CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, March 20, 2013

perbezaan

Maaf lah kawan-kawan...sejak akhir-akhir ini memang jarang mengemaskini blog saya yang tak seberapa ini...Sibuk sangat-sangat...yang sedihnya sibuk dengan urusan dunia :(  Sibuk dengan kerja pejabat yang menimbun dan tak habis-habis, sibuk uruskan rumah tangga dan anak-anak. Tapi tak apa la, semua itu pun merupakan salah satu ibadah jugak kan. Sambil menyelam, sambil minum air.

Dalam sibuk-sibuk menguruskan 2 orang kanak-kanak ribena tu, Sempat jugak terpersan karenah budak-budak ni. walau pun umur anak no 2 baru setahun jagung, dah nampak dah perbezaan karektor antara keduanya. hehehe...Yang no 1 lebih manja dan dependent, Nak main, tapi kena ada orang teman , Sebelum buat sesuatu akan tanya mintak kepastian dengan Ummi/abah dulu.  Yang no 2 lebih independant dan manja sikit-sikit je. Tau-tau je dah lesap pegi main sorang-sorang. Senyap-senyap kang pegi celup tangan, kacau-kacau air dalam bekas ikan guppy peliharaan mereka berdua.

Tapi keduanya ada persamaan, 1) kuat suka makan  , 2)dua-dua asyik nak berkepit dengan Ummi. Ini mesti hasil daripada penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada dua budak itu. hmmmm ini baru 2 orang, bayangkan orang dulu ada 7-8 anak, 10 anak pun ada. Mau tak pening kepala nak handle.

2 comments:

Hazrina Nasir said...

Salam Anje. Selamat berkenalan. 1st time nk tegur. Altho dah kenal Anje dr jauh lama dah kot. I first noticed u when u were in AAJ and I was in Asasi. Nway ur doters are so tembam n adorable :)

Raudhah anje said...

salam rina. thanks and salam perkenalan. saya pun dah lama kenal rina cuma tak pernah tegur je :P selalu baca blog je kan.
schoolmate peyuh and kawan kepada kawan saya aini hairida. dah jadi agent shaklee ye sekarang? semoga success selalu.