CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 18, 2013

makan untuk sihat

apa itu supplement @ makanan tambahan? Vitamin, jamu jami, pati jus buah, madu, minuman premix kolagen+ kacip fatimah,+tongkat ali+acai berrry + blablabla+ herba herbi? kenapa kena ambil supplement? Nak tambah susu badan, nak lebih cergas, nak elak penyakit-penyakit, nak cantik, nak bagi suami sayang?

sekarang ni terlalu banyak iklan makanan kesihatan. masing-masing duk promote kelebihan produk masing-masing. sampai naik konfius sy sebagai pengguna nak pilih produk apa yang paling terbaik dari ladang segi effect kepada kesihatan, value for  money dan yang paling penting, tak memudaratkan diri sendiri dikemudian hari. Ada orang kata bila ambil supplemen badan rasa lebih bertenaga, segar, tak letih walau dah buat macam-macam kerja sepanjang hari. Range harga pulak dari berbelas ringgit sampai la beratus ringgit untuk sekotak  yang tahan tak sampai sebulan.


Tapi disebabkan saya memang jenis agak fobia dengan ubat-ubatan, banyak kali fikir jugak nak ambil sesuatu produk  tu. Even kalau demam pun makan panadol 1-2 kali  sehari walaupun kat plastik ubat tulis 4 kali. Tambah pulak sekarang ni hari-hari memang terpaksa makan Noriday (kes tak boleh teraccident, mesti kena tunggu 2 tahun) bertambah-tambah lah rasa keberatan nak ambil makanan tambahan. Setakat ini belum jumpa lagi yang rasa berkenan dihati untuk dijadikan stok makanan tambahan.

Disebabkan faktor-faktor di atas, sudahnye saya cuma ambil kapsul habbtussauda  dan multivitamin untuk ibu menyusukan. Hehehe..Agak-agak ape supplemen yang best untuk saya ambil? Tapi tolong jangan cakap shaklee sebab saya tak boleh telan kerana pilnye terlalu besar untuk anak tekak saya. Dah cuba dulu masa berpantang, mula-mula OK lagi, dah sebulan asyik telan pil yang sama, sampai pil dah masuk boleh keluar balik.




No comments: