CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 4, 2013

pahala banyak

Pada suatu petang dihari minggu, Yaya ajak pegi playground. Tapi disebabkan malas nak menapak ke playground sambil kena dukung Esya, ajak Yaya main bola kat laman sekangkang kera kat belakang rumah kami. Masa tengah main tu Yaya ternampak paip air, dia kata nak basuh bola die. Me ok je la. Lepas basuh bola die cakap nak ambil air sembahyang...me kata ok lagi. Lepas ambil air sembahyang, kami sambung main. Tiba-tiba Yaya depa tangan buat gaya macam tengah angkat kotak besar. Padhal tak ada apa2 pun kat tangan.Die pegi jalan sampai depan pintu then letak 'kotak' tu depan pintu.


Yaya: Ummi, tu Tuhan bagi pahala (nada pelat)
Me: Ha? apa die? Tuhan bagi pahala?
Yaya : Aah tu (sambil tunjuk kat tempat die letak 'kotak' tadi )...banyak...
Me: Tuhan?
Yaya:aah
Me: bagi pahala?
Yaya: aah
Me: .........


Sambung main


Me: Dah jom masuk rumah Ummi dah penat. Dah nak maghrib dah....

Yaya pon jalan ke pintu Sebelum, masuk rumah, bongkok badan angkat 'kotak' tadi bawak masuk rumah...



No comments: