CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 7, 2012

perlindungan

Dah jadi orang perempuan ni banyak lah bende nak kena jaga kan...jaga kulit, jaga badan, jaga makan, jaga anak, jaga suami , jaga rumah , jaga malam susukan anak, jadi jaga je belum lagi.... dan tambah pulak lagi satu, berjaga-jaga untuk tidak  hamil dalam tempoh tertentu. Ada banyak kaedah untuk merancang kehamilan yang available. Tambah pulak saya dah melalui 2 kelahiran melalui c-sect, so kenalah lebih berhati-hati. Dalam Islam pun digalakkan menjarakkan anak untuk pastikan ibu betul-betul sihat dan fit sebelum pregnant lagi. Tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi, kenalah terima kan.

Dan saya memilih pil perancang NORIDAY . Ni pun setelah berbincang dengan doktor untuk dapatkan kaedah perancangan yang paling sesuai. Implanon macam agak scary sbb kena tanam tiub dlm lengan. Tapi sekali je pakai lepas tu dah takyah risau terlupa makan ubat ke hapa kan.

Pil noriday ni hanya sesuai untuk ibu2 yang fully breastfeed ( menyusui anak sepenuh masa dan tak campur susu formula) . Breastfeed itself adalah salah satu kaedah merancang tapi susah kita nak kawal. Ok, sambung balik pasal noriday. Noriday ni Kiranya pil perancang yang paling mild  dan tak menggangu hormon penyususan mcm pil-pil hormon yang lain. Perlu diambil setiap hari tanpa miss walau satu hari pun.

Alhamdulillah sejak ambil pil ni dari anak pertama, then stop sekejap masa pregnant anak kedua, now masih setia  ambil  sampai pregnant anak no 3 pulak (kot), berat badan dan bentuk badan tak naik. Masih boleh pakai baju-baju dan seluar lama . Pastu period pun tak ganggu, datang setiap bulan, production susu pun maintain macam biasa.

Tapi tak dinafikan, ada juga orang yg ambil pil ni badan naik, period terganggu dan sebagainya. Semua tu depends pada orang, mungkin tak sesuai dengan pil ni dan kena cuba kaedah yang lain. Apa-apa pun, kaedah semulajadi adalah yang terbaik, cuma tak boleh rely on it 100% tu yang terpaksa juga ambil extra protection.