CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 20, 2013

family trip 2013

The 4 of us went to Beijing ,China from 13 - 17 August and it's our 2nd family trip for this year. the first family trip was on January where we went to K. Kinabalu. Fuhhhh...memang penat lah bila berjalan bawa 2 budak kecik. Nasib baik trip kali ni pegi ramai-ramai dengan MIL,FIL SIL, BIL, menjadikan total 15 orang (10 dewasa, 5 kanak-kanak/bayi). Itu belum campur family abang kepada MIL. Belas-belas orang jugak. JAdinya, dalan bas tu family kitorang je.


Mula-mula sekali sebenarnya ada orang offer pakej ground Beijing dengan harga RM44 untuk 4 hari 3 malam.Pakej termasuk penginapan, penagngkutan dan makan (halal) . Kami book pakej tu dulu kemudian baru cari tiket flight ke Beijing. Kebetulan ada MATTA fair di PWTC pada bulan MAc 2013, so pegi la survey2 tiket flight. Dapat la mem'book' tiket MAS dengan harga RM10XX bagi dewasa dan kanak-kanak atas 2 tahun dan RM56 bagi bayi bawah 2 tahun (si esya la tu) . so, Pakej ground dah dapat, tiket dah dapat, pasport dah buat, tunggu masa nak berangkat je lah.Owh, sebelum berangkat, kena la tukar duit dulu. matawang di sana ialah RMB=renminbi ataupun dipanggil jugak yuan. RM1 = 2 yuan lebih kurang.
Kami sekeluarga bawa duit  4000yuan. Better tukar siap-siap sebab disana susah nak tukar duit Malaysia. Ada jugak peniaga yang terima duit Malaysia tapi dengan nilai tukaran yang lebih mahal. Kad kredit boleh guna di kedai2 yang ada perkhidmatan tersebut sahaja.

Day 1:

Berangkat dari Malaysia ke Beijing,China  dengan menaiki pesawat MAS . penerbangan mengambil masa 7 jam lebih sebab pilot main pusing-pusing atas awan. Tak tahu kenapa delay. Masa yang sepatutnya ialah 6 jam lebih. Mujur anak-anak tak meragam sangat sebab dah pernah naik flight sebelum ni.Yaya sampai dah tahu duduk atas passenger seat terus pakai seat belt sendiri. Sampai di Beijing pun ambil masa lebih kurang 2 jam utk keluar dari airport.Keluar airport jumpa dengan tour guide kami, Miss Anita. Dia boleh berbahasa Melayu + indonesia tapi dia bukan muslim. Sampai di hotel terus tidur. Kami menginap di Jin Hui business international hotel. Hotel 3 bintang. Bilik OK lah, macam bilik hotel kat malaysia. Cuma staff tak reti berbahasa inggeris. International lah sangat.


Tour guide kami ,Miss Anita (tak reti nak rotate gambar)

Day 2

Awal pagi dah kena bangun bersiap-siap. Hari ni special sikit sebab sarapan dihantar ke bilik. makanan yang diberi ialah kobis goreng kicap, cucur macam kuih cakoi , dan kentang goreng tapi disalut rempah. kentang goreng je la yang boleh masuk dengan tekak ni. Nasib baik ada bawa bekalan dari malaysia iaitu bubur in the cup. rendam bubur dengan air panas dan bancuh kopi 3 in 1 takut kelaparan sebab hari ni nak pegi jalan-jalan.


Breakfast hari pertama.


Lepas sarap, kumpul di lobi untuk memulakan lawatan kami. Kami dibawa menaiki bas seperti dalam gambarajah di bawah:







Tempat lawatan pertama kami ialah Tiananmen Square dan forbidden city. Tiannanmen Square  ni macam Dataran Merdeka kita lah. tapi lagi luas.Orang tersangatlat ramai, tambah pulak masa kami pergi ni musim panas. Tak tumpu perhatian sangat sebab cuaca panas terik. Tiananmen Square dan forbidden city terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Forbidden city pulak ialah kawasan istana lama zaman dinasti-dinasti, maharaja maharani China dulu. Sekarang dah tak ada sistem beraja kerana telah digulingkan sebab Maharaja dolu-dolu zalim.Nak tau ceritanya kenalah pergi ke Beijing sendiri. kehkehkeh

Tiananmen square (tak reti nk rotate gambar lagi)


 Forbidden city

Lepas melawat dua tempat ni, perut pon dah lapar lalu kami dibawa ke restoran untuk makan tengah hari. Makan di restoran halal. Menu adalah nasi putih + lauk ayam masak style Chinese + Sayur-sayur + Ikan + Daging + Jagung + Kentang goreng +telur dadar yang besar + Buah tembikai + Air teh atau air kosong. Itu jela menu makan tengah hari dan malam kitorang yang di rotate sepanjang di Beijing.


restoran yang signboard hijau tuh


Selepas makan, kami dibawa sekali lagi dengan menaiki bas ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar. Sambil-sambil tu mandikan budak berdua tuh sebab kesian dah berpeluh-peluh dan rimas. Kalau ikut hati saya pun nak mandi jugak tapi tak bawa baju tukar pulak. Lagipun agak-agak la nak mandi masa tu. Dah la ahli rombongan lain semua kat situ.

 Masjid yang tak diketahui namanya


Masjid Nando ya.

Rekabentuk masjid kat sini memang cantik ala-ala tokong china gitew...tapi tanah je yang lebih luas, ruang solatnye kecil aje. Kebanyakan nye tempat ambil wudhuk dan tandas dibangunan lain dengan tempat solat. Tapi kawasan masjid nye bersih sebab ada orang jaga.


Lepas solat kami di bawa melawat ke kedai Sutera asli China. Kedai-kedai yang tour guide kami bawa semuanya kedai kerajaan  dan menurut miss Anita, tak perlu risau kualiti dan keaslian  barang yang dijual di kedai-kedai ni . Tambahan pula boleh guna kad kredit. JAdi kalau ada sape-sape yang bawa duit yuan tak berapa nak banyak, boleh guna kad kredit dan simpan duit yuan tu untuk shopping di tempat yang tak boleh guna kad kredit.Lagi satu, di China ni ada sindiket duit tiruan. Jadi kalau beli dengan peniaga tepi jalan, kena bagi duit cukup-cukup je tak perlu baki kerana dikhuatiri duit baki yang diberi kepada kita tu duit tipu. Tapi tour guide akan ajar cara-cara nak kenal duit tipu nih.

Dikedai sutera tu, kami diterangkan cara-cara sutera dibuat oleh ulat sutera. selepas mendengar penerangan, kami dibawa ke ruang jualan dimana selimut, sarung bantal, cadar, curtain, baju , dan kain ela dijual. Harga kain ela lebih kurang RM 120/4 meter. Saya tak beli apa-apa pun di sini. Ahli rombongan yang lain ada juga beli kain ela sepasang dua sebangai kenangan.


(bersambung)




5 comments:

EYEDA_Nuraida Saari said...

anjeeeee...xtau pun anje ada blog..bley jejaki perkembangan anje nnt..hehehe

Love Razila said...

Loh...senget2 kepala saya tgk gambo. HEHEHE emm bestnyer, bilalah saya nak sampai ke sana. HUHUHU

Raudhah anje said...

ehehe...sorry lah...owner blog buta IT...thanks for reading

@kutopsecret (Dahlia) said...

nak tanya la..pakej yg murah tu dapat kat mane ya?? boley share tak??

Raudhah anje said...

Dahlia: pakej tu beli dengan travel agent Al-Quds. Tapi masa kitorang tu ada promo CNY. Sekarang tak tau lah berapa harganya. Tapi biasa range RM 200 camtu.