CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 22, 2013

family trip 2013 (sambungan lagi)

Day 3


Hari ni semua ahli rombongan excited selepas semalam dapat urut kaki free jadi hari ni semua orang berkobar-kobar nak panjat ke puncak the Great Wall . Ye, awal pagi lagi kami di bawa bersarapan di restoran untuk kumpul energy nak naik great wall...Sarapan untuk hari ni ialah nasi goreng cina , telur dadar, fries dan roti + jem strawberry. Lepas sarapan kami memulakan perjalanan yang ambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke great wall...masing-masing ambil peluang recharge atas bas. dah la tak cukup tido semalam. Tour guide lepas bagi taklimat sikit  , bagi peluang kat kami merehatkan diri sementara nak sampai great wall.


Sampai great wall masing-masing dah teruja. Bukan senang nak dapat tengok benda paling ajaib di dunia. Saya sendiri pon rasa ajaib jugak macam mana orang zaman dulu boleh buat binaan kat atas bukit ditengah hutan yang panjangnya 6700 km. KM hokey bukan meter....berlingkar-lingkar je tembok besar China tu ikut puncak bukit...bukit tu turun, die turun, bukit tu naik die naik. Kami sekeluarga ambil peluang bergambar kat sini. Nak panjat sampai ke menara puncak tu memang surrender lah. Kalau ikut kan, Boleh je nak panjat, tapi sebab ada budak 2 orang tu, terpaksa la batalkan niat suci murni ku itu.

 Nampak tak menara kat bukit belakang kami tu, tu sebenarnya bersambung dengan tempat kami berdiri tu.

 Sape-sape yang larat boleh la panjat sampai ke puncak. NAik tangga je.

Sempat pulak si esya, yaya n tihah(sepupu) buat persembahan

Lepas lepak-lepak dan beli souvenir sikit kat great wall, kami pegi makan dan solat di restoran halal. besar kedai makannye, macam dewan makan. Tempat makan di tingkat 3. Lepas makan, shopping di tingkat bawah. Ada kedai jual lapik meja, kerusi, runner yang sulam-sulam tu. CAntik si penjualnya nama Amina, chinese muslim. Harga boleh tahan la.

KEDAI JED

Lepas bersantap, kami singgah pula di kedai menjual batu jed asli. MAsih kedai kerajaan. Orang China kan minat dengan batu jed ni. KAlau kita simpan emas, diorang simpan batu jed.Batu jed ni dianggap barang berharga dan jadi warisan turun temurun sesebuah keluarga . Selain itu, batu jed juga dikatakan boleh menjaga kesihatan si pemakainya sebab batu kan dari dalam tanah, so banyak kandungan mineral. Macam-macam produk yang dihasilkan dari batu jed. Ada perhiasan rumah, bantal, barang kemas. HArga bermacam-macam. Ada yang murah dalam ratusan ringgit, yang mahal boleh sampai puluh ribu ringgit. Saya TAk beli apa-apa pon kat sini sebab tau tak akan pakai.

Kedai Mutiara asli.

Lepas cuci mata kat kedai jed, kami cuci mata sekali lagi di kedai mutiara asli. Sebelum boleh cuci mata, kena dengar sesi penerangan dulu. Bla..bla..bla...Die ajar cara nak kenal mutiara asli atau tiruan. Mutiara asli bila digosok sesama sendiri akan menghasilkan debu/habuk mutiara tetapi butir mutiara tu tiada kesan calar kena gosok. Masih berkilat macam tak de apa-apa berlaku. Pastu , selain dijadikan barang perhiasan wanita, mutiara juga dijadikan krim muka dan serbuk mutiara yang boleh dimakan. Tapi saya macam takut je nak makan. Ada dapat sampel serbuk mutiara. Baik untuk kulit katanya. Tetiba masuk pula seorang lagi wanita ke dalam bilik kami dan memperkenalkan dirinya sebagai anak tauke kedai mutiara. Saya tak dengar semua penerangan sebab si esya dah menangis kat dalam bilik tu. dah bosan agaknya. So pergi round-round kat luar. Tak lama lepas tu dapat tau anak bos bagi cincin mutiara free. So pegi masuk balik bilik ambil cincin mutiara. pastu keluar balik ...hehehe...Lepas selesai sesi penerangan baru lah kami dibawa ke sebuah bilik yang mempamerkan barangan perhiasa mutiara seperti gelang, rantai , subang, keronsang. Anak tauke tu bagi special offer. HArga asal 2000 yuan tapi sebab die anak tauke, die kasi harga 300 yuan je...RAmai gak yang beli. Seperti biasa, saya tak beli apa-apa pon di sini. rantai +gelang + keronsang yang dibeli kat sabah pon tak pakai lagi.  LAma jugak la kitorang kat sini. keluar kedai dah gelap dah.


Secara jujurnya, pada pandangan saya, mutiara yang digunakan memang lah asli. Tetapi bahan yang lain yang digunakan untuk membuat gelang, cincin, rantai, keronsang tu kurang berkualiti. Terpulang la pada individu nak beli ke tak...

Lepas tu kami pergi makan dan Zzzzzz kat hotel....





2 comments:

Love Razila said...

Yeah,,,ada sambungan lagi ke ni?? teruja nak baca =)

Raudhah anje said...

hehehe...ada lagi...tunggu...lagi best punya entry.