebenarnya mosturizer.
Yang lagi 3 barang kat sebelah kanan gambar tu free gift.
Dah lama saya guna produk ni sejak diperkenalkan oleh kawan baik saya, Iza.
Setakat ni yang saya pernah cuba pencuci muka, toner, emulsion, body wash , body lotion, hand balm
dan beberapa barang kosmetik.
Produk ni adalah produk dari korea.
Ada tulis di belakang botol/bekas 'made in korea'
Kenapa saya suka produk ni?
satunya, sebab dia lembut. tak macam sesetangah produk yang terlalu kuat sampai rasa pedih kulit muka bila pakai. Tapi nak dapat lihat perubahan pun ambil masa jugak. kena pakai dlm sebulan baru nampak kesan.
keduanya, ada macam-macam perisa, sayur, madu, buah-buahan. perisanya pulak akan diupdate.
pastu boleh campur-campur perisa. contohnya pakai pencuci muka perisa black sugar, then toner dan mosturizer bleh ambil perisa lain like tomato ke, apple ke.
Ketiganya, setiap pembelian RM20 dapat 1 point. Kumpul-kumpul point bleh redeem hadiah mengikut bilangan point. Lagi banyak point lagi grand lah hadiahnya.
dan points tu tak de expired date. Simpan je selagi mampu.
keempatnya, tahan lama. satu botol emulsion tu boleh tahan 3-4 bulan.
Orang yang malas pakai macam saya boleh tahan sampai 6 bulan.
kuikuikui

Tapi kedai skin food ni tak pernah ada sale. (sob,sob...tu je la yang tak bestnye)
Tak pernah berdiskaun lah pendek kata. 
Biasanya kalau dia buat promotion adalah dia bagi barang percuma.
Saya pernah dapat payung.
Tapi setiap kali beli barang mesti dapat sampel macam yang saya dapat tuuu..
Range harga pulak, RM 50 - RM 100 untuk satu barang.
Barang-barang kosmetik murah la skit, RM 20 -RM 50 untuk se barang.

Setakat ni masih setia dengan produk ni...agak-agak dah borink esok maybe bleh upgrade ke SKII pulak kan...kopak la makcik.

 
 

No comments: