CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Countdown

Daisypath Anniversary tickers baby growth Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 3, 2013

FamiLy Trip 2013 ~ (last entry)

Sedar-tak sedar kita dah di penghujung bulan Syawal.....begitu cepat masa berlalu....Maaf lambat pulak tuan tanah update pasal trip Beijing , minggu ni agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat. Disamping itu , sibuk jugak menghadiri jemputan rumah terbuka sampai ada yang terpaksa ditolak....hihihi...perasan VVIP lah sangat.


Saya sambung entry Trip ke Beijing sebab ramai yang dah ternanti-nanti kannnnn....


Day 4 (Last day)


Hari ni hari yang dinanti-nanti oleh semua ahli trip kami. Sebab Miss Anita dah bagi harapan untuk bawa kami semua ke tempat shopping yang memang selalunya pelancong Malaysia akan pergi jika ke Beijing.
Maka semua orang dengan semangatnya berkumpul di lobi hotel. Sebelum memulakan lawatan kami, haruslah breakfast dulu....Breakfast hari ni ialah mee goreng  + spicy fries + roti putih+ jem stoberi + air.

Selepas selesai menjamu selera, Miss Anita bawa kami pergi melawat ke kedai kerajaan yang terakhir iaitu kedai kristal. Lepas dengar briefing , cuci mata di ruang jualan kristal.Ada barang hiasan rumah, jewelleries , sunglass, dan spek yang ada power tu.  Baru la saya tahu rupanya kristal tu datang daripada batuan yang berwarna warni dan digilap kasi berkilat . Barang-barang yang dijual di kedai ni lebih kurang je dengan yang ada di Malaysia....so tak jakun sangat lah....


Destinasi seterusnya adalah destinasi yang dinanti-natikan oleh ahli rombongan iaitu Silk Market. Sebelum berangkat ke Beijing lagi saya dah study dah tempat- tempat shopping yang fofular di Beijing. Menurut Miss Anita, Silk market ni dibina sekitar tahun 2008...hmmm tempat baru lah jugak kiranya....tapi tuan tanah lupa pulak nak amik gambar suasana dalam silk market. Sesampai di Silk market terus tuju ke tingkat yang ada jual mainan budak-budak sebab dah janji dengan cik Yaya masa kat Malaysia lagi, nak beli mainan di China. Silk market ni bertingkat-tingkat dan setiap tingkat tu telah dilabel mengikut barangan yang dijual. Ada Tingkat jual mainan budak, pakaian lelaki, pakaian perempuan, barang rumah ,souvenir, dll.  Lepas Yaya dah pilih mainan yang die berkenan, bermula lah sesi tawar-menawar. Biasanya peniaga kat sini akan letak harga tak masuk akal. Ada ke mainan budak die letak 350 yuan = RM175. Agak-agak la kan....Saya kata tak mau...so dia tanya berapa harga yang awak nak...Saya tekan kalkulator 30...no, no,no,,,die kata, die turun sikit harga...300 yuan. Tawar punya tawar...dapat la 60 yuan. Biasanya kalau kita tawar harga yang  tak masuk akal jugak, derang tak akan jual sebab rugi...Macam ada satu barang tu, sampai 4-5 kedai kitorang tawar harga yang sama, semua tak nak jual. Sudahnya, terpaksa la beli dengan harga lebih sedikit dari harga yang kitorang tawar tu. Tak dapat nak beli banyak sangat kat sini sebab masa yang diberi hanya 2 jam sahaja. Banyak Buang masa duk tawar menawar . Miss Anita Sampai kena buat announcement panggil semua orang naik bas untuk pergi makan tengahhari.


silk street



Lepas lunch kami sambung pulak misi membeli belah di Yashow market.
Yang ni nampak macam bangunan lama skit  dan kurang kemas macam silk street. Tingakt-tingkat pun lebih kurang macam di silk street, ada tingkat jual baju perempuan, tingkat jual baju lelaki, tingkat jual barang elektrik dan elektronik, dll.


 Sesampai je kat Yashow market, terus tuju ke tingkat yang barangan elektronik. Belikan powerbank kiriman kawan saya. Sebelum sampai di silk street lagi miss Anita dah pesan, kalau barangan elektronik macam handphone ke kamera better jangan beli sebab tak tahan lama. Tapi kalo battery ke powerbank tu boleh la. Tak ralat sangat kalo rosak pon.  Lepas beli powerbank, turun ke tingkat yang jual bedsheet, table cloth sumer tuh....ronda-ronda , tawar-tawar tak dapat. Last sekali terjumpa satu kedai ni. Tauke kedai tu yang panggil. "Mari, mari, Murah-murah."

Tauke kedai nama Sarah...Die kata dia Chinese muslim.


 Banyak sangat jual lapik meja,kerusi, sarung kotak tisu, sarung kusyen, table runner  yang sulam-sulam (embroidery)tu...Rambang mata den.Harga mengikut kesaratan sulaman. Lagi banyak sulam lagi mahal lah jawabnya. "Tengok dulu, Cantik, cantik " Kata si Sarah. Kat kedai ni saya borong cadar quilt...Kedai ni yang offer paling murah antara semua kedai. Jadi Kepada sesiapa yang nak beli lapik meja sulam-sulam  dan cadar quilt tu  boleh datang kedai ni...tauke boleh cakap melayu. Cumanya cadar quilt tak berapa banyak corak yang ada dikedai ni, lapik meja sulam-sulam memang penuh dalam kedai die.




Lepas shopping di Yashow, lepak kat luar tunggu orang lain sudah shopping...Nampak sebunjut plastik merah tu....Jneuh jugak nak bawak tu. Nasib baik ada cik abe tolong bawakan...Tambah pulak si Yaya demam duk melepek kat dalam stroller. Nampak tak beg hitam kat sebelah saya yang berisi beg-beg kecil warna wani. Tu penjual jalanan yang cuba melobi saya suruh beli barangan jualan dia. Kalau pandai tawar boleh dapat murah...Cuba je tanya harga tak masuk akal. Kalau tak nak beli geleng kepala sudah. Buat tak layan je. Lagi satu, Kalau dah tawar -menawar dengan peniaga, pastikan beli barang tu bila peniaga dah setuju dengan harga yang kita nak tu...kalau tak confirm kena marah....

Masa ni ramai ahli rombongan beli luggage tambahan untuk isi barang...Kami memang dah bawa 'beg beranak' siap-siap dari M'sia. So , tak payah beli beg baru. Pengalaman semasa pergi Langkawi diaplikasikan di Beijing pulak.Lepas selesai di Yashow market, kami dibawa pergi dinner dan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Ada jugak jumpa sesuatu yang menarik di sini.




Toilet express lane, for urinating only kat dalam toilet perempuan. Tinggi pintu toilet ni separuh dari pintu toilet biasa. Bila berdiri boleh nampak separuh badan orang yang kat dalam toilet tu...Khas untuk kencing sahaja....Kalau nak memerut sila masuk toilet pintu penuh. Nampaknya bukan lelaki je boleh express kat urinal bowl tu, perempuan pon boleh la....hihihi...


Sekian sahaja entry saya yang tak seberapa... Ni pon ambil masa yang lama untuk disiapkan. Till next...Assalamualaikum

2 comments:

Love Razila said...

Wow mahal juga yer permainan kat sana kalau saya yang jenis xreti bargin ni rugilah. HUHUHU

Anyway, thanks for sharing yer.

Raudhah anje said...

aah, kalau tak pandai tawar memang rugi..tawar harga 10% dari harga yang die letak tu...bukan takat orang m'sia je yg tawar menawar, sy nampak mat saleh pon main tawar-tawar jugak.