CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 22, 2013

Family trip 2013 (samb.)

Sambungan kepada cerita di entry sebelumnya.

kedai ubat tabib
Selepas selesai mencuci mata di kedai sutera, kami sekali lagi dibawa menaiki bas ke sebuah lagi kedai milik kerajaan China. Kedai kedua ialah pusat refleksologi dan ubat china. Sesampai di sana kami dikumpulkan di dalam satu bilik. Kemudian sebesen air panas yang diletak uncang rendaman kaki diletakkan dihadapan setiap orang dan diminta untuk merendam kaki di dalam besen tersebut selama 15 minit. Sesambil tunggu 15 minit tu habis, sesi penerangan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan perubatan china dibuat.
Selepas cukup 15 minit, kaki kami dipicit oleh pekerja di tempat tu, sambil2 picit tu akan ada tabib yang kononnya dari Tibet akan memeriksa tapak tangan kita dan 'meneka' penyakit yang hinggap di tubuh kita. Macam saya tabib tu kata ada tekanan darah rendah. Ada betul la jugak sebab saya punya blood pressure memang rendah berbanding average, cuma belum masuk paras bahaya. Lepas tu dia teka pulak saya ada migrain, saya cakap tak ada. Pastu cubaan yang ketiga si tabib tu masih gagal meneka yang saya selalu sakit kepala. Pastu dia kata saya ada sinus. ermmm entahla betul ke tidak. Tapi disebabkan tekaan-tekaan die tu byk yg salah, tabib tersebut membuat kesimpulan tiada penyakit yang serius pada saya.
Tapi ada juga ahli rombongan kami yang agak berumur dikatakan mengidap macam-macam penyakit serius dan disuruh beli ubat yang dirumus khas untuk penyakit-penyakit yang disebutkan. Ubat-ubat yang dijual disitu aagaka mahal namun belum diketahui keberkesanan nya. Macam Suami saya disuruh beli ubat untuk penyakit angin  dengan harga 800 yuan = RM400. Tapi dinasihatkan jangan percaya sangat dengan helah derang tu. Kalau betul pon apa yang diteka tu, baik beli ubat dekat tabib Cina di Malaysia.

Kedai buluh

Lepas kena temberang di kedai tabib Cina, kami dibawa pula ke kedai yang menjual produk yang diperbuat daripada buluh (take).....MAcam persembahan silap mata pun ada. Sekali lagi kami di kumpulkan di dalam bilik untuk mendengar penerangan (promote) produk-produk yang dihasilkan daripada buluh.Promoter tu tunjuk lah buluh sebagai penyerap bau dalam peti ais, buluh buluh jadi agen pencuci, buluh dibuat jadi tuala dan tisu  pengelap, ada juga pakaian dalam dan t-shirt yang diperbuat daripada buluh. The main point yang cuba disampaikan oleh promoter disitu ialah, buluh ni bahan penyerap yang bagus dan material yang menyejukkan. Saya masih tak beli apa-apa di sini.

Acrobatic show
Lepas ke kedai buluh, skali lagi kami di bawa menaiki bas untuk menonton persembahan akrobatik. Semua sedia maklum, China memang terkenal dengan seni akrobatik. Memang mengagumkan . badan orang yang membuat persembahan tu sangat lah lembut macam tak de tulang. Dan mereka memang cekap lah tangkap bola dan barang-barang lain yang mereka baling.  Memang worth it lah tengok persembahan ni. (padahal tiket tak beli pon.)

Lepas habis tengok akrobatik show, kami pergi makan dan balik Zzzzz kat hotel. Habis satu hari yang memenatkan

(bersambung lagi daaaa)

1 comment:

@kutopsecret (Dahlia) said...

sy suka tgk Acrobatic show. kalo kat malaysia ni tgg chineess new year jer la..boley tgk kat mid valley. mereka diterbangkan khas dari China.

tabib cina byk temberang. cina kalo tak temerang mmg tak sah kot. biasalah tu kan antara asas berbiz org cina.