CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 25, 2013

2013 first family trip

Alhamdulillah dah selamat pulang dari family trip ke Kota Kinabalu, Sabah. It's my first time visiting Sabah Negeri di bawah Bayu. And it's the gurls first time travelling by   airplane. Luckily the gurls behave along the journey. Yaya memang excited dapat naik flight dan memang dah pesan kat die dari awal, Jadinye tak banayak meragam. Cuma Yaya yang memang tak berapa sihat masa bertolak, boleh 'membuang' pulak kat atas flight. Esya awal-awal berlepas tu dah tido, bangun dari tido main dengan Yaya. Masa nak landing je menangis, maybe telinga die rasa bengap due to air pressure.

Tak lama pun di sana. 2 hari je. Tambah pulak  dengan budak-budak ni, memang susah sikit la nak berjalan sakan.

We stayed at Promenade Hotel which situated right across the waterfront. And we also notice a newly opened Hard Rock Cafe, Kota Kinabalu there. So, To all Hard Rock Cafe items collector, don't forget to get  something  here and  complete your collection. We only bought 2 pieces of kid shirt for the gurls. Ummi tak berapa minat sangat baju HRC sebab semuanya short sleeve. Abah pulak dah banyak sangat t-shirt HRC sampai ada yang hilang . 

Dah sampai Sabah bah tak sah la kan kalau tak makan seafood di sana. Semuanya fresh dan ikan pelik-pelik yang susah nak jumpa di semenanjung. Me hanya sempat cuba rasa Siput tarik. Seafood jenis kerang-kerangan tak berani nak cuba since baru-baru ni ada kes orang meninggal keracunan lepas makan kerang.

Yang lagi satu tak sah kalau dah sampai KK adalah menyopping di Pasar Filipina. Banyaknye barang kraftangan, perhiasan mutiara yang menarik kat situ. Rambang mato den. Semua nampak cantik. Yang tak berapa nak cantik adalah duit dalam dompet. segenap ruang dalam bangunan pasar tu penuh dengan barang. Kebanayakannya lebih kurang aje, cuma design lain-lain. Harga pun boleh tawar menawar. Sebelah pasar kraftangan adalah pasar ikan masin. Pun penuh dengan ikan masin, ikan bilis, udang kering, rumpai laut kolagen. semua nampak lebih kurang je, bergantung kepada kepandaian kita nak tawar menawar. Lepas membeli, Boleh minta pekedai packing terus dalam kotak ,seal elok-elok supaya mudah nak bawak balik naik flight. Sebelah pasar ikan masin pulak adalah pasar ikan basah. kat sini lah hasil tangkapan laut yang baru dibawa naik ke darat dijual.

Kat sini pun boleh beli seafood banyak-banyak, masukkan dalam ice box then masuk dalan kotak bungkuus kemas-kemas untuk mudah bawak balik ke semenanjung. Harga seafood di sini adalah lebih kurang separuh harga lebih murah daripada di semenanjung. PAgi-pagi hari sebelum nak berangkat pulang ke  tu boleh lah membeli disini. Yang dah siap-siap frozen pun ada tapi harga ada sikit mahal.


Hard Rock Cafe Kota Kinabalu
sutera harbour....air sangat jernih kat sini...boleh nampak ikan-ikan  dan batu karang kat dalam air




The Cafe right across promenade hotel (building on the right side of this pic. is promenade hotel)





The waterfront



Pasar filipina (pasar kraftangan)



Sugar bun Tanjung Aru

No comments: